Sabtu, 12 Disember 2015

RESIPI: BROWNIES COKLAT PISANG SALAI

RESIPI: BROWNIES COKLAT PISANG SALAI
Bahan-bahan:
80gm Mentega (salted)
40gm Minyak Zaitun
230gm 'Dark' coklat (dipecah-pecahkan)
200gm Campuran gula kastor dan gula merah
80gm Tepung gandum (diayak)
100gm Serbuk koko
150gm Coklat cip
100gm Pisang salai (dipotong kecil)
3 biji Telur gred A
Secubit garam
Untuk Ganache:
250gm 'Dark' coklat
75gm Krim
Cara-cara:
1. Cairkan 'dark' coklat, mentega dan minyak zaitun dalam periuk atas api sederhana
2 . Tuangkan ke dalam mangkuk pembancuh dan biarkan sejuk sedikit. Masukkan gula dan kacau sebati
3 . Masukkan telur sebiji - sebiji dan kacau sebati
4. Masukkan garam dan serbuk koko
5. 'Fold in' tepung sedikit demi sedikit
6 . Masukkan coklat cip dan pisang salai dan kacau rata (sehingga bercampur sahaja)
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar berukuran 9"x9" dan bakar selama 25-30 minit dalam ketuhar bersuhu 170 darjah selsius. Bila sudah masak, matikan ketuhar renggangkan pintu ketuhar dan biarkan sejuk.
8 . Untuk membuat ganache, cairkan coklat bersama krim di atas 'double-boiler' dan tuangkan ke atas Brownie yang sudah sejuk. Simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dipotong. Enjoy!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan