Sabtu, 12 Disember 2015

gaun seksi








chese tart

Hmm... inilah pengalaman trmanis dlm hidup sy dlm sejarah pembuatan BLUEBERRY CHEESE TART...
Serius cakap, ini la first time sy buat mnjadik! ^__^
Mncuba brbgai resepi google, buat hati luka dn bernanah2 huhuu... (kes shell tart sy jd gomoks la tu...)
Resepi ni sy dpt ketika menyelak majalah resepi tahun 2001... Sape punya resepi sy x sempat nk siasat. Apa salah mncuba knn... dn wallah! Menjadik dgn jayanya...
Alhamdulillah... Jom sy nk sharekn dgn sis2 plak...
SHELL TART (CRUST)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
100gm marjerin atau butter (sy guna buttrcup)
40gm gula aising
1 biji telur C
1 sudu teh esen vanilla
200gm tepung gandum
Acuan tart* (sy guna saiz 4.5cm)
Cara2:
1. Pukul marjerin/butter dn gula hingga sebati. Jangan putar lama sangat sbb kita xnk shell tart kita jd kembang setaman.
2. Masukkan telur + esen vanilla. Pukul sebati... (sekejap je, jgn lama)
3. Masukkan tepung sikit demi sikit, gaul dn uli (guna tgn). Bila adunan dh nk jadi doh, masukkn tepung sikit2... Berhenti letak tepung bila doh menjadi lembut dn tak melekat di jari dan mangkuk.
4. Disbbkn doh kita sgt lembut, wrap dgn plstik dn simpan dlm peti ais (bhgn sejuk, bukan beku yee...) sekurang2nya 1 - 2 jam atau nk biar semalaman pn blh.
5. Cara nk buat shell... Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart (cara2 blh rujuk gmbr)... Cucuk2 dgn garfu seblm dibakar. Bakar pd suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga shell berwarna sedikit keperangan. Api ats dn bwh.
(Adunan ni dpt lbh kurang 40 shell - acuan tart 4.5 cm)
6. Biarkn seketika hingga shell tart kita sejuk. Baru dipaipkn sedikit FILLING jem blueberry dn ditutup dgn CREAM CHEESE. Paip penuh2 ye supaya ia cantik membuncit... (hati2 jgn melimpah dah...)
7. Utk nk buat lorek2 kt bhgn permukaan tu, ambil 1/2 sudu teh dr adunan CREAM CHEESE dn diwarnakn dgn 2-3 titik pewarna kesukaan dn blh la dilorek ikut kreativiti masing2.
8. Akhir sekali, lps siap bhgn cheese tu... kena BAKAR lagi selama 10 mnt suhu 170°c...
Sentuh cream dengan hujung jari... klau tak melekat, maknanya dh masak. Klau cream masih cair, bakar dlm seminit dua lagi.
Guna api atas bawah... dn letak dekat rak bawah (supaya cheese tak hangus plak)
------------------------------
CREAM CHEESE
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz C
½ sudu teh esen vanilla / jus lemon
1. Keluarkan cream cheese 30 - 45 mnt sblm digunakan.
Klau sis guna cream cheese 250g tu, biar dlm 30 mnt... Mcm sy guna yg 1kg, jd kena biarkn dlm 45 mnt sblm guna (JANGAN biarkan cream cheese lama sgt di luar smpai mencapai ke suhu bilik, nnti tak gebu)
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla/jus lemon. Putar lagi hingga betul2 sebati dn berkrim. Siap. Trs masukkn ke dlm piping bag .
-------------------------------
SOAL DAN JAWAB Emotikon kiki
SOAL : Kenapa shell tart sy mengembang?
JWB : Amaran keras... JANGAN sesekali mnggunakn sebrg tepung yg ada bahan penaik cnth tepung selfrising. Hanya guna TEPUNG GANDUM yee... ini utk mengelakkn shell tart mengembang.
JANGAN overbeat... maknanya x payah nk pukul beria2 mcm nk buat kek. Pukul setakat adunan sebati je.
Pengalamn sy sndiri, shell tart sy kembang smpai lubang besar kt tgh2 tu hilang! Huhuu... sedih sy tgk. So, sis2 jgn ulang kesilapan sy...
SOAL : Kenapa shell tart sy keras?
JWB : Sbb trlebih cairan (saiz telur besar)... Guna telur C utk resepi ni. Klau nk guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras.
