Label
- Beauty
- Biskut
- Disclaimer
- DIY
- English
- English Communication
- Fashion baju
- Grammer
- Idiom
- Jahitan
- Jahitan Dewasa
- Jahitan Kanak-kanak
- Kek
- Kek lapis
- kek sarang semut
- Kuih Muih
- Lauk-pauk
- Learn english
- Masakan arab
- Mutiara Emas Saidina Ali
- Mutiara Kata
- Parenting
- Pola
- Rempah-ratus
- Resepi
- Resepi kek & biskut
- Resepi masakan
- Resepi pencuci mulut
- Roti
- Sambal
- Seksologi
- Skirt
- Sos @Topping
- Tips & petua masakan
- Tips masakan
- Vocabulary
- Western food
Selasa, 29 April 2014
Sos cili thai
RESEPI CILI SOS BUAT SENDIRI: (ULANGAN).
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
1kg. Cili Kering.
4 kg. Gula Pasir (kalau nak manis, tambah sekilo
lagi).
350 gm Garam. Ikut Selera anda.
200gm Bawang putih (kalau lebih sedikit tak
apa).
400gm Tepung Ubi Kayu ( Mamak gunakan tepung jagung
sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda).
1 kg. Cuka Tiruan.
5 liter air masa mengisar keseluruhan mengisar
cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.
Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili
sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium
Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia
Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri
rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi
dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3
minggu.
CARA-CARA:
1. Cili kering - Cili kering perlu buang bijinya.
Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering
bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji
Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal
tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu
supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang
buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan
bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat
sambal tumis. Masukkan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan Gula dan juga
Cuka dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air.
Masukkan ke dalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu
menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam
Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara
betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila
baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini. Sodium benzote ini sangat larut
dalam air biasa bukan dengan air panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air
biasa dan campurkan dalam cili sos anda setelah sejuk. Suri rumah tak perlulah
gunakan pengawet ini kecuali mahu jadi taukeh Cili Sos. Anda boleh perolehi 65
botol berat 330gm dari resepi ini. Taukeh Restoren yang beli bertong-tong cili
sos dalam sebulan, boleh arahkan tukang masak anda buat cili sos ini semasa dia
ada kelapangan untuk jimat kos dan boleh perolehi sos yang bersih dan sedap.
Selamat mencuba.
Untuk pengetahuan , satu gram sodium benzoate
boleh larut 2 ml air. Biasanya sodium benzoate ini dijual dalam bentuk serbuk
dan perlu larutkan untuk digunakan. Kita boleh sediakan stok larutan ini dengan
larutkan satu pound (Ib) dengan satu gallon air.
Kepekatan ialah 0.1 peratus.
Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu
menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam
Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara
betul. cuma kandungan tidak boleh melebihi lebih dari 1gm untuk 1 kg berat
tubuh manusia. Sodium benzote ini sangat larut dalam air biasa bukan dengan air
panas. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam produk
anda.
Sodium benzoate adalah adalah sesuai digunakan
untuk ajen anti-microbial dalam makanan dan minuman. Ia bertindak dalam keadaan
asid PH 4.5 ke atas. Ia perlu digunakan semasa keadaan tiada organisma dlm
makanan ia itu semasa panas.
utk buat apa2 sos pun nie nisbah utk
penggunaan sodium benzoate yang saya dapat dari jabatan pertanian dan mardi
lebih kurang mcm nie....(berat modified corn starch dalam gram KALI DENGAN
jumlah keseluruhan berat bahan-bahan dalam gram tidak termasuk sodium) BAHAGI
DENGAN 1,000,000....dah dpt jumlah berat sodium benzoate KALI 2 untuk air
bancuhan sodium....
IBU SAMBAL NASI LEMAK CUNNN KAK AINI
Bahan-bahan:
4 cawan cili kisar
#6 biji bawang besar
#3 biji bawang putih
#30 gm belacan
#1/2 cawan bawang goreng
Bahan bertanda # semua di kisar halus
½ cawan gula
Garam dn serbuk perasa
½ cawan air asam jawa
5 biji bawang besar-dihiris dan di goring layu (jika suka)
Minyak untuk menumis

Caranya:
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar kecuali bawang goreng
-Masukkan gula di awal menumis tujuannya supaya sambal bewarna merah yang cantik
dan cepat kering dan pekat
-Setelah sambal pekat masukkan bawang goreng yang di kisar dan air asam jawa
-Tambahkan garam dan serbuk perasa dan sesuaikan rasanya.Tambahkan air jika perlu
-Masak sehingga pekat dan berkilat barulah masukkan bawang besar yang telah di goreng layu
-Hidangkan bersama nasi lemak

****jika nak buat ibu
sambal jangan masukkan belacan dan bawang besar yg digoreng layu
****masak sambal dgn kuantiti yg banyak dan bila menyediakan nasi lemak ambil beberapa
senduk ibu sambal dan masukkan belacan hancur yg telah di bakar dan panaskan semula
dan masukkan bawang besar yg telah digoreng layu
****sambal sotong..panaskan ibu sambal jika perlu masukkan sedikit minyak.Masukkan sotong
Yg telah di potong dan masak hingga kuah pekat.Sesuaikan rasanya dan angkat
****sambal ayam..cara sama mcm sotong.Dah goreng ayam cmpur ibu sambal secukupnya dan
masukkan sos cili dan sos tomato serta bawang besar.
****Begitu juga dengan udang..paru..telur..kerang dll

Pes mee mamak n resepi mee goreng mamak
resepinya
6 biji bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak
cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga kering
dan pecah minyak..masukkan kicap..sos cili/tomato, kiub ayam, gula..tumis lagi
sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap..
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa ye
takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas tertutup tuk kegunaan lain..
resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye
resepi tuk sorang makan
segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor
isi ayam dipotong dadu dan sotong
caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong, ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji telor
biarkan sebentar kacau telor tu dan kacau sekali ngan mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis

Yogurt
Bahan-bahan
1 cawan milk powder
4 cawan air
2 tbsp yogurt
How to prepare:
Masak susu dan air until boiling. Matikan api dan biarkan sehingga suam dan masukkan yogurt, tuangkan ke dalam Tupperware dan tutupkan Tupperware anda rapat dan balut dengakn kain selimut dan biarkan Tupperware yang dibungkus dengan selimut tu untuk 3-4 jam pada suhu bilik. Selepas itu dalam keadaan ini susu tadi akan membeku menjadi yogurt dan bolehlah simpan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.
(Note:- nisbah/sukatan untuk 1 cawan milk powder : 4 cawan air, klau nak buat lebih tu guna nisbah ni..)
- simpan 3 sudu utk buat yogurt seterusnya, x payah beli yogurt lg

Cara buat pelbagai rempah
Rempah beriani
Bahan-Bahan:
10
biji Cengkih (clove).
4
biji Buah Pelaga putih (Cadamom).
10
biji Lada Hitam (pepper corn).
4
keping kulit kayu manis ( Cinnomom Stick).
10
buah Pelaga Hijau ( Green Cadomom).
3
helai daun beriani (Bay leaf).
3
sudu besar Jintan Manis ( Fennel Seed)
2
sudu besar bawang Goreng.
1/2
sudu besar Jintan Putih. (cummin Seed)
2
sudu besar Serbuk Rempah (Corriander Powder)
1
sudu besar Serbuk Jintan Putih ( Cummin Powder).
1/4
sudu besar serbuk kunyit.
1/2
sudu serbuk cili.
Cara:
1.
Kisar semua bahan tersebut yang pejal.
2.
Setelah dikisar halus campurkan bahan-bahan yang berbentuk serbuk.
3.
Kadar Kegunaan ialah 3 sudu besar untuk satu kilo daging / ayam.
Sekiranya ingin buat Nasi beriani; dua sudu besar sudah memadai untuk 1
kg. beras.
4.
Serbuk ini boleh bertahan sehingga 3 bulan kalau disimpan dalam beks kedap
udara. Selamat mencuba.
REMPAH KARI DAGING/AYAM
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk
kunyit. Kemudian jemur hingga kering.
2. Goreng tanpa minyak sehingga harum dan
kiar hingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan
simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.
REMPAH KARI IKAN
Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk
kunyit. Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
2. Kisar rempah sehingga halus.
3. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
REMPAH SUP BUNJUT
Bahan-bahan:
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkeh
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. Masukkan
rempah dalam 1 helai kain kasa.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang
putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
REMPAH SUP DAGING
Bahan-bahan:
1 sudu biji rempah
1 sudu lada hitam
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkeh
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 isi buah pala
Cara membuatnya:
1. Cuci bersih semua rempah. tumbuk
atau kisar halus.
2. Bungkus kemas dan ikat dengan benang
putih.
3. Sup bunjut sedia digunakan.
TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan,
tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing.
Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur. Tambahkan
daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak
diketahui namanya)vuntuk sup ikan.
REMPAH KARI KURMA
Bahan-bahan:
3 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah-patahkan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1/2 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk
kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.
2. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan
simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
Masak nasi buang kanji
Cara-cara Masak nasi
cara “buang kanji” “Ala Nasi kandar:
1. Basuh Beras dan
rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).
2. Didihkan air dalam
periok anggaran air biasanya 1:4 maknanya 1 cup beras 4 cup air.
3. Masukkan minyak
masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih 1 sudu besar (1
sudu besar untuk 1 cup beras).
4. Masukkan garam
secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).
5. Masukkan “campuran
garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji
bunga lawang).
6. Masukkan beras .
Tutup tudung dan mediumkan api dapur.
7. Selepas 12 minit
buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba
ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95
peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya
capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu
kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.
8. Tutup kembali
tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.
Selamat mencuba. Kalu
tak mencuba ia tak jadi. “Practice make perfect”.
Bahan-bahan ( Satu periuk
(rice cooker) )
·
Beras biasa saja tak perlu beli basmathi, beras yang hari2 anda
masak tu. Ikut suka anda nak berapa pot. :)
·
Minyak zaitun (olive oil) ataupun boleh guna Butter - sy lebih
suka guna olive oil
·
Safron - Optional je tak payah letak pun takpe
·
Air
Cara-cara
1.
PENTING IKUT BETUL2 :) :-
2.
Basuhkan beras sampai bersih pastu masukkan air, masak macam biasa
3.
Bila beras dah menggelegak berbuih2, kira2 dan separuh masak,
ANGKAT DAN TOSKAN nasi dan BASUH dibawah air yang mengalir sehingga semua
kanji2 beras tiada.
4.
Penting! jangan basuh nasi separuh masak tu kasar2 nanti pecah tak
sedap, guna sudu dan buat secara perlahan2 lemah lembut gitu. :P
5.
Lepas dah basuh sampai anda rasa kanji dah takde, masukkan balik
nasi separuh masak tu kedalam rice cooker anda. *** PENTING !Tak perlu tambah
air lagi sebab nasi yang kita cuci dan toskan tu separuh masak maknanya dah
hampir2 masak bukan masih beras lagi tau. Selagi nasi tu kelihatan macam beras
dan keras jangan toskan dan cuci lagi. Sebab tu lepas dah cuci dan masuk dlm
rice cooker kita kena buat lubang2 kat nasi tu supaya dia masak all over dan
jadi empuk.**
6.
Kemudian, masukkan sedikit olive oil ataupun masukkan butter
kedalam nasi tadi dan gaul. Anggaran 1 pot beras 1 sudu besar olive oil.
7.
Gaul sebati nasi tadi dengan olive oil secara merata, kemudian
guna bontot sudu ataupun pencedok nasi anda tu buat lubang2 dekat nasi tu.
Cucuk2 nasi anda supaya ada lubang untuk stim2 panas memasak nasi anda dengan
menyeluruh
8.
Penting! Tutup penutup periuk rice cooker anda dengan kain bersih,
supaya air daripada stim nasi tu tak menitik dalam nasi. Masak sehingga nasi
benar2 masak. Siap!
9.
Hasilnya bila dah siap, nasi anda TAK melekat, peroi dan gebu!
sedap sangat bila makan dengan lauk pauk. Olive oil sangat baik untuk kesihatan
boleh google untk tgk kebaikan dia jadi mmg nasi putih yg lebih berkhasiat sbb
tu lebih baik guna olive oil dari butter. SELAMAT MENCUBA!
Langgan:
Catatan (Atom)