Selasa, 14 Januari 2014

Garam masala

BAHAN-BAHAN:

- 1/2 cawan biji ketumbar.
- 1/4 cawan biji jintan putih.
- 1 sudu besar jintan manis.
- 1 sudu kecil lada hitam.
- 1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
- 25-30 biji buah pelaga hijau.
- 10-12 biji buah pelaga Hitam.
- 6 - 8 biji buah pala kering (pecahkan rong dan ambil isi ditumbuk halus. Tak perlu sagai).
- 10 - 12 kuntum bunga cengkih.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 5 - 6 keping kulit kayu manis 2 inci panjang yang telah dihancurkan.
- 6-7 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).

CARA-CARA:

- Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan. Buah pala tak perlu sagai, tumbuk halus saja.
- Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
- Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Simpan dalam botol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.

Pajeri terung

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

- 3 biji terung panjang
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 2 cawan santan pekat
- 1btg kulit kayu manis
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji bunga cengkih
- 2 sudu besar udang kering
- 2 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
- minyak untuk menumis
- 1/4 keping gula melaka
- garam secukup rasa

Cara-cara

- Blend bawang putih, bawang merah, udang kering.
- Gaulkan dengan rempah kari.
- Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
- Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
- Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka.
- Masak sehingga kuah pekat.
- Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah

#Maniskan kuah dengan gula melaka

samperit

Samperit 250 gram butter 50 gram gula aising 1 penutup esen vanilla 1 peket tepung kastard cap bunga merah 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu kfc kuning telur Gaul butter dan gula hingga sebati,masukkan telur, esen vanilla,tepung kastard,pas tue tepung jagung...sedikit ceri untuk hiasan...

Resepi Kari Daging Nasi Kandar

Bahan-bahan:

- 1kg daging lembu atau kambing
-1 senduk minyak masak untuk menumis
- 2 – 3 sudu makan minyak sapi QBB
- 2 senduk serbuk kari ikan (cap babas)
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 5 biji ubi kentang | dibelah empat
- 3 biji buah tomato (di mayang halus)
- 2 helai daun pandan (di ikat)
- 1 cawan santan + 3 cawan air biasa (ikut kepekatan dan kuah yag dikehendaki)
- 2 – 3 biji cili hijau + 2 biji buah tomato (di belah dua)
- Air secukupnya
- Garam
- Minyak untuk menumis
- Msg jika suka (optional)

Bahan tumis
- (dikisar dan dibahagi dua bahagian) 10 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 2 inci halia

Cara-cara penyediaan rempah:

Bancuh rempah dengan air sehingga pekat dan di campur dengan serbuk jintan manis. Sebahagian bahan kisar di campur kedalam rempah dan ketepikan.

Cara memasak:

- Panaskan minyak masak dan tumiskan sebahagian bahan kisar, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah dan air secukupnya.
- Masukkan daging dan buah tomato yang di mayang serta garam kedalam periuk.
- Setelah rempah dan daging cukup matang masaknya (naik minyak dan isi daging lembut).
- Kacau rata dan masukkan santan dan ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang menjadi empuk.
- Seterusnya masukkan minyak sapi, cili hijau dan buah tomato daging. Dibolehkan masuk skali daun pandan jika suka supa kari wangi.
- Apabila daging sudah cukup masak dan empuk. Boleh tutup api dapur.
- Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Kari Ikan Nasi Kandar

Bahan-bahan:

- 1 kilo ikan bawal putih/hitam/merah (atau sebarang ikan)
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 1 ½ senduk serbuk kari ikan (cap babas)
- 1 senduk serbuk kari daging (cap babas)
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 10 biji bawang merah kecil
- 6 ulas Bawang Putih
- 1 sudu makan halba campur
-  6-7 tangkai daun kari
- 1 cawan kecik santan (ditambah dengan 3 cawan air)
-1 genggam asam jawa diperah ambil airnya sahaja
-10 biji sayur bendi (terpulang pada masing)
- 2 biji buah tomato (terpulang pada masing)


Cara-cara penyediaan ikan:

- Untuk menhilangkan hanyir ikan, ikan di cuci terlebih dahulu dengan air asam jawa atau lemon.

Cara-cara penyediaan rempah:

- Bancuh rempah dengan air sehingga pekat dan di campur dengan serbul jintan putih. Blendkan atau di tumbuk 4 biji bawang merah bersamaan dengan bawang putih dan dicampur dengan rempah. Ketepikan.

Cara-cara penyediaan:

- Hiris 6 biji bawang merah kecil,
- 4 biji bawang putih untuk menumis.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, daun kari.
- Setelah agak wangi masukkan halba campur.
- Apabila bahan tumisan dah naik bau masukkan bahan rempah.
- Kacau sehingga naik minyak kemudian masukkan santan.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan bendi dan tomato.
- Siap untuk di hidangkan.

Bingka durian

Bahan-bahan

- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan isi durian
- 3/4 cawan gula
- 3 biji telur
- 3 cawan santan
- Pewarna
- 1 sudubesar minyak sapi/marjerin
- Sedikit garam

 Cara-cara

Blendkan kesemuanya dan tuangkan kedalam acuan berlengser minyak

mee bandung

Ni resepi Mee Bandung ala Muar yg biase wani gunapakai.. Bahan (paste) : 10-15 tangkai cili kering (rebus n kisar) 1 labu bawang putih 5 biji bawang besar 1/2 cwn udang geragau kering** 1/2 cwn udang kering** 3/4-1 cwn gula pasir 1 sb sos tiram Garam n perasa secukupnya Minyak utk menumis 1.Rebus udg kering n udg geragau kering smpai mendidih. 2.Kisar bwg putih,bwg merah,cili boh,udang kering,gula pasir menggunakan air rebusan udg kering. 3.Panaskan minyak,tumis bahan kisar tp jangan sampai garing. (blh tmbh air rebusan daging jika bhn tumis hampir garing). 4.Perasakan dgn sos tiram,garam dll.Matikan api.Boleh terus guna atau simpan dlm peti sejuk. **biasenye paste ni wani wat byk,bekukan dlm peti..bole thn berbulan2 insyaAllah Bahan penyediaan kuah : (boleh sediakan sekali byk atau sikit ikut saiz hidangan.) 1/2kg daging (rebus dgn 6 cwn air n ptg nipis)-simpan air rebusan Udang hidup Kcg tanah-goreng n kisar 1.Panaskan paste,masukkan air rebusan daging.Biarkan merenih dan masukkan daging. 2.Masukkan kacang tanah dan udang,perasakan dan biar sehingga kuah sedikit pekat..Matikan api. Penyediaan Mee Bandung 1 peket mee kuning Sayur sawi (dan pilihan sayur2 kegemaran yg sesuai)-dicelur Telur Daun sup,daun bawang,cili hijau (dihiris) Bawang goreng dan lain2 condiment pilihan 1.Panaskan kuali kecil,ceduk kuah secukupnya utk 1 hidangan (tmasuk rencah2),pecahkan sebiji telur. 2.Bila telur hampir masak,masukkan mee kuning dan sayur2an,kacau sebati. 3.Hidangkan panas2,tabur daun sup,daun bwg,cili n bwg goreng dll..