Isnin, 13 Januari 2014

RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH

Bahan-bahannya :

BAHAN A

- ½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
- 8 ulas bawang putih
- Serai 2 batang
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci

CARA :

1. Kesemua bahan a dimayam halus/ atau dihiris halus.
2. Digoreng menggunakan minyak yg byk, sampai garing sepertimembuat bwg goreng..garing sahaja..bukan hangus ya! Nanti pahit pulak.
3. 10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng
4. Kesemua bahan ini digaul rata dan diblender/ kisar/ tumbuk kalau larat! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.

BAHAN B

- 4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa
- ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut masam yang kita suka)
- 2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)

BAHAN C

- Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

untuk Menumis

BAHAN D (REMPAH )
-  1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 8 sudu ketumbar

NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi kerutuk hangus..he2 gurau ya! Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah sukatan di atas selepas kisar tau. Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..

- 1 sudu makan Kunyit serbuk
- Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori membazir
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA
1. Tumiskan rempah 4 friendS forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2. Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3. Masukkan bahan B, bahan C serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4. Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)

AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah??? Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK! UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING. Semestinya daging/ ayam lah. Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas. Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing. Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa) Air Dan.. jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG. Ini sebab Ustazah yang masak nama Kerutuk Ustazah la..

Cara masak;
1. Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2. Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.
3. Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll. ...

TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM.

Caranya macam ni pulak
1. Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2. Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3. Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4. Siaplah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan