Selasa, 29 April 2014

Masak nasi buang kanji

Cara-cara Masak nasi cara “buang kanji” “Ala Nasi kandar:
1. Basuh Beras dan rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).
2. Didihkan air dalam periok anggaran air biasanya 1:4  maknanya 1 cup beras 4 cup air.
3. Masukkan minyak masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih  1 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 cup beras).
4. Masukkan garam secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).
5. Masukkan “campuran garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang).
6. Masukkan beras . Tutup tudung dan mediumkan api dapur.
7. Selepas 12 minit buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95 peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.
8. Tutup kembali tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.
Selamat mencuba. Kalu tak mencuba ia tak jadi. “Practice make perfect”.
 

Bahan-bahan ( Satu periuk (rice cooker) )

·         Beras biasa saja tak perlu beli basmathi, beras yang hari2 anda masak tu. Ikut suka anda nak berapa pot. :)
·         Minyak zaitun (olive oil) ataupun boleh guna Butter - sy lebih suka guna olive oil
·         Safron - Optional je tak payah letak pun takpe
·         Air

Cara-cara

1.    PENTING IKUT BETUL2 :) :-
2.    Basuhkan beras sampai bersih pastu masukkan air, masak macam biasa
3.    Bila beras dah menggelegak berbuih2, kira2 dan separuh masak, ANGKAT DAN TOSKAN nasi dan BASUH dibawah air yang mengalir sehingga semua kanji2 beras tiada.
4.    Penting! jangan basuh nasi separuh masak tu kasar2 nanti pecah tak sedap, guna sudu dan buat secara perlahan2 lemah lembut gitu. :P
5.    Lepas dah basuh sampai anda rasa kanji dah takde, masukkan balik nasi separuh masak tu kedalam rice cooker anda. *** PENTING !Tak perlu tambah air lagi sebab nasi yang kita cuci dan toskan tu separuh masak maknanya dah hampir2 masak bukan masih beras lagi tau. Selagi nasi tu kelihatan macam beras dan keras jangan toskan dan cuci lagi. Sebab tu lepas dah cuci dan masuk dlm rice cooker kita kena buat lubang2 kat nasi tu supaya dia masak all over dan jadi empuk.**
6.    Kemudian, masukkan sedikit olive oil ataupun masukkan butter kedalam nasi tadi dan gaul. Anggaran 1 pot beras 1 sudu besar olive oil.
7.    Gaul sebati nasi tadi dengan olive oil secara merata, kemudian guna bontot sudu ataupun pencedok nasi anda tu buat lubang2 dekat nasi tu. Cucuk2 nasi anda supaya ada lubang untuk stim2 panas memasak nasi anda dengan menyeluruh
8.    Penting! Tutup penutup periuk rice cooker anda dengan kain bersih, supaya air daripada stim nasi tu tak menitik dalam nasi. Masak sehingga nasi benar2 masak. Siap!

9.    Hasilnya bila dah siap, nasi anda TAK melekat, peroi dan gebu! sedap sangat bila makan dengan lauk pauk. Olive oil sangat baik untuk kesihatan boleh google untk tgk kebaikan dia jadi mmg nasi putih yg lebih berkhasiat sbb tu lebih baik guna olive oil dari butter. SELAMAT MENCUBA! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan