Ahad, 12 Januari 2014

Nasi bukhari ayam@ Lydia Honey

Sumber: sister in law (Oum Eyad) Bahan-bahan: 2 ekor ayam- dipotong 4 3 biji tomato- dadu kasar 2-3 sudu besar Tomato paste 3 biji bawang besar dimayang 3-4 ulas bawang putih cincang halus 1/4 sudu teh lada hitam powder Carrot- potong tipis memanjang 1/2 camt arab mix spice 3-4 biji buah pelaga Sebatang kulit kayu manis 2-3 helai daun bay Garam secukup rasa Air secukupnya 3/4 cawn Minyak@ ghee 2 kiun pati Ayam MAGGI 4 cawan beras basmathi, cuci, rendam air garam sejam dan toskan. Almonds @ pine nuts goreng utk taburan. Panaskan minyak@ ghee dan gorengkan bawang sehingga light brown, masukkan ayam dan carrots, rebuskan sehingga empuk. Masukkan ciken kiub dan teruskan merebus. Keluarkan ayam dari periuk dan susunkan ke dalam dulang pembakar. Sapukan sedikit minyak dan tomato paste di atasnya dan bakar dalam oven sehingga golden.. Guna api grill atau api atas jer. Dalam periuk tadi.. Add in beras dan tanaklah sehingga nasik masak sempurna. Hidangkan nasi dengan ayam bakar di atasnya dan taburkan almond atau pine nuts diatasnya. Sedia untuk dihidangkan. Note: cover periuk dengan kitchen towel atau aluminium foil supaya nasik madak sempurna cantiknya.

Rabu, 18 September 2013

♡DO'A SUPAYA JODOH SEMAKIN MENDEKAT♡

✽ BismillaahiRRahmaaniRRahiim ✽ Ya ALLAH.. Kirimkanlah dia untukku.. Dia yang menenangkan hatiku.. Dia yang selalu menjaga keimananku.. Dia yang selalu mengingatkan sholat kepadaku.. Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar.. Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu.. Dia yang Menjaga Agama-Mu.. Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya.. Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,.. Dia yang tak pernah meninggalkan sholat.. Dia yang selalu berbicara sopan.. Dia yang selalu bijaksana.. Jika dia adalah pilihan-Mu, Datang atas ridha-Mu, Yang akan mampu mendekatkan cintaku pada-Mu, Maka, satukan hatinya dan hatiku. Dalam janji ikatan suci, Bersama ijab dihadapan wali dan saksi.. Ya RABB,, berikanlah kepadaku suami/istri yang terbaik dari sisi_Mu, suami/istri yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.. Aamiin Allahumma Aamiin..

Jumaat, 9 November 2012

teks pengacara majlis

TEKS PENGACARA By Azzah Amy Drani, Fashan Ishak Al-Rizky and 3 others in Guru Bimbingan dan Kaunseling (Files) MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA Tarikh : 28 JULAI 2008 Masa : 08.30 pagi Tempat : Dewan Abadi SMK Selama Tetamu Utama : Mantan Pegawai Pelajaran Bandar Baharu, Kedah Darul Aman Atur Cara Majlis : > 08.20 pagi : Jemputan Mengambil Tempat > 09.00 pagi : Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu > 09.30 pagi: Majlis Bermula : Nyanyian lagu Negaraku : Persembahan Nasyid – Remaja dan Fatamorgana : Bacaan Doa : Ucapan Alu-aluan dan Laporan Tuan Pengetua : Ucapan Perasmian : Persembahan/Selingan – Koir – Tanya Sama Itu Hud-hud dan Country Road : Majlis Penyampaian Hadiah : Persembahan Penutup : Jamuan Ringan > 11.00 pagi : Bersurai PENGUMUMAN KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Mansur bin Lebai Habib, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. NYANYIAN LAGU NEGARAKU Para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagi Negaraku. SELEPAS LAGU NEGARAKU Terima kasih. PERSEMBAHAN PEMBUKA Awal sebagai pembuka bicara Persembahan Nasyid halwa telinga Para hadirin mari bersama Remaja dan Fatamorgana tajuk lagunya. Majlis mempersilakan Kumpulan Nasyid. SELEPAS PERSEMBAHAN NASYID Terima kasih. Kumpulan ini adalah di bawah pimpinan En Kamal Baharin b Daud dan bimbingan En Abdul Rani b Hussein sementara pemain gitar – Mohd Faisal b Saidin. ALUAN PENGACARA MAJLIS Bismillah... Assalammualaikum & Salam Sejahtera Alhamdullillah Bersyukur kita ke hadratNya kerana limpah dan Inayahnya dapat kita berkumpul di dewan yang serba indah ini bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman. Yang Berbahagia ..............................................................................................Pegawai Pelajaran PeDaerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Yang Berusaha............................................................................................... Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu/Wakil, En Abdul Wahi bin Haji Wan Embon, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman. En Mat Saad bin Jusoh, Yang Dipertua PIBG dan, Ahli Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Selama, Guru-guru, Para Waris, Dan seterusnya Anak-anak pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman yang dikasihi sekelian. Mencari timba si anak dara, Tempat bersarang burung tempua Salam sembah pembuka bicara Selamat datang untuk semua Tuan-tuan dan puan-puan serta saudara-saudari seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekelian. Selamat Datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman 2007. Majlis juga mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia...........................................................................................untuk memberikan ucapan dan menyempurnakan upacara perasmian dan penyampaian hadiah sebentar lagi. Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Tuan ke majlis ini menterjemahkan sokongan serta dokongan mentradisikan acara penuh gemilang bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Selama ini. BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat Anak Manis jangan diangkat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Bagi memberkati majlis pada pagi ini majlis dimulakan dengan bacaan doa. Bagi mengetuai dan memimpin bacaan doa pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Ustaz Mohd Hafiz b Md Deris... Majlis mempersilakan. SELESAI BACAAN DOA Berlalu sebentar tadi bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hafiz. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih. UCAPAN Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan. Memulakan ucapan berikut dipersilakan En Abdul Wahi bin Hj Wan Embon, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya mempersilakan. SELESAI UCAPAN Berlalu sebentar tadi ucapan alu-aluan oleh Tn Pengetua SMK Selama. Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih. UCAPAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU Kini majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan ........................................................................................ untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman 2008. Majlis mempersilakan. SELESAI UCAPAN Gadis rupawan memasang dupa Buat ketupat atas pedati Budimu tuan tidak kulupa Sudah terpahat di dalam hati Demikian tadi ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia............................................................................................ Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. HIBURAN/SELINGAN Majlis Anugerah kini bermula Ibu dan ayah dijemput sama Sedikit hiburan sebagai sajian Kepada hadirin yang dikasihi sekelian Majlis mempersilakan Kumpulan Koir yang akan mendendangkan dua buah lagu – Tanya Sama Itu Hud-hud dan Country Road. Dipersilakan. SELEPAS HIBURAN Persembahan itu tadi adalah juga di bawah bimbingan dan pimpinan En Abdul Rani b Hussein dan En Kamal Baharin b Daud. Untuk makluman para hadirin, kumpulan ini telah menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Koir dan Nyanyian Solo Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH Untuk itu dipersilakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman, En Abdul Wahi bin Hj Wan Embon, Pengetua SMK Selama, untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bandar Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman, ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan dengan segala hormatnya. (Rujuk Buku Program) SELEPAS UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH HADIRIN, Diribut tunduklah padi, Dicupak Datuk Temenggung, Hidup kalau tidak berbudi Duduk tegak berdiri canggung. Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dipersilakan Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman, untuk menyampaikan cenderamata Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008 kepada Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Dipersilakan. SELEPAS PENYAMPAIAN CENDERAMATA Demikian tadi upacara penyampaian hadiah dan cenderamata yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. PERSEMBAHAN PENUTUP Sudilah adik jalan berlapan Jalan berlapan di malam kelam Nor Amira bt Osman akan mendendangkan ’Biarlah Rahsia’ lagu pilihan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Selama akan melabuhkan tirainya di sini. Saya bagi pihak seluruh warga kerja yang secara langsung mahupun tidak langsung turut menjayakan majlis hari anugerah tahun ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua serta warga SMK Selama yang cukup budiman. Saya bagi pihak warga kerja juga ingin memohon kemaafan andai terkasar bahasa mahupun keterlaluan cara sepanjang mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri. Ke Kuala Kedah membeli kari Sayang terlupa beli kemiri Berakhir sudah tugas diberi Izinkan saya mengundur diri JEMPUT MAKAN Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Tuan Hj Mansur dengan diringi oleh Tuan Pengetua dan Yang Dipertua PIBG untuk ke bilik jamuan bagi menikmati jamuan ringan, serta para hadirin sekelian bolehlah mula mengunjungi gerai-gerai jualan. Dipersilakan. ANUGERAH KECEMERLANGAN KO KURIKULUM 2007 1. HAMISAH BT ABDUL WAHAB Menyertai Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri Selangor dan Johor dan Mendapat Johan dalam acara lasak. Johan dalam Pertandingan Menembak Peringkat Negeri yang diadakan di Padang Chicak, Sik, Kedah. Menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah. Penerima Anugerah Kenaikan Pangkat Koperal. 2. NORHASLIZA BT MAT SAAD (Kadet Polis) Menyertai Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Pulau Pinang. Menjadi Naib Johan Pertandingan Orientering Peringkat Kebangsaan. Menyertai Kawad Peringkat Daerah. 3. NORHARWANIS BT HASHIM (Kadet Polis) Menyertai Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Pulau Pinang. Menjadi Naib Johan Pertandingan Orientering Peringkat Kebangsaan. Menyertai Kawad Peringkat Daerah. 4. SITI NURAINI BT HAMDAN (KRS) Menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah. 5. SITI NURUL ATIKAH BT ABDUL KHALID (KRS) Menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah. 6. SITI SHAFIQAH BT MAT PIAH (KRS) Menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri dan Kebangsaan di Kem PGA, Tupah. 7. HUDA HAZWANI BT YUSUF (Kadet Polis) Tokoh Kepimpinan 2004 – 2006 Ketua Komandan Kadet Polis SMK Selama Mewakili Pertandingan Menembak Peringkat Daerah dan Negeri di Pusat Kokurikulum, Padang Chicak, Sik. Menerima Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan. 8. NUR NASHA BT MOHD SABRI Mewakili sekolah dalam pasukan Tenis, sekolah dan daerah dalam pasukan Sofbol Mewakili sekolah dan daerah dalam pasukan bola baling dari tahun 2003-2006 Mewakili negeri dalam PROSTAR – Johan Drama. 9. NOOR HIDAYAH BT MAD NOOR Mewakili sekolah dan daerah dalam pasukan bola baling dari tahun 2004 hingga 2006. 10. MOHD AZWAN ASYRAF B MOHD JAYA Mewakili pasukan bola sepak dalam Gerkorama Peringkat Negeri Kedah dan Kebangsaan di Negeri Sembilan. 11. MOHD ALIF B RUSLI Mewakili pasukan bola sepak dalam Gerkorama Peringkat Negeri Kedah dan Kebangsaan di Negeri Sembilan. 12. MOHD FAREEZ B JOHARI Mewakili Pasukan Tenis dan beroleh kejayaan di peringkat Negeri. 13. SITI NORSHAHIDA BT ZEINOLDIN Mewakili pasukan bola baling sekolah. Mewakili pasukan Nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006 Menyertai Pertandingan Nyanyian Solo dan Koir Sekolah dan Taridra dan beroleh kejayaan peringkat daerah. Menjadi Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR. 14. NUR SIHA BT CHE AT Mewakili pasukan bola baling peringkat sekolah dan daerah. Mewakili pasukan bola baling ke peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan. 15. NOR AMIRA BT OSMAN Mewakili pasukan nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006 Menjadi Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR Mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Mewakili Gerkorama Asrama Mewakili sekolah, daerah, negeri dan Kebangsaan dalam pasukan SLAD dan PROSTAR. Mewakili Remaja Harapan Cemerlang PROSTAR peringkat Kebangsaan. Menerima Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan dalam Kadet Polis ANUGERAH TOKOH PELAJAR BERKETRAMPILAN. NOR AMIRA BT OSMAN Akademik Pelajar yang berprestasi terbaik. PMR – 5 A Pelajar Tingkatan 5 Sains. Sahsiah Bertanggungjawab dan bekerjasama - Penolong Ketua Pengawas Menghormati guru dan rakan-rakan Berbudi pekerti tinggi Berdaya saing dan sentiasa bersikap rasional Sentiasa memberi idea yang bernas Kokurikulum Mewakili pasukan nasyid sekolah dari tahun 2002 hingga 2006 Menjadi Johan Drama dalam Pertandingan Gaya Hidup Sihat anjuran PROSTAR Mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Mewakili Gerkorama Asrama Mewakili sekolah, daerah, negeri dan Kebangsaan dalam pasukan SLAD dan PROSTAR. Mewakili Remaja Harapan Cemerlang PROSTAR peringkat Kebangsaan Menerima Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan dalam Kadet Polis.

Isnin, 5 November 2012

Pujuklah Rasa: Merasai susah itu hadiah

DR ROBIAH K.HAMZAH 3 November 2012 sumber:http://www.sinarharian.com.my/buku/pujuklah-rasa-merasai-susah-itu-hadiah-1.100428 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Langit mana yang tidak pernah mendung? Laut mana yang tidak pernah bergelora? Di mana ada manusia yang tidak pernah disentuh duka dan bahagia? Inilah hebatnya ALLAH SWT yang sentiasa menjadikan sesuatu itu berpasangan. Bila didatangkan siang, pasti diganti dengan malam. Bila datang mendung, hujan dan ribut, pasti dibayarkan dengan cuaca panas serta angin sepoi-sepoi bahasa. Bila kita dijamah derita dan air mata, maka sabarlah menunggu giliran berganti. Pasti air mata akan berhenti mengalir dan bibir mampu merekahkan senyuman. Inilah sunnatullah dan fitrah alam anugerah ILAHI kepada kita. Makanya, jika kita digigit derita sekarang, bangunkanlah keyakinan untuk menempuhinya bermodalkan pesanan ALLAH SWT dalam surah al-Hadid: Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan ia telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz) sebelumKami menciptakannya. (Al-Hadid : 22) Jika keyakinan ini dapat dipegang dan ditanam kuat di jiwa, maka tidak akan ada orang yang gelisah atau berkeluh kesah bila ditimpa bencana atau apa sahaja kesulitan yang mendatangi hidup. Bukan itu sahaja, kita mampu pula menerimanya sabagai sentuhan daripada ALLAH SWT berupa ujian. Malah, jika perasaan sedia menerima itu meninggi dan menebal dalam hati, maka kita akan mampu menukar bencana menjadi kurnia, ujian menjadi anugerah sedang setiap kejadian itu adalah penghargaan daripada Yang Maha Mencintai hamba-nya. Andai pemikiran ini dapat diterima, pasti semua kesedihan dan perasaan dukacita menjadi pahala kerana sudah terbangun jiwa yang kita ini sebenarnya sedang disentuh-NYA. Kita mendapat perhatian-NYA dan secara tidak langung semua musibah yang dihidangkan berupa surat cinta daripada-NYA yang memanggil kita untuk bercengkerama dengan-NYA: Barang siapa yang ALLAH kehendaki menjadi baik, maka dia akan diuji oleh-NYA. (HR. Bukhari) Berpeganglah pada janji-NYA ini. Janganlah kita berasa gundah-gulana, bimbang dan bersedih bila bersua dengan penyakit yang kita tidak tahu bila sembuhnya, mendepani kematian yang kita tidak diberitahu bila munculnya, kerugian harta yang amat disayangi, mungkin juga kita diragut kebakaran yang tidak dijangkakan atau kehilangan simpanan yang sudah dikumpul selama ini... kerana semua ini adalah peta lakaran Yang Maha Mengetahui yang dipanggil takdir Ilahi. Jika sudah meyakini ada penentu bernama takdir, lalu sedarlah bahawa kita ini hamba yang hanya layak berusaha. Hasil daripada usaha pula terletak di tangan ALLAH SWT sebagai Pemberi dan Penentu. Bila kesedaran ini muncul di sanubari setiap hamba-NYA, maka semua yang terjadi akan menambah rasa dekat, rasa rela dan rasa sabar bila tertimpa sebarang musibah pemberian Pencipta Yang Maha Pengasih dan Maha Luas Pengetahuannya dan paling penting, Penentu qadak dan qadar hamba-NYA. Jika perasaan ini tidak dimiliki sebagai penguat jiwa, maka akan teruslah kita teramuk rasa tegang, rasa gundah, rasa sakit hati atau rasa cemas di dada yang tidak pernah terpadam dan terkendali. Menyedari hakikat setiap anak Adam yang lahir sudah tertulis qadak dan qadarnya, maka teruslah berusaha merawat kesedihan sedaya mungkin serta memohon bantuan, petunjuk dan hidayah daripada Pemberi musibah tersebut agar usaha kita menjadi ringan. Jangan pula berasa kita berkemampuan sepenuhnya mengatasi masalah sendiri tanpa memerlukan DIA untuk campur tangan... kerana kita tidak akan mampu tanpa-NYA. Sesuatu terjadi kerana ia sudah ditentukan akan ter-jadi. Sedarlah... setiap yang sudah digariskan-NYA akan tetap terjadi biarpun satu dunia menghalangnya. Mana mungkin dunia dapat menghalang meletusnya gunung berapi kerana itu sudah ketentuan Ilahi. Begitulah hidup kita. Kita hanya layak menjalani apa yang kita rancang. Tetapi jangan lupa DIA juga merancang. Maka, yang akan terjadi ialah apa yang sudah dirancang-NYA. Bila merancang yang bukan izinnya DIA, pasti perancangan kita akan meleset. Berpeganglah pada keyakinan ini agar kita tidak terperangkap dalam rasa sedih, dendam, penyesalan dan kebinasaan. Percayalah pada ketentuan-NYA yang disebut qadak sebelum kita menghukum diri atau orang lain dengan kebencian dan balas dendam. Kepercayaan ini akan membuahkan ketenangan tanpa rasa sesal atau pedih untuk melangkah liku-liku hidup yang pasti akan ditemui walau dalam apa pun jua bentuknya... sama ada sesuai dengan hajat dan kemahuan kita atau sebaliknya. Jangan pernah menyesal dan menyalahi diri atas pilihan yang sudah dibuat dengan ungkapan, ‘andai kata’, ‘jika’, ‘kalaulah aku tidak melakukan tindakan ini, pasti hal sebegini tidak terjadi’ dan lain-lain ungkapan penyesalan kerana ia hanya menambah berat derita yang ditanggung. Lebih baik memujuk hati dan perasaan dengan ungkapan keramat ‘semua ini adalah ketentuan ALLAH SWT’ kerana sudah dipesankan kepada semua pengikut Rasulullah SAW. Mudah-mudahan dengan meyakini ini, kita tidak lagi berdukacita bila dilanda kesulitan dan penderitaan. Jadikan kesusahan itu universiti kedua dalam hidup. Belajarlah daripada kisah Nabi Ibrahim bila mahunya DIA, api yang panas menjadi dingin dan kisah Nabi Musa tentang laut luas bertukar menjadi jambatan untuk dilalui jika takdir-Nya datang berkunjung memudahkan kehidupan manusia. Binalah keyakinan bahawa bersama kesusahan itu pasti datang kemudahan. Janji-NYA itu pasti dan tidak wajar diragukan. Inilah motivasi unggul yang membuatkan semua utusan-NYA tidak pernah menyesal menjadi nabi dan rasul. Mereka tidak pernah meminta untuk meletak jawatan biarpun betapa sulit tentangan yang dihadapi meskipun ancaman bunuh. Mari renungkan janji-NYA ini dalam kehidupan harian dan gerakan alam semesta. Tiada malam terus berpanjangan, pastilah siang akan menjenguk tanpa ingkar. Diusir fajar yang membuatkan mentari malu untuk bertandang... menggantikan gelap malam kepada kecerahan siang. Begitulah mahunya DIA. Bila kita lapar pasti akan diganti dengan kenyang. Bila kita sakit, pasti akan datang kesembuhan berbentuk hidup atau kematian. Jika dalam kesesatan, pasti ditemukan petunjuk. Setiap tangisan pasti akan ditemukan dengan senyuman di penghujungnya. Rasa takut akan ditelan hilang oleh datangnya rasa aman. Mari basuh diri kita yang sedang dalam kesulitan dengan renjisan berita pertolongan-NYA yang akan datang secepat kelajuan cahaya dan sepantas kerdipan mata. Itulah yang dibuktikan dalam sejarah tamadun manusia. Nabi Yunus selamat dari perut ikan Nun dan Nabi Musa mampu membelah Laut Merah. Pesanan dibisikkan oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang bersembunyi di dalam sebuah gua. Lalu dibisikkan pula oleh baginda SAW kepada sahabatnya Abu Bakar sehingga menukarkan rasa bimbang kepada rasa tenang dan tenteram: Bahawa ALLAH Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi bersama kita. (at-Taubah : 40) Begitulah jua kita jauhkan diri daripada berasa tersuntuk waktu walau sesaat pun kerana DIA sentiasa melihat serta sedia membantu bila hamba-nya mengadu dan berserah dengan sabar hanya kepada-NYA untuk merubah keadaan yang menghimpit. Siang dan malam sahaja pasti bertukar. J adi, mana mungkin sudah selamanya, sulit selamanya dan sempit selamanya. Yakinlah setelah datangnya sulit, pasti ditukar dengan kelegaaan bila sampai masanya kerana DIA tidak pernah kejam pada hamba-nya.

Rabu, 24 Oktober 2012

kemuncak keserabutan

serabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt serabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt serabuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt serabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt sersbutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt serabuttttttttttttttttttttttttttttttt

Rabu, 10 Oktober 2012

laksa johor

Laksa Johor Bahan-bahan: 1 paket spageti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut) Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan) 1 kilo ikan kembung 100 gm udang basah 10 gm isi ikan kurau (dibakar) 50 gm udang kering Bahan B (dikisar): 3 biji bawang besar 15 tangkai cili kering 2 cm halia 2 cm lengkuas 2 cm kunyit hidup 2 batang serai (diketuk untuk tumis) 2 keping asam gelugur 1 kotak santan 1 paket kerisik 1 paket rempah kari 4 ulas bawang putih Bahan hiasan: 10 biji limau kasturi 1 biji timun (diracik halus) Sedikit tauge segar Sedikit jeruk 2 biji bawang besar 3 biji bawang merah dan hijau Sedikit daun kesum/daun selasih Bahan sambal belacan: 6 biji lada merah 30 gm belacan (dibakar) 1 biji bawang merah Garam secukup rasa Cara membuat: 1. Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan. 2. Untuk menyediakan kuah pula, tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wangi 3. Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa minit. 4. Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi. 5. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan dua mangkuk air dan masukkan asam keping. 6. Tambah garam dan gula secukup rasa. 7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 ½ jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. 8. Rebus spageti dan tos. 9. Untuk menyediakan sambal belacan, mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.

Khamis, 4 Oktober 2012

sabar wahai hati

hidup ini sangat menyedihkan.. x de semangat nak teruskan kehidupan setiap hari hanya yang mampu difikirkan biar la ajal menjemput izrail, aku menunggu mu kubur, aku bersedia memasuki mu aku lagi rasa bersyukur untuk mati berbanding hidup untuk apa hidup, untuk rasa derita kesian pada hatiku.. x tertanggung menanggung rasa aku dah pun berusaha untuk mengembirakan hati aku cuba untuk redha atas semua musibah pujuk diri untuk tidak memikirkan apa yg berlaku namun aku tewas selagi nyawa masih bernafas mana mungkin untuk aku tidak memikirkan musibah dan nasib malang ini tapi..setiap kali juga air mata akan menitis dadaku terasa berat fizikal ku lemah aku cuba untuk bersangka baik dengan tuhan untuk tidak membiarkan syaitan membisikkan kata-katanya sabarlah wahai hatiku..tuanmu ini kesian pada mu..tapi dia x mampu berbuat apa-apa kerana ia adalah takdir dari tuhanmu