Khamis, 2 Jun 2016

air gula

Saya pernah niaga cendol, ratio gula pasir dan gula merah yg saya guna 1.1kg gula pasir campur 900gm gula merah, masak dgn air, sukatan air dah lupa jumlah air secukupnya dgn kelikatan yg kita mahu. Saya letak 1/2 sudu kecil kapur mkn semasa masak air gula tu.
Tak Suka · Balasan · 1 · 13 min

Abg sy nega cendol dia guna 4 jenis gula:-
Gula kabung yg gemuk tu
Gula kabung Kelantan yg nipis2 tu yg warna dia coklat muda
Gula merah paket 
Dan madu...mmg kos utk wat agak mahal tp org minum puas ati....lupa 5 jenis semuanya satu lg palm suga



 1kg gula putih + 1kg gula merah timbang tu... Daun pandan. 

Gula putih tu letak dlm periuk dulu biar cair mcm nk buat gula hangus.. Jangan hngus sangat... Sikit je.. Kang pahit plk.. Hehe Terus masuk air then masuk gula merah.. ðŸ˜ƒðŸ˜ƒðŸ˜ƒ

Klu sy cuma guna gula pasir putih,gula merah n nissan...tuang semua dlm periuk masukkn air smpi tenggelam bahan td n masak ngan api perlahan...kacau sekali sekala..jgn api kuat nnt air gula melimpah...masak smpi mendidih n hancur semua bahan td...anda pasti dpt air gula yg pekat n sedap...slmt mencuba..

 1kg gula putih + 1kg gula merah + Daun pandan. Wat pekat2
Akak niaga klu nak buat air gula merah pekat adek msk gula merah 1 Kilo gula putih 1 kilo mmg pekat..
Buh kicap mi tu sket

Tips sukatan dan resepi nasi dagang Terengganu



CARA PERTAMA
Bahan -bahan Nasi Dagang
Beras wangi 3 cawan
Beras pulut 3 genggam
Santan segar 1 cawan
Santan cair 2 cawan
Garam kasar 1 sudu kecil
Gula 2 sudu besar
Halia 1inci
Bawang merah 3 ke 5 ulas
Halba 1 sudu besar

Cara-cara kukus nasi:-
-Campur kan beras wangi dan beras pulut. (Cuci beras mcm biase dan rendam beras sebelum tidur,bagi yang nak makan pagi.)
-Masak guna pengukus dalam/tinggi sehingga keluar asap dalam 2 minit.
-keluarkan dan masuk ke dalam bekas utk di arong dengan santan cair. (biar kan seketika,dalam 2 3 minit camtu,baru masukkan dalam pengukus bersama sedikit bawang halia dan halba.)
-Sambung kukus nasi tadi sehingga keluar asap dalam 2 3 minit dan naik bau.
-masuk kan ke dalam bekas dan arong@seratakan dengan santan pekat yang di campor dengan garam dan gula tadi. gaul atau arong sehingga sebati.
- jangan lupa letak baki bawang, halba dan halia tadi.
-kemas kan nasi dalam bekas tadi dan tutup dengan penutup, (guna la tudung periuk ke talam ke biarkan seketika,biar berpeluh orang tua kate)

CARA KEDUA
4cwn beras biasa
1cwn beras pulut
(rendam mlm utk kukus di pagi hari)
-kukus smpai masak,angkat, gaul bersama 1000ml air putih , kukus semula sehingga berwap. angkat lps dah masak.
-gaul bersama satu 1/2 mug santan pekat. santan perlu dicampur 1sudu garam dn 3sudu gula.
-mayang bawang merah 10biji , halia sikit, halba 2sudu. gaul bersama nasi



RESEPI KUAH NASI DAGANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN
1) 2 sudu Rempah gulai nasi dagang (hanya rempah jenis ni sahaja)
2) 1 sudu Rempah gulai cap Bunga Ros 
3) 250 gm Santan
4) 1 ekor Ikan aya hitam (sederhana)
5) 1 sudu Kerisik
6) 1 camca teh Halba
7) Manisan/Gula
8) Garam dan serbuk perasa
9) 10 batang Cili padi
10) 2 senduk Minyak masak
11) 1 senduk Cili kisar
12) Air
13) Air asam jawa (sedikit sahaja)


BAHAN2 KISAR
1) 3 labu Bawang besar
2) 3 ulas Bawang putih
3) 1/2 in Halia
4) 1/4 in Kunyit
5) 1/4 in Lengkuas
CARA MEMBUAT
1) Kisar semua bahan kisar hingga lumat.
2) Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Goreng hingga sebati dan masak.
3) Masukkan semua rempah dan halba. Kacau hingga rata dengan api yang kecil sampai naik minyak.
4) Masukkan air, santan, ikan, cilipadi dan kerisik.
5) Kemudian masukkan air asam jawa.
6) Bubuh garam, manisan/gula dan serbuk perasa.
7) Masak dengan api kecil agak lama hingga naik minyak.
KRITERIA KUAH
1) Kuah agak pekat
2) Kuah agak manis dan pedas
3) Warna kuah merah kehitaman.
Nota
gulai ikan tongkol direbus dahulu
-cmpur asam keping dan garam. diproses seperti gulai biasa. sy guna kari babas ikan dan daging.
-gulai nasi dagang lebih manis drpd gulai biasa
-masak sehingga pekat, masukkan cili api segenggam
-bila nak hidang baru masukkan ikan kedalam gulai

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel




Isnin, 30 Mei 2016

black pepper sos






kuah black pepper versi kakak saya yang ada kedai westren food. Sangat sesuai bagi anak anak dan keluarga makan.
Bahan Bahan ( A )
2 Biji Kentang
2 Batang Lobak Merah
1 Biji Bawang Putih
1 Biji Bawang Besar
2 Batang Daun Saderi
Bahan Bahan ( B )
Lada Hitam
Kicap Pekat
1 Kuib Ayam
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
3 sudu minyak masak
Cara cara memasak.
Rebus semua bahan bahan (A) berserta kulit ( cuci sebersih dan sesuci hati yang diyakini ). Selepas empuk sejukkan dan kisar semua bahan bahan tersebut bersama sama Lada hitam ( Nak pedas letak banyak,Tak nak pedas letak sikit ) dan air rebusan tadi.
Masukkan kesemua yang dikisar ke dalam periuk, Dengan Api yang pelahan. Selepas itu masukkan Kicap pekat,Kuib ayam,minyak masak biarkan selama 30 minit and garam dan gula secukup rasa dan siap dan selamat menjamu selera.

Resepi pisang goreng cheese


Bahan-bahan
-500gram tepung beras
-250gram tepung gandum
-5sudu besar baking powder
-5 sudu besar tepung custard
-sedikit garam
Cara-caranya
- gaul semua bahan tersebut dengan Selawat 3x sehingga sebati... Sila gaul dengan sudu atau senduk..jangan Gaul dengan tangan..mudah basi... dah sebati,perap selama 30min..
Resepi caramel
-1tin susu pekat
-1tin air putih
-1cawan gula pasir
- 2 sudu besar butter cup
Cara-caranya
- dengan api yg perlahan..masak gula pasir telebih dahulu. Kemudian, gula dah cair masukan buttercup.. Dan tutup api seketika untuk masukan susu pekat..hati-hati ketika masukan susu.. akan ada proses susu pekat meruap dan panas.. buka api kembali.. kacau dan masukan air.. tgu sehingga caramel pekat sedikit dan boleh tutup api...
Bila dah siap goreng pisang..letak caramel diatas dan anda boleh sagat cheese dia atas.. saya guna ANCHOR CHEDDAR CHEESE... .
Untuk kesan lebih sedap dan colourful..
parut 1 choc bar yg sedap .. biarkan mahai takpe..janji sedap di tekak.. hehehe.. masyaAllah.. sedap yakmat..pipi duk tahan yaqyoq sambil duk taip hehehehe...
 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel


Sabtu, 21 Mei 2016

tart nenas

gh kecoh versi biskut raya,masing2 ade cara trsendiri..alhamdulilah dh 3thn buat utk raya,customer pun makin brtmbh,sj guna papercup sbb kdng br nk pgg dh brderai,tp tart sy x berderai..brderai dlm mulut..250gram bttercup/3 cwn marjerin,gula castor 1 cwn,tpg gandum 2 cwn stgh,tpg jagung 1/2 cwn,susu pekat 1 sudu bancuh teh,garam scubit,gaul smua,jika doh trkeras tmbh marjerin / butter,janji mase msuk acuan nk tekan cantik senang,utk gliss:kuning telur,stitik/2 pewarna kuning,esen vanila skit utk hilangkn bau hanyir telur..slamat mncuba..tart gebu gebasyyy:-) Emotikon smile..sesiapa nk syer..silakn..sy halalknnn:-) Emotikon smile Emotikon smile

Resepi kek buah tanpa telur


Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan butter/marjerin (227gm)
3/4 tin susu pekat manis ( kalau suka manis boleh lebihkan)
3/4 tin air ( guna tin susu pekat manis yg sama)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar pati oren sunquick
150 gm mix fruits
50gm mix fruits - untuk tabur atas kek sblm bakar
Cara2:
- sediakan periuk yg sesuai.. Masukkan air dan didihkan..bila air mula mendidih masukkan mix fruits 150gm.. Perlahankan api..
- masukkan butter..kacau hingga butter cair sepenuhnya dan seterusnya boleh masukkan susu pekat manis..Kacau sebati.. Tutup api dan biarkan sehingga betul2 sejuk..
- ayak tepung bersama baking powder & soda bikarbonat.. 2x ayak ye..
- seterusnya satukan bahan2 yang telah diayak & pati oren sunquick kedalam bahan2 yang telah disejukkan tadi.. Kacau kaup balik hingga sebati..jangan lupa ye sambil2 tu bolehlaa panaskan oven terlebih dahulu..
- masukkan dalam tray, tabur mix fruits diatas permukaan adunan..kemudian bakar 45 - 50 min pada suhu 180c...

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel