Bahan-Bahan:
- 10 biji Cengkih (clove).
- 4 biji Buah Pelaga putih (Cadamom).
- 10 biji Lada Hitam (pepper corn).
- 4 keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).
- 10 buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).
- 3 helai daun beriani (Bay leaf).
- 3 sudu besar Jintan Manis ( Fennel Seed)
- 2 sudu besar bawang Goreng.
- 1/2 sudu besar Jintan Putih. (cummin Seed)
- 2 sudu besar Serbuk Rempah (Corriander Powder)
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder).
- 1/4 sudu besar serbuk kunyit.
- 1/2 sudu serbuk cili.
Cara-cara
1. Kisar semua bahan tersebut yang pejal.
2. Setelah dikisar halus campurkan bahan-bahan yang berbentuk serbuk.
3. Kadar Kegunaan ialah 3 sudu besar untuk satu kilo daging / ayam. Sekiranya ingin buat Nasi beriani; dua sudu besar sudah memadai untuk 1 kg. beras.
4. Serbuk ini boleh bertahan sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap udara.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan