Selasa, 14 Januari 2014

Garam masala

BAHAN-BAHAN:

- 1/2 cawan biji ketumbar.
- 1/4 cawan biji jintan putih.
- 1 sudu besar jintan manis.
- 1 sudu kecil lada hitam.
- 1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
- 25-30 biji buah pelaga hijau.
- 10-12 biji buah pelaga Hitam.
- 6 - 8 biji buah pala kering (pecahkan rong dan ambil isi ditumbuk halus. Tak perlu sagai).
- 10 - 12 kuntum bunga cengkih.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 5 - 6 keping kulit kayu manis 2 inci panjang yang telah dihancurkan.
- 6-7 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).

CARA-CARA:

- Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan. Buah pala tak perlu sagai, tumbuk halus saja.
- Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
- Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Simpan dalam botol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan