Selasa, 14 Januari 2014

Rempah beriani

Bahan-Bahan:

- 10 biji Cengkih (clove).
- 4 biji Buah Pelaga putih (Cadamom).
- 10 biji Lada Hitam (pepper corn).
- 4 keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).
- 10 buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).
- 3 helai daun beriani (Bay leaf).
- 3 sudu besar Jintan Manis ( Fennel Seed)
- 2 sudu besar bawang Goreng.
- 1/2 sudu besar Jintan Putih. (cummin Seed)
- 2 sudu besar Serbuk Rempah (Corriander Powder)
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder).
- 1/4 sudu besar serbuk kunyit.
- 1/2 sudu serbuk cili.

Cara-cara

1. Kisar semua bahan tersebut yang pejal.
2. Setelah dikisar halus campurkan bahan-bahan yang berbentuk serbuk.
3. Kadar Kegunaan ialah 3 sudu besar untuk satu kilo daging / ayam. Sekiranya ingin buat Nasi beriani; dua sudu besar sudah memadai untuk 1 kg. beras.
4. Serbuk ini boleh bertahan sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap udara.

Selamat mencuba.

Nasi beryani mudah dan sedap.

(GUNA BERAS BASMATHI ) MOGHUL PUN BOLEH..SAYA TAK GUNA MOGHUL.. CARA2 PENGGUNAAN BERAS BASMATHI RENDAM DAHULU BERAS ITU SELAMA 1 JAM..KEMUDIAN TOSKAN BAHAN A( ANGARAN 6 ORANG MAKAN) 2 BIJI BAWANG BESAR # 4 BIJI BAWANG PUTIH# HALIA SEBESAR IBU JARI NAK 1# SEDIKIT DAUN KETUMBAR# SEDIKIT DAUN PUDINA# BAHAN2 BERTANDA # HARUSLAH DI KISAR HALUS BAHAN2 B 2 SUDU BESAR REMPAH BERYANI(GUNA ADABI SAJA) 1 BIJI BAWANG BESAR SAYA HIRIS2 UNTUK MENUMIS REMPAH SEKAWAN 1 KIUB AYAM 1 BIJI TOMATO DIPOTONG KECIL2 SETENGAH TIN SUSU CAIR 6-7 SUDU YOUGRT FUNGSI UNTUK MENGGEBUKAN NASI GUNALAH YOUGRT.(JGN GUNA LIMAU PETUA TU.) 1 SENDUK MINYAK SAPI 1 SENDUK MINYAK MASAK SEDIKIT PERWARNA KUNING CARA2 MEMBUATNYA MASUKAN MINYAK SAPI DAN MINYAK BIASA,TUMISKAN DAHULU BAWANG BESAR YG DIHIRIS2 TADI SEHINGGA KEKUNINGAN,MASUKAN 4 SEKAWAN,DAN DAUN PANDAN YG DISIMPUL,DIIKUTI BAHAN YG DIKISAR TADI,DAN KIUB AYAM, ,MASAK SEHINGGA WANGI MASUKAN 2 SUDU BESAR REMPAH BERIANI..LAST MASUKAN TOMATO DADU.AMBIL PERIUK MASUKAN BERAS,DAN BAHAN YG DITUMIS TADI,MASUKAN AIR YG DISUKAT DAN SUSU CAIR,SERTA YOUGRT..PASTIKAN RASA GARAM SECUKUP RASA.TUNGGU SAMPAI NASI NAK MASAK MASUKAN PERWARNA KUNING,BIARKAN SEHINGGA NASI MASAK..DAH KERING BARU GAUL2 KAN PERLAHAN..AMBIL KUAH BERYANI AYAM TU DALAM 1 SENDUK MASUKAN SEDIKIT DALAM NASI.. SUKATAN BERAS 1 MANGKUK AIR... AIRNYA+ CAMPUR SUSU CAIR 1 MANGKUK LEBIHKAN SEDIKIT SAHAJA

Resepi Sup Bunjut

Bahan-bahan

-Rempah biji ketumbar(sesudu)
-bunga lawang (2 ruas)
-jintan manis (1/2 sudu makan)
-bunga cengkih (2-3 kuntum)
-kulit kayu manis (tak sampai 1/2 inci)
-lada hitam (5-6 biji).
-buah pelage(5 biji)
-1 helai kain kaca


Cara membuatnya:

1. Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
4.Jika saya hendak memasak, saya akan keluarkan semua bahan-bahan ini dan saya sangai lalu saya kisar kering..inshaaALLAH..sup akan bertambah sedap...selamat mencoba...

ayam perap

CARA2 MEMBUAT AYAM SEDAP 1 EKOR AYAM DIBELAH 2 ATAU 4 2 BIJI BAWANG BESAR# 5 BIJI BAWANG PUTIH# HALIA SEBESAR IBU JARI NAK 1# BAHAN # MESTILAH DIKISAR HALUS 4 SEKAWAN(BUNGA LAWANG,KULIT KAYU MANIS,CENGKIH,PELAGA) 1 SENDUK LADA SULAH 1 BATANG SERAI DITITIK GARAM SECUKUPNYA KIUB AYAM 1 TUMIS BAHAN YG DIKISAR# MASUKAN 4 SEKAWAN SERTA SERAI,SEHINGGA NAIK BAU MASUKAN 1 LITER AIR ATAU AGAK KAWAN2 LAH YER,KEMUDIAN MASUKAN AYAM YG DIPOTONG TADI,GARAM SECUKUP RASA,LADA SULAH,MASAK AYAM SEHINGA EMPUK....PADAM KAN API!!(AMBIL AYAM YG DIMASAK TADI TOSKAN... **KUAH SUP ITU SAYA GUNAKAN UTUK MEMBUAT NASI DAN UNTUK DIHIRUP BERSAMA2 DENGAN NASI AYAM (AYAM YG DITOSKAN TADI MESTILAH DIGAUL DENGAN SOS TIRAM DALAM 6 SUDU,SOS TIRAM MEMBUAT AYAM ITU SEDAP N BERKILAT,SELEPAS ITU MASUKAN KICAP MANIS ..LOMORKAN BAHAN ITU PADA AYAM..PERAPKAN SEKEJAP.. CARA MENGORENG AYAM MASUKAN MINYAK SECUKUP NYA,PASTIKAN MINYAK ITU PANAS,BARULAH MASUKAN AYAM YG DI PERAP TADI >GORNG JGN TERLALU LAMA PALING2 ANGKAT AYAM ITU..PASTIKAN AYAM WARNA MESTI DIDALAM GAMBAR INI >AYAM NI DIGORENG SEKEJAP SEBAB MASA MEREBUS TADI KAN DAH MASAK.. >HASIL YG KITA DAPAT.AYAM LEMBUT,ENAK,BERKILAT CANTIK GITU.. LEBIHAN KUAH PERAP AYAM TADI DIAMBIL,TAMBAHKAN KICAP MANIS,KICAP CAIR DALAM 3 SUDU,SERTA MINYAK BIJAN SEDIKIT ,DAN MASUKAN 3 ATAU 4 SUDU KUAH SUP TADI ..CARANYA POTONG AYAM BILA HENDAK MAKAN KEMUDIAN MASUKAN KICAP YG DI BUAT TADI..MEMANG TERBAIK!!! SEDAP.. FROM IRNI MAIZURA

Isnin, 13 Januari 2014

apam balik

2 CWN TEPUNG GANDUM1 1\2 CWN AIR1\2 CWN GULA1 BIJI TELUR1 SD KECIL SODA BIKARBONAT1 SD KECIL BAKING POWDER1 SD KECIL YIS MAURIPANGARAMPEWARNA KUNING== MIX GULA DGN TELUR.MASUKKAN AIR,SODA,BAIKING,YIS MAURIPAN & GARAM. MIX LAGI SAMPAI BERBUIH.MASUKKAN TEPUNG.MIX SAMPAI TEPUNG X BERGENTEL. MASUKKAN PEWARNA.BIARKAN ADUNAN LEBIH KURANG 1\2 JAM.DH BOLEH MASAK. LETAK 1 SENDUK ADUNAN ATAS NON STICK PAN & NIPISKAN.BILA DH NAIK LUBANG2 TABURKAN GULA,KACANG GORENG YG DIKISAR,JAGUNG DLM TIN & MARJERIN.BILA DH MASAK,ANGKAT & LIPAT 2.

RESEPI NASI BARYANI HYDERABADI INDIA STAIL USTAZAH

RESEPI Chicken Beryani ******************* Bahan-bahan Untuk Perap Ayam Seekor Ayam 2 biji Cili hijau Sedikit Daun pudina Sedikit Daun ketumbar 4 ulas Bawang putih ditumbuk Sedikit halia ditumbuk *1sdk Serbuk jintan putih *1sdk serbuk jintan manis *1sdm Serbuk ketumbar *1sdm serbuk cili *1sdm Serbuk kunyit Atau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (lagi best) 2sdm Garam 2 helai DaunBay 1 batang Kayu manis 2 bji cengkih 3 biji Buah pelaga 1 mangkuk kecil Bawang goreng 1 cawan Minyak zaitun 1 cawan Yoghurt. NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam dan Perap. ½ jam Masakkan ayam separuh masak di dalam periuk 12) RESEPI MASAK NASI BERYANI HYDERABADI Bahan-bahan ; 1 kg beras. Air secukupnya. 2 ½ sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus. Cara-caranya : 1. Beras beryani di rendam sejam dan toskan 2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras. 3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak. Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus, titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas. SELAMAT MENJAMU SELERA DARI RESEPI DAPUR USTAZAH

RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH

Bahan-bahannya :

BAHAN A

- ½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
- 8 ulas bawang putih
- Serai 2 batang
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci

CARA :

1. Kesemua bahan a dimayam halus/ atau dihiris halus.
2. Digoreng menggunakan minyak yg byk, sampai garing sepertimembuat bwg goreng..garing sahaja..bukan hangus ya! Nanti pahit pulak.
3. 10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng
4. Kesemua bahan ini digaul rata dan diblender/ kisar/ tumbuk kalau larat! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.

BAHAN B

- 4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa
- ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut masam yang kita suka)
- 2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)

BAHAN C

- Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

untuk Menumis

BAHAN D (REMPAH )
-  1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 8 sudu ketumbar

NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi kerutuk hangus..he2 gurau ya! Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah sukatan di atas selepas kisar tau. Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..

- 1 sudu makan Kunyit serbuk
- Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori membazir
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA
1. Tumiskan rempah 4 friendS forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2. Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3. Masukkan bahan B, bahan C serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4. Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)

AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah??? Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK! UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING. Semestinya daging/ ayam lah. Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas. Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing. Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa) Air Dan.. jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG. Ini sebab Ustazah yang masak nama Kerutuk Ustazah la..

Cara masak;
1. Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2. Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.
3. Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll. ...

TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM.

Caranya macam ni pulak
1. Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2. Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3. Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4. Siaplah..