Cairan dlm telur yg berbeza mungkin menjadikn sukatan tepung tk semestinya 200 gm. so, masukkn tepung sikit2 ye... dn stop bila doh lembut trhasil dn x melekat di jari...
Kadang ada extra 2-3 sudu tepung lg jee... dn kita pulun nk habiskn gak. JANGAN okeh! Trlebih tepung juga akn buatkn doh jadi keras.
Faktor trlebih masa bakar juga blh buatkn shell kita keras.
SOAL : Kenapa shell tart sy lemau?
JWB : Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dlm bekas kedap udara dlm peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... dn utk elak dr lemau (masuk angin)
Tak cukup tempoh bakar juga akn buatkn shell kita jd lemau.
SOAL : Perlu ke gris acuan? Mcmana nk kluarkn shell dr acuan?
JWB : Untuk pemakaian acuan yg baru, perlu juga gris dgn margerin sbb takut melekat... Tp klau acuan yg dh prnh diguna, x perlu gris lg...
Shell susah tanggal klau xcukup masak... Tp klau dh dibakar sempurna, dgn sekali hentakan yg amat minima, shell akan trtanggal dgn mudah dr acuan... Jgn risau, ia takkn melekat.
Klau acuan sy, br trbalikkn je dh luruh shell tu... x sempat hentak pon...
SOAL : Cream cheese sy cair di dlm dn mendap slps dibakar? Mcmana?
JWB : Lps bakar, Cheese tart ni seelok2nya kena biarkan sejuk di luar sekejap... kemudian simpan dlm bekas kedap udara dn diletak dlm peti sejuk... (di bhgn sejuk yee, jgn letak kt tmpt beku.... nnti jd ketul batu plak)....
Cream cheese akan lbh gebu dn berkrim... Gabungan rasa crust, cream cheese dgn filling juga akn sebati dn lbh sedap... nyum2 ^__^
Masalahnya, bila disimpan semlman dlm peti sejuk, cheese akan mendap sikit d tgh dan berpeluh... itu mmg x dpt nk elak...
SOAL : Blh guna filling lain selain blueberry?
JWB : Utk filling plak, sis blh sediakan apa2 filling yg sis suka. Sy cadangkn guna jem blueberry, strawberry, kiwi, oren atau nenas... blh beli je jem kt pasaraya... senang cerita.
Mcm biasa masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita nk paip nnti, xde la sememeh...
Ada yg guna sudu je... pon blh... tp kena la hati2 supaya filling tk comot.
SOAL : Berapa biji blh dpt utk resepi ni?
JWB : Utk shell, blh dpt dlm 40 biji... itu pon bergantung pada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese plak dpt dlm 50 - 60 biji.
(Adunan cheese yg lbh blh simpan dlm peti ais yee... dn bila nk guna, letak kt luar hingga lembut semula dn blh la diguna)
SOAL : Macamana nk lukis2 kt permukaan cheese tu?
JWB : Utk menambah daya penarik tart kita, blh la dimekap mengikut kreativiti masing2.
Cara sy :
- Ambil 1/2 sudu teh (sikit je tau... cukup punya, percayalahhh ^__^) dr adunan CREAM CHEESE dn diwarnakn dgn 2 titik pewarna merah jambu.
- ulang langkah dgn pewarna coklat dn hijau.
- gunakan lidi dn blh la dilorek corak bunga, tangkai dn daun pd permukaan cream cheese...
Proses melorek ni memerlukn kesabaran yee... dn seeloknya dibuat masa cream cheese masih lembut... jgn biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tak secantik yg kita impikann huhuu...
SOAL : Berapa lama shell tart blh disimpan?
JWB : Mr google ckp blh simpan smpai sebulan dlm peti sejuk. Klau pakar2 tart blh bgtau tempoh sbnr shell tart tu blh brtahan, amatlah dialu2kn... (sbb sy pn nk tau ^_^)
Klau yg dh diisi dgn filling, blh simpan sehingga 5 hr... itupn klau xde sape yg ngap la ye... Emotikon kiki hehee
Sentiasa simpan dlm bekas kedap udara di dlm peti sejuk.
Okeh sis2 trsayang...
harap berpuashati la yee dgn ilmu tart yg sy share kali ni... maaf andai ada kekurangan... dn maaf andai gmbr2 BLUEBERRY CHEESE TART ni dh mndera hati dn sanubari rmai org... hehee... Emotikon kiki

Talam

Assalamualaikum. Sebulan ni Talam Sentosa tak ambil order. Tapi kerana dah biasa menalam, rindu pada talam membuak juga. Hari ni saya nak kongsi resepi talam berlauk. Pada yang ada masa nak membuatnya boleh jadikan panduan ye...
Lauknya
3 sudu besar cili kisar bersama bawang merah dan putih (suka pedas boleh tambah)
3 sudu besar serbuk kari daging
Segenggam udang kering/geragau
1kiub pati ayam (jika suka)
Sekeping atau lebih sedikit daging kisar ramly
Tumiskan bahan selain daging kisar hingga garing kemudian masukkan daging hingga empuk. Tambahkan garam gula.
Lapisan tepung
400 g tepung gandum
2 cawan santan
4 cawan air
2 biji telur
Sedikit garam
Kisar semua bahan dalam blender. Akan dapat lebih kurang 8 cawan adunan batter. Ambil 3 cawan dari adunan dan campurkan dengan bahan lauk yang telah disiapkan terlebih dahulu tadi. Tambah hirisan daun sup, cili merah dan sedikit bawang goreng.
Lebihan 5 cawan batter tadi kukus terlebih dahulu (akan jadi lapisan bawah). Pastikan kukus telah dipanaskan. Kukus lapisan bawah hingga keras (dalam 10 minit). Cakar lapisan bawah sebelum tuangkan lapisan berlauk dan kukus sehingga 30-40 minit. Sesekali buka tutup kukusan dan lap kering untuk elak air menitik.
Biarkan sejuk sebelum potong. Paipkan mayonis sebelum tabur dengan hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng.
Selamat menalam....

RESIPI: BROWNIES COKLAT PISANG SALAI

RESIPI: BROWNIES COKLAT PISANG SALAI
Bahan-bahan:
80gm Mentega (salted)
40gm Minyak Zaitun
230gm 'Dark' coklat (dipecah-pecahkan)
200gm Campuran gula kastor dan gula merah
80gm Tepung gandum (diayak)
100gm Serbuk koko
150gm Coklat cip
100gm Pisang salai (dipotong kecil)
3 biji Telur gred A
Secubit garam
Untuk Ganache:
250gm 'Dark' coklat
75gm Krim
Cara-cara:
1. Cairkan 'dark' coklat, mentega dan minyak zaitun dalam periuk atas api sederhana
2 . Tuangkan ke dalam mangkuk pembancuh dan biarkan sejuk sedikit. Masukkan gula dan kacau sebati
3 . Masukkan telur sebiji - sebiji dan kacau sebati
4. Masukkan garam dan serbuk koko
5. 'Fold in' tepung sedikit demi sedikit
6 . Masukkan coklat cip dan pisang salai dan kacau rata (sehingga bercampur sahaja)
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar berukuran 9"x9" dan bakar selama 25-30 minit dalam ketuhar bersuhu 170 darjah selsius. Bila sudah masak, matikan ketuhar renggangkan pintu ketuhar dan biarkan sejuk.
8 . Untuk membuat ganache, cairkan coklat bersama krim di atas 'double-boiler' dan tuangkan ke atas Brownie yang sudah sejuk. Simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dipotong. Enjoy!

Resepi puding jagung


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 1/2 cawan tepung kastard
1 tin jagung krim
Secubit garam

Cara-cara:
1). Campur semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan likat.
2). Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
**sapu acuan dengan air terlebih dahulu (saya basuh terus) 😂 untuk elakkan daripada puding melekat pada acuan bila nak bukak nanti 
Lagi satu, ikut resepi ni betul-betul, confirm jadi. Jangan derhaka padaresepi 😂 nak tambah air la nak tambah susu la. Lembik nanti 😂
Selamat mencuba!
Boleh buat sekarang, sempatla puding tu sejuk untuk buat berbuka puasa petang nanti 😊.

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel
😍😍

bawang goreng

Hari ni Ibu Azzah nak share cara buat bawang goreng yang sangat rangup. Berbulan2 simpan masih krukk krakk insyaallah.
Simple sahaja, bahan2 nya: Bawang merah kecil, garam halus dan tepung beras.

Bawang merah kecil dipotong nipis2. Gaul dengan sedikit garam dan tepung beras. Anggaran kalau sekilo bawang, garam 1 sudu kecil dan tepung beras satu senduk (5 sd besar) shj. Gaul rata. Tapi boleh lebihkan tepung kalau nampak tak tersalut ngan bawang. Lebih takper..lagi rangup.

Goreng dalam minyak yg banyak ya..pastikan jgn letak bawang terlalu banyak, nanti tak rata rangupnya. Pastu..bila warna dah ke coklat (perang), terus tutup api dan kacau sekejap pastu angkat, tos dan tuang atas tisu dapur. Bila dah sejuk masukkan dlm bekas kedap udara.
3 orang menyukai ini.
Komen

(RESEPI LENGKAP) = Mee Bandung Muar (Original Recipe)

(RESEPI LENGKAP) = Mee Bandung Muar (Original Recipe)
Bahan-bahan membuat Paste :
300g udang
100g udang kering (rendam & diblend bersama)
5 tangkai cili kering (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
3 ulas bawang putih (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
5 ulas bawang merah (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Cara Membuat Paste:
1) Bersihkan udang dan asingkan isi udang bersama udang kering tadi untuk di blend. Kulit dan kepala udang pula direbus untuk jadikan stok (Caranya blend dan tapis).
2) Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi. masukkan stok udang, udang blend dan kacang tanah.
3) Letakkan garam, serbuk perasa dan gula untuk menambah rasa. biarkan ianya menjadi pekat paste.
(Ia boleh disimpan lama dalam frizer)
Bahan-bahan Mee Bandung Muar (Original Recipe) :
200g Udang
200g Daging
200g Sotong Kering (Telah direndam)
200g Kerang (Telah kopek)
Mee kuning
3 batang sawi
1 batang cili merah
1 biji tomato
2 biji tauhu (digoreng)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang
Cara-cara :
1) Rebus Daging selama 1jam untuk mendapatkan air rebusan. kemudian simpan air rebusan dan hiris daging nipis-nipis.
2) Panaskan minyak, masukkan paste dan goreng sehingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan daging, sotong, kerang dan udang.
(Proses ini jangan terlalu lama)
4) Sedikit garam, gula dan serbuk perasa untuk menambah rasa kuah tersebut..
5) Masukkan sawi dan tomato. Tunggu sehingga mendidih dan pecahkan telur (telur jangan dikacau).
6) Sediakan mee dan tauhu goreng didalam pinggan. Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee. Taburkan hirisan cili dan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas mee tersebut.
Note : Lagi pekat kuah & banyak kerang,sotong, daging..maka lagi sedaplah ia. Kongsikan kepada rakan-rakan anda k. huhu