Rabu, 12 Ogos 2015

sate

Ok...sate ayam n daging siap
Bahan-bahan :
10kilo ayam
41/2 kilo gula
5 senduk kunyit serbuk
1 senduk rempah ketumbar
1/2 senduk jintan
11/2 garam
5 senduk serai, halia n lengkuas yg telah d blend sekali
Cara2nya
1. Dadukn ayam
2. Gaulkn gula bersama ayam
3. Masukkn garam,jintan, ketumbar n serbuk kunyit
4. Masukkn serai, halia n lengkuas
5. Gaulkn sekali lagi...dah siap bolehlh mulakn tugas mencocok sate..makan masa dlm 5 jam gak klu buat sorang2 taw..hari2 sakit pinggang akak ni..

Selasa, 11 Ogos 2015

sos cili

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
- Cili Kering 1 kg.
- Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
- Garam 350gm. Ikut Selera anda.
- Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).
- Tepung Jagung / modified starch 400gm ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
- Cuka Tiruan dalam 1 kg.
- Air 5 liter. masa mengisar gunakan satu liter dan semasa memasak tambah lagi 4 liter.
Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.
CARA-CARA:
1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap. Selamat mencuba.

Isnin, 3 Ogos 2015

gula castor

HOMEMADE CASTER SUGAR
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
BAHAN NYA :
GULA PASIR YANG KASAR
CARA NYA :
MASUKKAN GULA KEDALAM FOOD PROCESSOR DENGAN MENGUNAKAN "S" BLADE.
KUNCIKAN "LID" - PENUTUP NYA DAN KEMUDIAN TUTUP PROCESSOR DENGAN TUALA.
KISAR DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 2 - 3 MINIT SAHAJA. SETELAH SELESAI BIARKAN DAHULU SELAMA 10 MINIT BARU DIBUKA PENUTUP NYA.
NOTA KAKI :
UNTUK MEMBUAT GULA CASTOR TIDAK BOLEH MENGUNAKAN PENGISAR BIASA.

Resepi blueberry lemon yogurt cake


BLUEBERRY LEMON YOGURT CAKE
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
THURSDAY - 11•06•2015
RECIPE & PHOTO BY : MEGGAN @ CULINARY HILL
BAHAN (A) : GAUL RATA
2 SUDU TEH BAKING POWDER
1 + 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/4 SUDU TEH GARAM
BAHAN (B) :
4 BIJI TELUR
2 SUDU TEH PARUTAN KULIT LEMON
1 CAWAN GULA HALUS
1 CAWAN PLAIN GREEK YOGURT
1/2 SUDU TEH ESEN VANILLA
●GUNAKAN PEMUKUL DAWAI DAN PUKUL SEHINGGA RATA●
BAHAN (C) :
1/2 CAWAN MINYAK CANOLA / JAGUNG / SAYUR
BAHAN (D) :
1 CAWAN BLUEBERRY
CARA NYA :
GUNAKAN PAN LOAF ATAU IKUT SUKA. ALASKAN KERTAS DAN SAPUKAN MINYAK. BOLEH JUGA GUNAKAN PAPER CUP.
CAMPURKAN (A) & (B) DAN KACAU SEHINGGA RATA DENGAN PEMUKUL DAWAI. MASUKKAN (C) DAN KACAU PERLAHAN SEHINGGA RATA. MASUKKAN (D) BALIK - BALIKKAN SEBENTAR SAHAJA ANGARAN 2 - 3 KALI PUSINGAN.
TUANGKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN DIBAKAR SELAMA 1 JAM DENGAN SUHU 180 DARJAH SELSIUS. SUHU KEPANASAN BERGANTUNG KEPADA KETUHAR MASING - MASING.
SETELAH MASAK KELUARKAN DARI KETUHAR DAN BIARKAN SELAMA 10 MINIT. KEMUDIAN BARU DIKELUARKAN DARI LOYANG DAN BIARKAN SEJUK DIATAS REDAI.

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

ROTI PIZZA (sy guna resepi ASAS BUN MANIS)
°°°°°°°°°°°°°°°°
500g tepung High Protein
75g gula castor
8g instant yis
20g tepung susu
5g bread improver (optional, x guna pn xpe)
60g margerin
40g kuning telur
9g garam
250g air sejuk (peti ais)
Bahan toping:
Sosej (belah dua)
Mix vegetable
Sos cili
Mayonis
Serbuk oregano (optional, xguna pn xpe)
Cara2:
1. Mix smua bahan (kecuali margerin) dgn speed 1 sehingga bahan2 bercampur... (agak2 selama 1 mnt).
* Pada yg uli tgn, masukkn smua bhn dlm besen dan gaul je...
2. Bila dh bercampur, masukkn margerin dn tukar ke speed 2.... Mix lg utk 30 mnt atau hingga doh jd elastik.
* Yg uli guna tgn, seelok2nya pnjngkn sikit masa menguli tu kpd 40 - 45 mnt... kena uli dgn bersungguh2... klau setakat dok uli ujung2 jari tu, renti kn laa... hehee
Ini supaya doh cukup kenyal dn elastik. Klau x kenyal, roti kita tak gebuss.
3. Bila doh dh ready, bulatkan cantik2 dlm besen atau ats papan penguli... dan tutup dgn plastik supaya x kena udara. Rehatkn doh kejap utk 10 mnt.
4. Potong doh kepada saiz yg bersesuaian.
Utk roti pizza sy ni, sy potong adunan kpd 40g setiap satu... separuh adunan sy uli bg lonjong dan letakkn dlm cawan kertas yg bujur... Separuh lg sy just bulat2kn dn leperkn je...
Bentuk terpulang la kreativiti masing2 yee...
(Utk saiz 40g ni, sy dpt lbh kurang 25 bj roti pizza)
5. Rehatkan doh utk 1 jam... atau sehingga naik 2xganda.
6. Bila doh dh naik, br sy letak bhn2 toping mcm sosej, mix vege... kemudian sy lorekkn sos cili dn mayonis. Last sekali taburkn sedikit oregano utk aroma yg lbh superb!
7. Lps letak toping blh trs bakar 190°c selama 15 - 20 mnt.
Hati2 masa mmbakar... sentiasa ulang tgk klau xnk menyesal di kemudian hari he3
--------------------------
Nota :
(buat beginners... klau rasa2 dh terror, takyah baca... Trs je gi uli tepung tu ^__^)
*tepung high protein : jgn nk buat roti pkai tepung gandum plak... kena guna high protein br roti naik cantik gebu.
Sy gunakn TEPUNG HIGH PROTEIN UNBLEACHED... unbleached tu maknanya tepung tu xde bhn2 kimia yg merbahayakn kesihatan (dlm jangka masa panjang)...
Klau sis2 perhati betul2, roti tepung unbleached wrnanya kuning sikit... klau roti tu berwarna putih maknanya ia dibuat dgn tepung yg ada bleach (bahan peluntur warna)
*tepung susu : sy pakai yg beli kt kdai brg2 bakery (product New Zealand)
Klau nk guna susu bancuhan biasa pn blh... beli kt pasaraya ada jual... mcm brand Fernleaf, Dutch lady, Everyday dll...
*bread improver : ini optional, tak pkai pn xpe... tp klau pkai tekstur roti akn jadi lebih molek.
Bread improver ni rupa dia serbuk putih mcm baking powder tu...
*instant yis : sy pkai SAF INSTANT YIS... beli kt kdai brg2 bakery... Penggunaannya mudah sbb tak perlu nk 'hidupkn' dulu... campak je trs dlm tepung dn trs uli.
Nape sy tak pkai mauripan? Mauripan ni bau nya masam sikit, bila jd roti pn ada gak bau masam tu... klau SAF INSTANT YIS ni xde bau.
*benda2 lain mcm gula garam margerin tu sy xyah xplain la ye... klau tak kenal lg... maknnya mmg senduk kayu keh3 (gurau ek, jgn marah ^_^)
*Ramai yg suka tanya "Mana nk beli brg2 ni? Tepung high protein... tepung susu... bread improver... bla bla bla?"
Hmm, klau brg2 baking tu maknanya mesti la kena beli kt kdai brg2 bakery yee... takkn nk beli kt bengkel keta plak... huhuu...
Sepatutnya xde dh sape2 yg tanya soalan2 cmtu... Dah 5 bulan kot sy asyik dok ulang ckp "Boleh beli brg2 baking kt kedai jual brg2 bakery yee..." dan sy masih mengungkapkan perkataan tu dgn penuh sopan keayuan walau dh lbh 1500 kali saya ulang... ^__^ (senyum dlm tangisan huwaaaa.... )
Selamat mencuba... ^__^


Roti kompia sibu
500g tpg high protin
40g susu tepung
30g butter
10g shortening
250g air atau 200g air + 1biji telur
120g gula
7g yis
sedikit garam
2 sdu makan waterroux.
Uli semua bhn dlm bm, siap uli biarkan dlm 10 min, lepas tu uli memanjang doh dan potong ikut berat dlm 30g setiap kompia, bulat2kn dulu baru kita penyekkan dgn roll dan tekan atas kompia supaya berlubang sprti dlm gambar,tunggu doh kembang dlm sejam boleh bakar. 165c 15mins, ikut oven masing2 k. (Kompia bawah ni saya guna 200g air+1 bji telor, supaya lebih lembab dn lembut)



ROTI GULA CHEESE
Sumber~ kathy kay (utk doh roti)
1 cwn air suam
1 paket yis
4 sdm gula
2 sdm susu pekat
2 sdm planta
~campurkan semua bahan2 ini...kacau...(planta berketul2 xpe...biar je)....perap sampai aduanan yis ni bbuih....(lebih kurang 10 mnit)
1 biji telur
~pecahkn dlm bekas dan kacau...masukan dlm adunan yis yg telah bbuih tadi...kacau sbati
3 1/2 cwn tepung gandum
~ayak tepung
~ambil adunan yis tadi...curahkn ke dlm bekas berisi tepung...curah sedikit demi sdikit sambil di uli...lakukan smpai habis...teruskan m'uli sampai menjadi doh yg lembut...bila dah mjadi doh lembut...rehatkn doh sampai doh mjadi berganda (smasa mrehatkn doh..pastikn bekas brisi doh ditutup dgn kain lembap)...
~bila doh dh bganda...tumbuk2 doh..buang anginye...tumbuk2 dan uli lagi (uli ats dulang)...uli sampai doh jadi cantik...bentukkn mgikut citarasa anda...susun dlm loyang dan telah disapu planta or mnyak...bubuh topping (mgikut citarasa anda sendiri)....rehatkan doh lagi (tutup dgn kain lembab)...tunggu sampai berganda...
~bleh lah dibakar...suhu 150'c...api atas bawah...sampai kuning keperangan...keluarkn dan sejukan atas redai...
TOPPING (versi dapur teresku)
1 biji telur*
Susu cair*
Gula halus*
Cheese (dparut)
Gula pasir
Pumpkin seed
~campurkan semua bahan bertanda * dalam bekas...kacau sbati (pakai garfu je)
~sapukan atas doh (sbelom bakar)...taburkan cheese, gula pasir dan pumpkin seed....rehatkn sampai bganda....bakar
~bila roti dah kuning kperangan (masak)...keluarkn dr oven...dan sapu lagi bahan2 tadi...(nak bagi kulit roti kilat, cantik dan lembut)....siap

DONAT
1kg tpng gndm
2pek (22gm) yis jenama mauripan
100gm marjerin
2sd bsr shortening
4sd bsr gula
4sd bsr susu pekat
2bj telur
1sd teh garam
400ml air suam
CARA :
- masukan yis, gula & susu ke dalam air suam & biarkan berbuih
- pecahkan tlur, pkl sedikit
- satukan hngga sebati tpng gndm & garam, masukan telur & gaul sebati
- masukan bancuhan yis sikit2 hnha doh sebati
- masukan pula marjerin, shortening & gaul hngga menjadi doh yg x lekat ditangan & elastik@kenyal
- rehatkan doh hnha naik 2 kali gnda
- selepas itu keluarkan doh & tnmbuk2 doh untk keluarkan angin & bolehlah bentukan kuih donat
- biarkan doh naik 1 kali gnda lagi bru digoreng dngn api sedrhana
- makan bersama topping pilihan
* kalau untk frozen goreng 1/2 masak, sejukan & pek dlm plastik, simpan di bahagian dingin beku
*untuk PAU GORENG, setelah dimasukan inti, bulatkan semula & leper kan sedikit
*untuk PAU SAMBAL, bulat & leperkan sikit & goreng kekuningan..dah sejuk br belah 2 jngn putus..letakan smbal bilis & hirisan mentimun
"SELAMAT MENCUC SEMUA"