Rabu, 19 Mac 2014

SATA IKAN


Bahan- Bahan 
1 kg ikan - Ikan kembung, ikan sardin, ikan selayang
1 biji kelapa parut muda 
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 susu lada hitam - tumbuk
3 tangkai cili padi - racik
Garam/gula
Daun pisang - untuk membungkus
Lidi atau staples

Cara Menyediakan Sata
Seperti biasa basuh dan buang perut ikan, belah ambik isinya ikan saja, di tumbuk atau kisar
Bawang besar, halia, kelapa parut di tumbuk halus atau kisar
Dalam bekas besar satukan semua bhn2 yg dikisar tadi
Masukan lada hitam tumbuk, cili pd yg di potong, garam/gula gaul bg semua sebati - gaul dgn tangan lg snng
Daun pisang di lipat kon dan letak inti di dlm semat dgn lidi atau ketip dgn staple
Bakar diatas kuali lepar atau dlm pemanggang ajaib - dpt bakar dgn arang lg harum..
Bakar selama 10 - 15 Minit sambil di tebalik-tebalikan - bergantung pada tebalnya inti

Karipap pusing

RESEPI KARIPAP PUSING

Bahan A (adunan putih)

3 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam

cara2

Bancuh garam dgn 1 cawan air tadi
Tuangkan minyak kedalam tepung, gaul.
Masukan air bancuham garan tadi sedikit2 kedalam tepung.
Uli hingga tidak melekat.
Rehatkan adunan tadi selama 30-45 minit.
Bahagikan doh kepada 16 bebola.

Bahan B (adunan kuning)

2 cawan tepung gandum
3 sudu makan(penuh) marjerin

cara

Gaul tepung dengan marjerin hingga menjadi doh.
Bahagikan doh kepada 16 bebola

cara membuat karipap pusing

Ambil sebiji bebola putih, ratakan dan letak bebola kuning diatasnya

kemudian, balutkan bebola kuning dengan bebola putih

Tutup kemas bebola yg sudah disatukan tadi.

Canaikan doh, dan gulungkan rapat2.

Kemudian canai lagi sekali doh yg di gulung tadi...dan gulungkan sekali lagi...

Doh yg siap di gulung dah sedia untuk dipotong.

potong doh kepada 4 bahagian, seperti ini.

canai setiap potongan...dan letakkan inti...

Tutup kemas dan kelim.

Boleh lah digoreng terus dengan menggunakan api sederhana panas.

Jika hendak difrozenkan, susun dalam tray tetapi jangan bertindih dan frozenkan semalaman.

Bila karipap sudah betul2 beku, barulah boleh disusun secara bertindan didalam bekas kedap udara. Ini ialah supaya karipap tidak melekat antara satu sama lain.

Sebaik-baiknya, defrostkan karipap sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggoreng. Ini ialah supaya karipap tidak terlalu rapuh.

Apam balik


Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula - k.yani letak 2 sudu je
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
1 biji telor
1 1/2 cawan susu segar/susu cair - boleh guna air je
sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Pukul telor dan gula sampai kembang (k.yani blend je). Masuk susu,tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan pewarna kuning. Sebatikan perap kejap (10 - 15 minit). 
Bahan tabur : Gula,jagung krimer,kacang tanah yg digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
*Bila dah masak..lipat dua letak dalam pinggan,sapu dgn planta utk melembutkan apam balik.

DUNKIN DONUT



bahan
1/2cwn susu segar
7gm instant yeast (mauripan)
1/4cwn planta
1cwn air kosong
5cwn tepung high protein-diayak
1st garam
secubit serbuk kayu manis
1/2cwn gula
2 biji telur gred A

cara
panaskan majerin/gula/susu dan air dengan api yg kecil ajedah sebati tutup api biarkan suam sekejap
dalam mangkuk adunan campurkan tepung/garam dan serbuk kayu manis gaul hingga sebati kemudian masukkan telur masukkan ibu roti kedalam susu/planta yg suam2 kuku jangan terlalu panas sangat takut yeast mati
masukkan campuran yeast dan susu tadi kedalam tepung sikit2 hingga habis sambil diuli jika doh melekat pada tanggan tambahkan tepung gandum untuk standby tadi hingga doh lembab dan tidak melekat ditanggan
apa bila adunan dah sebati perap dlm mangkuk tutup dengan plastik wrap atau tuala lembab sehingga 2x ganda besar
setelah tu tumbuk dan uli sekali lagi ambil adunan sikit dan canai setebal lebih kurang 1.5cm
terap sgn acuan dunat atau tapeware bulat pun boleh tengah2 boleh guna tutup air botol
biarkan donut naik 2x ganda
bila dah naik sedia untuk digoreng sehingga keemassan
boleh le disalut dengan gula aising dan apa2 oerisa yg anda suka

Cara buat tpg naik sendiri...



RESEPI 1

TEPUNG NAIK SENDIRI (SELF RAISING )
Bahan
6 cwn tepung gandum
3 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam

Cara
1.Ayak kesemua bahan dan simpan dalam bekas bertutup untuk digunakan.
2.Adunan boleh dapat 6 cawan tepung naik sendiri .
3.Mudah untuk dibuat dan digunakan.


RESEPI 2

Bahan
500g tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara
1.Campurkan semua bahan dan ayak sebanyak 3 kali.
2.Dah siapp tepung naik sendiri.
3.Simpan dalam bekas bertutup.

Beef Rosemary Stew.


Bahan2nya
350gm daging di potong dadu2
1 labu bawang bersar(kunning) dipotong kasar2
3 ulas bawang di titik
1 lobak merah dipotong dadu2
2 biji kentang di potong dadu2
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai herba rosemary, dipetik daun2nya
2 helai daun bay leaves
1/2 tangkai daun thyme
1 tin tomato dadu, siz sederhana
1/2 botol tomato ketchup
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak sayur untuk goreng kentang & lobak merah, letakan daun rosemary sikit
Minyak ziatun untuk menumis

Cara2nya
Goreng kentang dan lobak merah, ditoskan dan ditepikan bersama sedikit daun herba rosemary. Daging direbus hingga empuk tanpa garam. Ambil dalam 1 mangkuk stok daging. Panaskan minyak zaitun dalam periok sederhana, letakan bawang kunning, daun herba rosemary, daun thyme dan bawang putih. Letakan sedikit lada hitam, garam secukup rasa dan cili kisar goreng sebentar, gaulkan supaya sebati. Tuangkan stok daging dan isi daging yang sudah direbus. Masukan tomato tin dan sos tomato ketchup. Masak hingga ia mendidih, letakan daun bay leaves, gula secukup rasa. Rasa kuahnya. Ia mesti ada rasa masam & manis sedikit. Biarkan ia masak di api yang kecil. Kuah akan menjadi pekat sedikit. Sajikan bersama roti peranchis, flat bread atau makan dengan nasi putih. Selamat mencuba.

GRILL CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!