Sabtu, 26 Mac 2016

Tart Nenas

TART NENAS GULUNG
===================
Resepi:
250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung
Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)
1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Steps:
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masukkan kuning telur, pukul sebati.
Masukkan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.
Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh.
Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).
Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.
Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.




TAT NENAS / ALMOND LONDON

1ketul butter suhu bilik (ape2 brand pn xpe)
1/2 cwn marjerin (mek da guna pelangi)
1cwn gula halus (blend gula pasir n sukat) *
4 cwn tepung gandum (utk almond london guna 5 cwn ye)*
1/2 cwn tepung jagung *
1 sudu besar tepung castard *
1/2 cwn susu tepung *
( yg bertanda * satukn, ayak semua sekali)
1 penutup esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Campur je semua sekali, uli manja2. Jgn main gusti lak dgan adunan tu... hehehe
Terap, susun inti nenas, gulung n hiaskn dgn kuning telur + sedikit pewarna kuning.
Bakar 150 darjah utk 10 minit. Kalau oven kecik, guna suhu 130 darjah pn ok. 
Dah ckup masam guna api atas, dlm 3 min utk garingkn kuning telur. (Pns kn dulu oven utk 15 min)

Inti / jem nenas
2 biji nanas muda ( buang kulit n matanya, mesin guna mesin kelapa. Tapis / perah air nya. Jgn trlalu kering)
4 cwn gula (tanak manis bleh kurangkn)
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Satukn semua bhn dlm kuali, guna api sedang, kacau jem hingga gula hancur n kering sedikit (sentiasa kacau gaul, karang hangus bawah plak)
Bila air dh agak kering, slow kn api n kacau gaul sekali sekala hingga betul2 kering.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan