Hadis-hadis Perkahwinan
1. Kawinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak. (HR. Abu Dawud)
2. Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya. (HR. Bukhari)
3. Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)
4. Rasulullah SAW melarang laki-laki yang menolak kahwin (sebagai alasan) untuk beralih kepada ibadah melulu. (HR. Bukhari)
5. Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia, dan bila kamu tidak lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
6. Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim)
7. Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya. " (HR. Ahmad)
8. Diharamkan dari penyusuan apa yang diharamkan dari keturunan (nasab). (HR. Bukhari)
Penjelasan:
Larangan undang-undang yang dikenakan terhadap nasab seperti undang-undang perkahwinan, warisan, dan lain-lain berlaku juga terhadap anak atau saudara sesusu.
9. Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu. (HR. Muslim)
10. Janganlah seseorang membeli (menawar) di atas tawaran saudaranya dan jangan meminang di atas peminangan saudaranya, kecuali jika saudaranya mengizinkannya. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
11. Barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, dan sesiapa mengahwini wanita kerana memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, dan sesiapa berkahwin kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan, maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkati isterinya baginya. (HR. Bukhari)
12. Seorang janda yang akan dinikahi harus diajak bermusyawarah dan bila seorang gadis maka harus seizinnya (persetujuannya), dan tanda persetujuan seorang gadis ialah diam (ketika ditanya). (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Penjelasan:
Diamnya seorang gadis adalah tanda setuju sebab gadis lebih banyak malu berbanding janda.
13. Kawinilah gadis-gadis, sesungguhnya mereka lebih sedap mulutnya dan lebih banyak melahirkan serta lebih rela menerima (pemberian) yang sedikit. (HR. Ath-Thabrani)
14. Sebaik-baik wanita ialah yang paling ringan mas kawinnya. (HR. Ath-Thabrani)
15. Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadis Qudsi): "Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya. (HR. Ath-Thahawi)
16. Tidak sah perkahwinan melainkan dengan (hadirnya) wali dan dua orang saksi dan dengan mahar (mas kawin) sedikit maupun banyak. (HR. Ath-Thabrani)
17. Sesiapa menjanjikan pemberian mas kahwin kepada seorang wanita dan berniat untuk tidak menepatinya maka dia akan berjumpa dengan Allah Ta'ala sebagai seorang penzina. Sesiapa berhutang tetapi sudah berniat untuk tidak melunasi hutangnya maka dia akan menghadap Allah 'Azza wajalla sebagai seorang pencuri. (HR. Ath-Thabrani)
18. Janganlah seorang isteri memuji-muji wanita lain di hadapan suaminya sehingga terbayang bagi suaminya seolah-olah dia melihat wanita itu. (HR. Bukhari)
19. Janganlah seorang isteri minta cerai dari suaminya tanpa alasan (sebab yang dibenarkan), nescaya dia tidak akan mencium bau syurga yang baunya dapat dirasakan pada jarak tempuh empat puluh tahun. (HR. Ibnu Majah)
20. Seorang isteri yang ketika suaminya wafat meridhoinya maka dia (isteri itu) akan masuk syurga. (HR. Al Hakim dan Tirmidzi)
21. Allah SWT kelak tidak akan memandang (memperhatikan) seorang wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya meskipun selamanya dia memerlukan suaminya. (HR. Al Hakim)
22. Hak suami atas isteri ialah tidak menjauhi tempat tidur suami dan memperlakukannya dengan betul dan jujur, mentaati perintahnya dan tidak keluar (meninggalkan) rumah kecuali dengan izin suaminya, tidak membenarkan masuk ke rumahnya orang-orang yang tidak disukai suaminya. (HR. Ath-Thabrani)
23. Tidak sah puasa (puasa sunah) seorang wanita yang suaminya ada di rumah, kecuali dengan seizin suaminya. (Mutafaq'alaih)
24. Tidak dibenarkan seorang wanita memberikan kepada orang lain dari harta suaminya kecuali dengan izin suaminya. (HR. Ahmad)
25. Apabila seorang dari kamu hendak meminang seorang wanita dan boleh melihat bahagian-bahagian dari tubuhnya, hendaklah melakukannya. (HR. Ahmad)
Keterangan:
Islam menentukan batas yang boleh dilihat, demi kehormatan kaum wanita. Laki-laki yang hendak meminangnya hanya dibenarkan melihat wajah dan kedua telapak tangannya. Hal itu sudah dianggap cukup mewakili seluruh tubuhnya. Kepada lelaki itu diberi kesempatan melihat batas yang dibenarkan itu lebih lama dari biasa, dengan harapan mungkin hal itu akan mendorong minatnya untuk berkahwin. Di dalam syarah Al-Imam An-Nawawi dalam sahih Muslim disebutkan bahawa kebenaran untuk melihat ini tidak harus dengan persetujuan wanita itu, dan sebaiknya dilakukan tanpa pengetahuannya, kerana hal itu mutlak yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW. tanpa syarat keredhaannya. Biasanya wanita akan malu untuk memberikan izin. Hal ini untuk menjaga agar tidak melukai perasaannya, kalau selepas melihatnya, lelaki itu kemudian mengundurkan diri. Kerana itulah dianjurkan untuk melihat tanpa sepengetahuan si wanita sebelum melakukan peminangan.
26. Tidak dibenarkan manusia sujud kepada manusia, dan kalau dibenarkan manusia sujud kepada manusia, aku akan memerintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana besarnya jasa (hak) suami terhadap isterinya. (HR. Ahmad)
27. Bila seorang menggauli isterinya janganlah segan untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkan syaitan dari apa yang Engkau berikan rezeki bagiku (kanak-kanak)." Sesungguhnya kalau seandainya Allah menganugerahkan bagi mereka anak maka anak tersebut tidak akan diganggu syaitan sama sekali. (HR. Bukhari)
28. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apa hak isteri terhadap suaminya?" Nabi Saw menjawab, "Memberi isteri makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya, tidak boleh menjelek-jelekkannya dan jangan menjauhinya kecuali dalam lingkungan rumahmu. (HR. Abu Dawud)
29. Apabila di antara kamu ada yang berjimak dengan isterinya hendaknya lakukanlah dengan kesungguhan hati. Apabila selesai hajatnya sebelum selesai isterinya, hendaklah dia sabar menunggu sehingga isterinya selesai hajatnya. (HR. Abu Ya'la)
Keterangan:
Hendaknya suami dan isteri sama-sama merasakan kepuasan dan sama-sama mencapai ejakulasi.
30. Apabila seorang di antara kamu menggauli isterinya, janganlah menghinggapinya seperti burung yang bertengger sebentar lalu pergi. (HR. Aththusi)
Keterangan:
Sama seperti pada no.29 diatas.
31. Janganlah kamu menggauli isteri sebagaimana unta atau keldai, tetapi hendaklah bercumbu dan bercengkerama terlebih dahulu. [Hadis ini tidak dituliskan siapa yang meriwayatkannya, kerana itu saya sertakan teks arabnya]
Keterangan:
Yakni tidak langsung melakukan hubungan intim sebelum pemanasan dahulu, antaranya bergurau, bercumbu dan membelai mesra isteri.
32. Seburuk-buruk kedudukan seseorang di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya dengan cara terbuka lalu suaminya mendedahkan rahsia isterinya kepada orang lain. (HR. Muslim)
33. Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi. (HR. Abu 'Asaakir)
34. Janganlah seorang laki-laki yang beriman membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)
35. Isteri yang paling besar berkahnya ialah yang paling ringan tanggungannya. (HR. Ahmad dan Al Hakim)
36. Sesungguhnya wanita seumpama tulang rusuk yang bengkok. Bila kamu membiarkannya (bengkok) kamu memperoleh manfaatnya dan bila kamu berusaha meluruskannya maka kamu mematahkannya. (HR. Ath-Thahawi)
37. Hindun, ibunya Muawiyah, bertanya kepada Nabi SAW, "Ya Rasulullah, Abu Sufyan suamiku seorang yang kedekut, apakah aku boleh mengambil wangnya sedikit secara sembunyi-sembunyi?" Nabi Saw menjawab, "Ambillah dengan cara yang makruf (baik) untuk mencukupi keinginanmu dan keperluan anak-anak kamu." (HR. Bukhari)
38. Rasulullah SAW melarang azal terhadap isteri kecuali dengan persetujuannya. (HR. Ahmad)
Penjelasan:
Adapun hamba yang beristeri dibolehkan azal bagi laki-laki kalau tidak menghendaki keturunan daripadanya.
39. Allah melaknat suami yang mengambil laki-laki lain untuk mengahwini bekas isterinya yang sudah cerai tiga talak supaya bisa dirujuk kembali olehnya. Jadi perkahwinan itu sekadar tipu muslihat bagi pengesahan rujuk. Orang yang mau disuruh membantu tipu daya dengan mengawini lalu dicerai (tidak digauli) juga dilaknat Allah. (HR. Bukhari dan Muslim)
40. Rasulullah SAW melarang kawin mut'ah. (HR. Bukhari)
Penjelasan:
Kawin mut'ah ialah kahwin untuk waktu tertentu atau disebut kahwin kontrak.
41. Talak (perceraian) adalah suatu yang halal yang paling dibenci Allah. (HR. Abu Dawud dan Ahmad)
42. Ada tiga perkara yang kesungguhannya adalah kesungguhan (serius) dan guraunya (main-main) adalah kesungguhan (serius), iaitu perceraian, nikah dan rujuk. (HR. Abu Hanifah)
Penjelasan:
Jadi dilarang bergurau (main-main) dalam ketiga perkara diatas.
43. Apabila suami mengajak isterinya (bersenggama), lalu isterinya menolak melayaninya dan suami sepanjang malam jengkel maka (isteri) dilaknat malaikat sampai pagi. (Mutafaq'alaih)
44. Terkutuklah siapa-siapa yang menyetubuhi isterinya melalui duburnya. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
45. Allah tidak akan melihat (memperhatikan) seorang lelaki yang menyetubuhi laki-laki lain (homoseks) atau yang menyetubuhi isteri pada duburnya. (HR. Tirmidzi)
46. Saling berwasiatlah kalian tentang kaum wanita dengan baik-baik. Mereka itu adalah tawanan di tanganmu. Tiada kalian bisa menguasai apa-apa dari mereka, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji (zina), pisahkanlah diri kamu dari tempat tidur mereka atau lakukan pemukulan yang tidak membekas. Apabila mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Kamu punya hak atas mereka dan mereka pun punya hak ke atas kamu. Hak kamu atas mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan tempat tidur kamu diinjak oleh orang yang tidak kamu sukai, dan hak-hak mereka atas kalian adalah memberi sandang-pangan kepada mereka (isteri-isterimu) dengan yang baik-baik. (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Keterangan:
Di dalam buku "Syarat-syarat Nafkah Isteri dan Anak" karya Drs. Muhammad Talib, disebutkan bahawa peruntukan nafkah untuk isteri di antaranya adalah:
- Keperluan makan dan minum
- Keperluan pakaian
- Keperluan perubatan dan pemeliharaan kesihatan
Selain itu, suami berkewajipan pula menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan diri sendiri sesuai dengan kemampuannya, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt didalam Al-Quran, "Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka. " (Surah 65. At-Talaaq - Ayat 6)
sumber:http://menitijalankesana.blogspot.com/2011/06/hadis-hadis-perkahwinan.html
Label
- Beauty
- Biskut
- Disclaimer
- DIY
- English
- English Communication
- Fashion baju
- Grammer
- Idiom
- Jahitan
- Jahitan Dewasa
- Jahitan Kanak-kanak
- Kek
- Kek lapis
- kek sarang semut
- Kuih Muih
- Lauk-pauk
- Learn english
- Masakan arab
- Mutiara Emas Saidina Ali
- Mutiara Kata
- Parenting
- Pola
- Rempah-ratus
- Resepi
- Resepi kek & biskut
- Resepi masakan
- Resepi pencuci mulut
- Roti
- Sambal
- Seksologi
- Skirt
- Sos @Topping
- Tips & petua masakan
- Tips masakan
- Vocabulary
- Western food
Rabu, 4 Julai 2012
Rabu, 20 Jun 2012
Tom yam
Bahan-bahan
- minyak
- bawang merah, putih, halia,kuah, belacan @ udang kering, cili kering= di blend (bahan a-pes)
- sayur (kubis, carrot, tomato, bawang besar =dihiris memanjang
- ayam potong kecil
- garam gula
- serai dititik
- daun limau purut
- asam keping dan @ jus limau nipis
Cara-cara
1. masukkan minyak. tumiskan bahan A sehingga naik bau, wangi (sehingga masak)
2. masukkan air, ayam, serai, asam keping. biarkan sehingga ayam masak
3. masukkan sayur.
4. rasakan dengan garam dan gula
- minyak
- bawang merah, putih, halia,kuah, belacan @ udang kering, cili kering= di blend (bahan a-pes)
- sayur (kubis, carrot, tomato, bawang besar =dihiris memanjang
- ayam potong kecil
- garam gula
- serai dititik
- daun limau purut
- asam keping dan @ jus limau nipis
Cara-cara
1. masukkan minyak. tumiskan bahan A sehingga naik bau, wangi (sehingga masak)
2. masukkan air, ayam, serai, asam keping. biarkan sehingga ayam masak
3. masukkan sayur.
4. rasakan dengan garam dan gula
Asam pedas ayam/ ikan
Bahan-bahan
- bawang merah, putih, lengkuas, kunyit hidup, halia= tumbuk halus atau blend
- cili boh
- daun kesum
- bunga kantan
- air asam jawa
- garam dan gula
- minyak
- ayam/ ikan dipotong
Cara-cara
1. tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi, berubah warna
2. masukkan cili boh. masak hingga terbit minyak
3. masukkan air asam jawa, ayam/ikan, bunga kantan. biarkan mendidih.
4. masukkan daun kesum, garam dan gula.
- bawang merah, putih, lengkuas, kunyit hidup, halia= tumbuk halus atau blend
- cili boh
- daun kesum
- bunga kantan
- air asam jawa
- garam dan gula
- minyak
- ayam/ ikan dipotong
Cara-cara
1. tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi, berubah warna
2. masukkan cili boh. masak hingga terbit minyak
3. masukkan air asam jawa, ayam/ikan, bunga kantan. biarkan mendidih.
4. masukkan daun kesum, garam dan gula.
Pengat pisang
Bahan-bahan
- pisang potong
- santan
- gula melaka
- daun pandan
- secubit garam
Cara-cara
1. masukkan santan, gula melaka dan daun pandan. masak hingga mendidih
2. masukkan pisang dan tambah gula.
- pisang potong
- santan
- gula melaka
- daun pandan
- secubit garam
Cara-cara
1. masukkan santan, gula melaka dan daun pandan. masak hingga mendidih
2. masukkan pisang dan tambah gula.
Selasa, 19 Jun 2012
Kerabu kacang panjang
Bahan-bahan
- kacang panjang potong kecil
- ikan rebus dibuang tulang.
- cili padi, bawang merah dipotong kecil (dadu)
- garam
- gula
- santan pekat dimasak
Cara-cara
1. Masukkan kesemu bahan dan gaul rata.
- kacang panjang potong kecil
- ikan rebus dibuang tulang.
- cili padi, bawang merah dipotong kecil (dadu)
- garam
- gula
- santan pekat dimasak
Cara-cara
1. Masukkan kesemu bahan dan gaul rata.
Asam pedas ayam/ ikan
Bahan-bahan
- air asam jawa
- bawang merah, putih, halia, kuah=blend @ tumbuk halus
- ayam potong kecil
- cili boh
Cara-cara
1. tumiskan bahan blend hingga naik bau, tukar warna
2. masukkan cili boh dan tumis hingga masak
3. masukkan air asam jawa dan air
4. masukkan ayam sehingga masak.
5. rasakan dengan garam dan gula
- air asam jawa
- bawang merah, putih, halia, kuah=blend @ tumbuk halus
- ayam potong kecil
- cili boh
Cara-cara
1. tumiskan bahan blend hingga naik bau, tukar warna
2. masukkan cili boh dan tumis hingga masak
3. masukkan air asam jawa dan air
4. masukkan ayam sehingga masak.
5. rasakan dengan garam dan gula
Ahad, 17 Jun 2012
Laksa Kedah
Bahan-bahan
1) kuah
- ikan direbus, buang tulang dan dikisar
- bawang holland , cili kering= kisar
- air
- daun kesum
- bunga kantan di titik
- asam keping
- garam
Cara-cara
1. masak bawang, cili kering tanpa minyak hingga wangi, dan bertukar warna (guna api perlahan)
2. masukkan ikan yang dikisar dan air rebusan ikan, asam keping,bunga kantan= masak
3. masukkan garam.
Bahan hiasan
- laksa
- telur direbus
- timun, bawang besar, lada merah, limau kasturi daun salad, nenas= dihiris`
1) kuah
- ikan direbus, buang tulang dan dikisar
- bawang holland , cili kering= kisar
- air
- daun kesum
- bunga kantan di titik
- asam keping
- garam
Cara-cara
1. masak bawang, cili kering tanpa minyak hingga wangi, dan bertukar warna (guna api perlahan)
2. masukkan ikan yang dikisar dan air rebusan ikan, asam keping,bunga kantan= masak
3. masukkan garam.
Bahan hiasan
- laksa
- telur direbus
- timun, bawang besar, lada merah, limau kasturi daun salad, nenas= dihiris`
Langgan:
Catatan (Atom)