Sabtu, 26 Mac 2016

sos cili

Sos cili


Rebus cili besar 1 kilo 100 gm @ 200gm( memgikut citarasa) air 3/4 dari periuk.Rebus hingga air berkurangan sampai 1/4 dari periuk.sejukkan. Kemudian di blend hingga hancur. Sesudah blend d masak lagi tambah 6 cawan air kemudian masukkan 2 sudu besar garam,1/2 kilo gula,1/2 botol cuka makan dimasak sampai pekat,masukkan 1 sudu besar tepung ubi yg d campur sedikit air.Kalau ingin tambah manis tambah gula

sambal

Sambal
3 kg lada kering blend ngan 1500ml myk terpakai
11/2kg gula...kurangkan klu x suka manis...
250 g garam....
1 cawan aji
1 cawan air asam pekat.
1 kg bawang besar blander halus.
1 kg bawang besar dimayang nipis.

Masuk semua skali dlm kuali

Salted karamel

salted caramel for cake/brownie/ice cream topping,churros dipping etc.

*warna caramel ada efek cahaya mungkin x sama spt kt luar
250g gula pasir
60g butter salted
80g non diary whipping cream(tgk kotak sy guna brand vivo)
70g susu cair/sejat (campur dengan whipping cream dalam satu bekas)
1sudu teh garam cairkan dengan 1sudu besar air panas)
dalam non stick pan cairkan gula dengan api sederhaba kecil(nak dapat gula dlm gambar tu amik masa dalam 7-8min). time ni jangan kacau gula tu biarkan je.
bahagian bawah gula dh cair,start kacau dengan senduk kayu yg kering. 

teruskan kacau sampai gula cair sepenuhnya .dah cair sepenuhnya masukkan butter dan matikan api. dah matikan api kacau sampai butter cair sepenuhnya.

buka semula api sederhana ,masukkan susu cair dan whipping cream td.
nampak tu gula menggelegak kacau smpai sebati.
matikan api. masukkan air garam kacau sebati. tuang caramel dalm bekas dan sejukkan dalam peti ais.

tips: sekiranga anda mendapati gula anda berketul,butter xlarut atau naik minyak,whipping cream mencair jangan risau! jangan buang. anda matikan api agak suam camtu masukkan dalam blender dan blend bahan tu pastu masa nk tuang dalam bekas lain tapis dulu. insyaAllah jadi. selamat mencuba!

Roti Canai

Roti canai. Resepi dr ibu sy..dulu Hasil dr roti canai ni lah yg membesar km adikberadik. Mmang tkenal gak.. Pasal roti canai ni lembut.. Rangup.. Dah bbrapa jam masak pun.. Stil lembut lg.. X payah nak potong pakai parang.... Sapa2 yg nak resepi.. Ni sy nak bg siap2 senang.. 1kg tp gandum, 1 senduk susu pekat., (guna senduk yg ceduk nasi. Jgan guna senduk utk kawah lak) 3sb planta, 1sk garam yg d bancuh dgan 1cwn air suam cara2 nya... Semua bahan buh dlm besen.. Letak air garam sikit2.. Sambil uli. Klau x cukup boleh tambah air biasa ja.. Uli sampai x lekat d tangan.. Doh roti canai ni.. Lg lama uli.. Nanti lg rangup n lembut hasil roti canai tu.. Biar sampai kita pun bpeluh.. Hemm. Dah ok doh tu.. Bulat2 kan besar bola tenis... Ni boleh dapat dlm 20bj..Lumurkan dgan planta pulak.. Simpan dlm 2 jam... Baru tebar. Tp paling bagus.. Uli mlm.. Tebar pagi.. Lawan kuah dia suka hati.. Paling sedap... Gulai daging lah.. Klau x ada.. Sambal sardin pun ok. sekian.


Bahan
200 gram tepung terigu
30 gram margarin
2 kuning telur
1/4 sdt garam
80 ml air hangat
 


resepi roti canai ku...
============================
1 kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu besar marjerin
Stgh cwn susu
4 ulas bawang merah( kisar tapis ambil air)
Air garam secukupnya ( agak2 sdri yea )
Ajinomoto sikit jewww
Uli2 smpai doh x mlkat di tngn
Bulat2kan..
Sapu mrjerin
Susun2 dlm bkas dan tutup
Biarkan semalamn
Esok pagi tebar dan masak..
Buat frozen pun boleh yea....

Doakan saya maju jaya dlm perniagaan ye sahabat semua....

Tart Nenas

TART NENAS GULUNG
===================
Resepi:
250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung
Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)
1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Steps:
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masukkan kuning telur, pukul sebati.
Masukkan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.
Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh.
Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).
Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.
Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.




TAT NENAS / ALMOND LONDON

1ketul butter suhu bilik (ape2 brand pn xpe)
1/2 cwn marjerin (mek da guna pelangi)
1cwn gula halus (blend gula pasir n sukat) *
4 cwn tepung gandum (utk almond london guna 5 cwn ye)*
1/2 cwn tepung jagung *
1 sudu besar tepung castard *
1/2 cwn susu tepung *
( yg bertanda * satukn, ayak semua sekali)
1 penutup esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Campur je semua sekali, uli manja2. Jgn main gusti lak dgan adunan tu... hehehe
Terap, susun inti nenas, gulung n hiaskn dgn kuning telur + sedikit pewarna kuning.
Bakar 150 darjah utk 10 minit. Kalau oven kecik, guna suhu 130 darjah pn ok. 
Dah ckup masam guna api atas, dlm 3 min utk garingkn kuning telur. (Pns kn dulu oven utk 15 min)

Inti / jem nenas
2 biji nanas muda ( buang kulit n matanya, mesin guna mesin kelapa. Tapis / perah air nya. Jgn trlalu kering)
4 cwn gula (tanak manis bleh kurangkn)
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Satukn semua bhn dlm kuali, guna api sedang, kacau jem hingga gula hancur n kering sedikit (sentiasa kacau gaul, karang hangus bawah plak)
Bila air dh agak kering, slow kn api n kacau gaul sekali sekala hingga betul2 kering.


Resepi aiskrim santan



Bahan...
-Santan 560 ml
-gula 1 cawan
-Garam 3/4 sudu teh
-telur ayam 1 biji
-Isi kelapa muda (x da pun xpa)
Cara2...
1) Masuk santan dlm periuk bersama air 2 cawan (kalau ada air kelapa masuk air 1 cawan air kelapa 1 cawan)
2) Letak periuk santan atas api perlahan masuk gula, garam tunggu hingga santan mendidih selalu kacau ya bila dah mendidih tutup api dan sejukkan
3) Tuang dlm bekas masuk dlm peti ais (frozen)
4) Perhatikan santan dah jadi ais ka belum kalau dah jadi ais atau keras sedikit bawa keluar untuk Blend
5) Blend kali pertama...
Blend sampai ais lumat lepas Blend masuk balik dlm peti ais tunggu sehingga keras
6) Blend kali 2....
Blend kali kedua blend bersama telur putih Blend sehingga telur dan ais kembang kita akan nampak ais lebih halus kemudian masuk lagi sekali dlm peti ais tunggu sehingga keras jadi ais
7) Blend kali 3...
Blend kali ketiga Blend bersama isi kelapa bila masuk isi kelapa x payah Blend lama sangat agak2 ais sebati dengan isi kelapa atau pun Blend ais dahulu biar lama sedikit baru masuk isi kelapa sekali tekan Blend pun dah cukup lepas Blend masuk sekali lagi dlm peti ais tunggu sehingga keras
TIPS: Nk ice cream sedap kita cuma Blend banyak kali lagi banyak kali Blend... ice lebih halus lebih lembut

Selamat mencuba
Baca blog travel https://pearladytravel.blogspot.com/
# Stay safe, keep travel



Selasa, 22 Mac 2016

tart susu

Bahan2 :
Untuk kulit...
250g tepung gandum(1 1/2 cwn)
100g mentega(eda guna majerin pelangi je 1/2 cwn)
1 biji telur (A)
-gaul tepung ngan mentega hingga sebati ngan menggunakan tangan je.. kemudian masukkan telur... uli hingga menjadi doh yang x melekat kt tangan...
-masukkan doh kedalam kuali... kemudian ratakan didalam kuali hingga kelingnya sekali... seelok2nya jangan terlalu tebal ye....cucuk guna garfu pd doh tersebut
Untuk Inti...
3 biji kuning telur ( eda xpakai putih telur , kalo nak pakai boleh gak tapi kene ltk esen vanila 1 sudu kecil utk hilang bau hanyir )
125ml susu pekat manis 1/2 cwn
100ml air
1 s/b tepung custard/jagung
-mula2 kita gaulkan sebati telur bersama ngan susu pekat...
-dalam bekas yang lain kita sebatikan dul air bersama2 ngan tepung jagung... apabila dah sebati masukkan kedalam adunan telur juga susu tadi...
-gaul hingga sebati...
-eda Tapiskan dulu sebelum tuang dlm kuali
-kemudian tuangkan kedalam kuali berisi kulit tart tadi.. kemudian masak diatas dapur dengan menggunakan api yg paling kecil ye....masak selama 30 minit ye... pastikan kuali tadi ditutup rapat... jangan x tutup pulak ye.. nanti telur x masak pulak...hihihi
**SENANGKAN..SELAMAT MENCUBA....