Rabu, 27 Januari 2016

sos coklat

Resepi sos coklat
Bahan2:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung jagung (sy bubuh tpg gandum sbb tpg jagung dh habis.)
2 sudu besar majerin @minyak jagung.
Masukkn serbuk koko, gula, susu cair, tepung jagung dlm periuk. Kacau sebati smpi semua bahan tak berketul2(bukan kacau atas api). Bila semua bhn dh sebati & tak berketul, baru kacau atas api. Kacau hingga agak pekat, masukkan majerin atau minyak jagung. Kacau sekejap. Tutup api. Sejukkan.

Selasa, 26 Januari 2016

sos pencicah

‪#‎SOS PENCICAH
..Sofea Omar...
3 1/4 cawan gula
1 cawan cuka makan
5..6 biji cili hidup..tumbuk kasar
1 labu bawang putih..tumbuk kasar
1 sd kecil tpg jagung
..utk pekatka ..boleh je x nak letak..
Secubit garam
Kisar semua bahan2..
Masak smpai gelegak..
Sejukkan simpan dlam peti







SOS PENCICAH
Sumber : Cheq Sue

Bahan :
100g cili kering - potong kecil
4 ulas bawang putih - buang kulit
5 biji cili padi (kalau nak pedas bubuh lebih)
250g gula
35g garam
2L air
3 sb tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu makan cuka
Update : 1 keping nisse saiz sederhana

Cara membuatnya :
Cili kering yang telah dipotong dibersihkan dan diramas di dalam air untuk mengeluarkan biji
Blend bersama cili padi dan bawang putih (saya blend dua kali sebab cili kering ni saya tak rebus dulu, kalau blend sekali harung takut tak hancur pulak)
Masukkan ke dalam periuk dan tuang air selebihnya. Masak hingga naik bau cili
Kemudian masukkan gula dan garam, masak lagi hingga mendidih
Bila sudah agak pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka
Kecilkan api, biar mendidih dalam api kecil

Nota : jika suka boleh tambahkan bijan sangai



SOS PENCICAH THAI SEDAPP !

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk

Selasa, 19 Januari 2016

tom yam

RESIPI
Bahan – Bahan : (Untuk 4 orang makan)
Bahan A – Kisar
4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)
Bahan B
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu perencah tomyam
Pelbagai sayuran
4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
Akar pokok ketumbar
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air 1L
garam & gula
Cara – Cara :
Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan

Sos pasta/piza/lasagna

Sos pasta/piza/lasagna
1) 7 biji bawang besar dipotong dadu. 1 labu bawang putih dicincang. Tumis hingga lembut dan lutsinar.
2) Masukkan 5 helai daun bay, 3 sudu besar herba campuran dan 15 biji tomato ranum yang dipotong dadu. Reneh hingga tomato lembut dan hampir hancur. (*Boleh masukkan ayam cincang atau daging cincang jika mahu)
3) Kisar 3 biji lobak merah, 5 batang celery dan sebiji epal hijau hingga halus. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati.
4) Tambah setin puri tomato jika mahu. Boleh juga tambah hirisan cendawan butang atau shiitake.
5) Reneh hingga pekat lebih kurang sejam (api perlahan). Perisakan dengan garam, sedikit gula dan lada hitam selepas api dipadamkan.
* Pastikan benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk.
** Jika tidak ditambah ayam atau daging cincang semasa proses memasak, boleh ditambah kemudian semasa mahu panaskan sos untuk dimakan dengan pasta.

Ahad, 17 Januari 2016

saiz jubah







saiz telekung

[Panduan Ukuran telekung kanak-kanak ] ↓↓↓
Labuh depan /panjang :
Saiz s : 3tahun ke bawah : labuh 30inci
Saiz m : 5tahun ke bawah : labuh 35inci
Saiz L : 10tahun ke bawah : labuh 38inci
***********************************************
Saiz muka /dagu :
saiz s : muka 7inci / lilit kepala 10
saiz m : muka 8inci / lilit kepala 10.5
Saiz L : muka 8.5inci / lilit kepala 11
Kain : ikut rujukan labuh depan (sama semua)








CHOCOLATE GANACHE



250gm Dark Choc Compound
25gm unsalted butter (tak letak pun tk apa)
175gm dairy whipping cream

Cara-cara:
Double boil semua bahan dan tuangkan atas kek