Sabtu, 12 Disember 2015

Talam

Assalamualaikum. Sebulan ni Talam Sentosa tak ambil order. Tapi kerana dah biasa menalam, rindu pada talam membuak juga. Hari ni saya nak kongsi resepi talam berlauk. Pada yang ada masa nak membuatnya boleh jadikan panduan ye...
Lauknya
3 sudu besar cili kisar bersama bawang merah dan putih (suka pedas boleh tambah)
3 sudu besar serbuk kari daging
Segenggam udang kering/geragau
1kiub pati ayam (jika suka)
Sekeping atau lebih sedikit daging kisar ramly
Tumiskan bahan selain daging kisar hingga garing kemudian masukkan daging hingga empuk. Tambahkan garam gula.
Lapisan tepung
400 g tepung gandum
2 cawan santan
4 cawan air
2 biji telur
Sedikit garam
Kisar semua bahan dalam blender. Akan dapat lebih kurang 8 cawan adunan batter. Ambil 3 cawan dari adunan dan campurkan dengan bahan lauk yang telah disiapkan terlebih dahulu tadi. Tambah hirisan daun sup, cili merah dan sedikit bawang goreng.
Lebihan 5 cawan batter tadi kukus terlebih dahulu (akan jadi lapisan bawah). Pastikan kukus telah dipanaskan. Kukus lapisan bawah hingga keras (dalam 10 minit). Cakar lapisan bawah sebelum tuangkan lapisan berlauk dan kukus sehingga 30-40 minit. Sesekali buka tutup kukusan dan lap kering untuk elak air menitik.
Biarkan sejuk sebelum potong. Paipkan mayonis sebelum tabur dengan hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng.
Selamat menalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan