Selasa, 14 Januari 2014

ayam perap

CARA2 MEMBUAT AYAM SEDAP 1 EKOR AYAM DIBELAH 2 ATAU 4 2 BIJI BAWANG BESAR# 5 BIJI BAWANG PUTIH# HALIA SEBESAR IBU JARI NAK 1# BAHAN # MESTILAH DIKISAR HALUS 4 SEKAWAN(BUNGA LAWANG,KULIT KAYU MANIS,CENGKIH,PELAGA) 1 SENDUK LADA SULAH 1 BATANG SERAI DITITIK GARAM SECUKUPNYA KIUB AYAM 1 TUMIS BAHAN YG DIKISAR# MASUKAN 4 SEKAWAN SERTA SERAI,SEHINGGA NAIK BAU MASUKAN 1 LITER AIR ATAU AGAK KAWAN2 LAH YER,KEMUDIAN MASUKAN AYAM YG DIPOTONG TADI,GARAM SECUKUP RASA,LADA SULAH,MASAK AYAM SEHINGA EMPUK....PADAM KAN API!!(AMBIL AYAM YG DIMASAK TADI TOSKAN... **KUAH SUP ITU SAYA GUNAKAN UTUK MEMBUAT NASI DAN UNTUK DIHIRUP BERSAMA2 DENGAN NASI AYAM (AYAM YG DITOSKAN TADI MESTILAH DIGAUL DENGAN SOS TIRAM DALAM 6 SUDU,SOS TIRAM MEMBUAT AYAM ITU SEDAP N BERKILAT,SELEPAS ITU MASUKAN KICAP MANIS ..LOMORKAN BAHAN ITU PADA AYAM..PERAPKAN SEKEJAP.. CARA MENGORENG AYAM MASUKAN MINYAK SECUKUP NYA,PASTIKAN MINYAK ITU PANAS,BARULAH MASUKAN AYAM YG DI PERAP TADI >GORNG JGN TERLALU LAMA PALING2 ANGKAT AYAM ITU..PASTIKAN AYAM WARNA MESTI DIDALAM GAMBAR INI >AYAM NI DIGORENG SEKEJAP SEBAB MASA MEREBUS TADI KAN DAH MASAK.. >HASIL YG KITA DAPAT.AYAM LEMBUT,ENAK,BERKILAT CANTIK GITU.. LEBIHAN KUAH PERAP AYAM TADI DIAMBIL,TAMBAHKAN KICAP MANIS,KICAP CAIR DALAM 3 SUDU,SERTA MINYAK BIJAN SEDIKIT ,DAN MASUKAN 3 ATAU 4 SUDU KUAH SUP TADI ..CARANYA POTONG AYAM BILA HENDAK MAKAN KEMUDIAN MASUKAN KICAP YG DI BUAT TADI..MEMANG TERBAIK!!! SEDAP.. FROM IRNI MAIZURA

Isnin, 13 Januari 2014

apam balik

2 CWN TEPUNG GANDUM1 1\2 CWN AIR1\2 CWN GULA1 BIJI TELUR1 SD KECIL SODA BIKARBONAT1 SD KECIL BAKING POWDER1 SD KECIL YIS MAURIPANGARAMPEWARNA KUNING== MIX GULA DGN TELUR.MASUKKAN AIR,SODA,BAIKING,YIS MAURIPAN & GARAM. MIX LAGI SAMPAI BERBUIH.MASUKKAN TEPUNG.MIX SAMPAI TEPUNG X BERGENTEL. MASUKKAN PEWARNA.BIARKAN ADUNAN LEBIH KURANG 1\2 JAM.DH BOLEH MASAK. LETAK 1 SENDUK ADUNAN ATAS NON STICK PAN & NIPISKAN.BILA DH NAIK LUBANG2 TABURKAN GULA,KACANG GORENG YG DIKISAR,JAGUNG DLM TIN & MARJERIN.BILA DH MASAK,ANGKAT & LIPAT 2.

RESEPI NASI BARYANI HYDERABADI INDIA STAIL USTAZAH

RESEPI Chicken Beryani ******************* Bahan-bahan Untuk Perap Ayam Seekor Ayam 2 biji Cili hijau Sedikit Daun pudina Sedikit Daun ketumbar 4 ulas Bawang putih ditumbuk Sedikit halia ditumbuk *1sdk Serbuk jintan putih *1sdk serbuk jintan manis *1sdm Serbuk ketumbar *1sdm serbuk cili *1sdm Serbuk kunyit Atau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (lagi best) 2sdm Garam 2 helai DaunBay 1 batang Kayu manis 2 bji cengkih 3 biji Buah pelaga 1 mangkuk kecil Bawang goreng 1 cawan Minyak zaitun 1 cawan Yoghurt. NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam dan Perap. ½ jam Masakkan ayam separuh masak di dalam periuk 12) RESEPI MASAK NASI BERYANI HYDERABADI Bahan-bahan ; 1 kg beras. Air secukupnya. 2 ½ sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus. Cara-caranya : 1. Beras beryani di rendam sejam dan toskan 2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras. 3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak. Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus, titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas. SELAMAT MENJAMU SELERA DARI RESEPI DAPUR USTAZAH

RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH

Bahan-bahannya :

BAHAN A

- ½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
- 8 ulas bawang putih
- Serai 2 batang
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci

CARA :

1. Kesemua bahan a dimayam halus/ atau dihiris halus.
2. Digoreng menggunakan minyak yg byk, sampai garing sepertimembuat bwg goreng..garing sahaja..bukan hangus ya! Nanti pahit pulak.
3. 10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng
4. Kesemua bahan ini digaul rata dan diblender/ kisar/ tumbuk kalau larat! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.

BAHAN B

- 4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa
- ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut masam yang kita suka)
- 2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)

BAHAN C

- Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)

untuk Menumis

BAHAN D (REMPAH )
-  1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 8 sudu ketumbar

NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi kerutuk hangus..he2 gurau ya! Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah sukatan di atas selepas kisar tau. Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..

- 1 sudu makan Kunyit serbuk
- Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori membazir
- Garam secukup rasa.

CARA-CARA
1. Tumiskan rempah 4 friendS forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2. Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3. Masukkan bahan B, bahan C serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4. Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)

AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah??? Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK! UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING. Semestinya daging/ ayam lah. Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas. Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing. Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa) Air Dan.. jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG. Ini sebab Ustazah yang masak nama Kerutuk Ustazah la..

Cara masak;
1. Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2. Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.
3. Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll. ...

TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM.

Caranya macam ni pulak
1. Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2. Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3. Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4. Siaplah..

Ahad, 12 Januari 2014

rempah kuzi..

.Bhn utk rempah kuzi: 1 tbsp jintan manis 1 tbsp jintan putih sebesar ibu jari kulit kayu manis 10 kuntum bunga cengkih 10 biji buah pelaga 1 kuntum bunga lawang 1 sdb serbuk cili (this is optional utk rasa pedas sikit) Semua bhn di atas digoreng tanpa minyak(disangai) hingga naik bau kemudian boleh lah ditumbuk dan dikisar hingga halus

Rempah kerutub..

Bahan-bahan

(1) Rempah kurma 2 paket
(2) Serbuk lada merah ataupun blended cili kering
(3) Lada besar 5 biji ataupun lebih. Lagi banyak lagi baik dan pekat kuah itu nanti
(4) Tiga serangkai – cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis secukupnya
(5) Gula
(6) Santan pekat – hanya bagi yang ingin kerutuk berkuah lemak.
(7) Ayam ataupun daging samada dipotong besar ataupun kecil.

Caranya:

- Tumis tiga serangkai beserta bawang sehingga bawang menjadi garing. Jangan sampai hitam nanti kuah pahit. Cukup ia menjadi perang seratanya seperti warna bawang goreng.
- Campurkan rempah kurma bersama serbuk cili ataupun blended cili kering kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik dengan baik bau dan juga minyak. Jika hampir kering dan garing ramuan ini, tambahkan dengan air.
- Akhir sekali masukkan lauk ayam ataupun daging beserta gula dan garam secukupnya.
- Jika ingin berkuah boleh masukkan segelas santan pekat. Biasanya kuah kerutuk ini manis. Oleh itu masukkan banyak gula mengikut selera masing-masing.

cerita Tom yam

Mamak Haji Resepi Tom Yam masakan Thai ini ada beribu versi dalam internet, tetapi kebanyakan resepi-resepi ini adalah menggunakan pes tomyam pes segera yang dijual. Cara masaknya boleh dikatakan semuanya sama cuma jumlah bahan kegunaan yang berbedza. Kadang-kala kita berasa jangal untuk masakan untuk seorang dan 50 orang. Sekiranya kita menyediakan pes kita sendiri dari bahan-bahan yang segar dan tanpa pengawet masakan, sudah tentu masakan kita sedap. Mamak haji beri kepentingan utama menyediakan pes-pes ini untuk golongan peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk masak resepi-resepi ini kerana kos beli bahan-bahan masakan yang semakin hari semakin tinggi. TIP-TIP MASAKAN TOM YAM: 1. Dalam masakan ini, sukatan perencah-perencah guna "Hukum Ibu Jari". Sekiranya gunakan dua cawan air untuk membuat sup tom yam, gunakan 1 helai daun limau purut, 2-3 keping lengkuas segar dan 1 inci panjang serai. Dharabkan saja sekiranya gunakan lebih dari dua cawan kesemua perencah tersebut. 2. Jangan gunakan cuka untuk jimatkan kos bahan masakan ia akan jadikan menu masak cuka pulak. Menggunakan jus lemon dalam masakan asia tenggara adalah terhad dan jangan guna jus lemon, ia akan pahitkan masakan anda sekiranya masak cara Asia Tenggara. Gunakan hanya jus limau nipis untuk mengekalkan rasa asli tom yam anda. 3. Masukkan jus limau nipis, cili api (cabai burung) yang segar, daun saderi(cilantaro) atau daun bawang atau daun pudina segar hanya selepas Sup tom yam anda dikeluarkan dari api dapur dan sedia untuk hidangan. Sekiranya anda masukan Tomato segar tentukan tomato hanya dimasukkan sebelum 1 minit matikan api dapur. Ia untuk mengekalkan kesegaran asli haruman bahan-bahan tersebut. 4. Sukatan bagi sos ikan Thai, jus limau dan cili padi bagi setiap 1 cawan air 2 sudu besar. 5. Resepi Tom Yam yang amat digemari ialah sup yang berwarna oren. Warna adalah tambahan keenakan sup Tom Yam dan juga menutup ketulan daging atau ayam yang kelihatan hodoh. Pes ini juga memberi aroma yang amat menyedapkan. Pes cili Thai ini (seakan sambal tumis) ini digelar, " Nam Prik Pao". Pes ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan cili kering, udang kering atau pun ikan kering, belacan, bawang putih, halia dan bawang merah. Ia diadunkan dengan sos ikan, asam jawa dan gula melaka dan dimasak dengan minyak seperti sambal tumis kita. Nam Prik Pao juga boleh digunakan sebagai bahan tumisan yang sedap untuk masakan tom yam, masakan laut, sayur-sayuran dan juga untuk hidangan mee atau nasi goreng. Tentang penyediaan Tomyam ini mudah. Jadi mamak haji cuma nak bincang pasal penyediaan pes, "PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO" saja dlm entri satu lagi.