Sabtu, 29 Oktober 2016

Resepi yogurt aiskrim



Bahan
250gm Plain Yogurt
250gm Dairy Whipping Cream
250gm Non Dairy Whipping Cream
200gm Susu Pekat Manis
2sdb perahan jus lemon
200gm Filling Mangga
2 biji Buah mangga (potong dadu)
200gm Filling Kiwi
4biji buah kiwi (potong dadu)
Hershey's Coklat
Coklat parut
Hershey's strawberry
250gm Buah strawberi (potong 8)
Cup secukupnya
Cara-cara
1. Pukul Non dairy whipping hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul Dairy whipping cream hingga kental.
3. Satukan non dairy whipping cream dengan whipping.
4. Masukkan plain yogurt, jus lemon dan susu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam paiping bag.
6. Paipkan adunan dalam bekas layerkan dengan filling mangga / filling kiwi / hershey's coklat / hershey's strawberi.
7. Buat beberapa lapisan antara yogurt dan filling.
8. Akhir sekali paipkan Filling dan hias dengan buah segar atau coklat.
9. Simpan dalam chiller k

Selamat mencuba 

Baca perkongsian travel disini: 
https://pearladytravel.blogspot.com/
#stay safe, keep travel








Jumaat, 28 Oktober 2016

Resipi butter lemon cheesecake


Bahan-bahan
225gm tepung gandum
1 1/2 baking powder
200gm pure butter atau lepa susu
180 gm cream cheese
150gm gula (utk bancuh air tu pun ok)
5 biji telur
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
1 sudu kecil jus lemon
Nota:
(1) 1 1/2 baking powder tu maknanya, 1 sudu kecil baking powder ditambah lagi 1/2 sudu kecil baking powder.
(2) Guna pure butter lebih sedap aroma dan rasanya. Tapi saya guna Farmcows pun sedap juga.
(3) Contoh pure butter : Anchor, SCS, Lurpak, Westgold.
(4) Contoh lepa susu: Farmcows, Twincows, Buttercup, Butterlite.
Cara2nya:
🐝Panaskan oven, api atas bawah suhu 170.
🐝Ayak tepung dan baking powder ketepikan.
🐝Pukul butter, cream cheese, gula hingga kembang.
🐝Masukkan telur satu persatu, pukul hinga putih.
🐝Masukkan tepung. Kaup balikkan guna senduk.
🐝Tuang adunan loyang 8" x 8", hentakkan beberapa kali, untuk pecahkan udara. Bakar 30minit.


Kredit : Noy Yullan)

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi ikan bakar sedap



Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan

Bahan perencah:
1/2 cawan pati santan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / perasa pilihan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh susu pekat

Cara:
1. Satukan kesemua bahan perencah.
2. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
3. Baik-balikkan ikan
4. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
5. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.



Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi ikan bakar portugis



Ikan Bakar Portugis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas

Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.



Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Sabtu, 27 Ogos 2016

Resepi kuih lapis


bahan-bahan
2cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
1cawan gula
3cwan santan saya guna santan segar
2 cawan air
Blender semua bhn tapis bahagi 2 yg putih ltk garam skit bg naik lemak, yg satu lg letak warna ros yg buat air sirap kukus selapis 5minit yg lapisan akhir sekali kukus 10minit...

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

resepi serbuk perasa home made

Serbuk perasa homemade

 
 
bahan-bahan
Ikan bilis 500gram ,
pelbagai jenis rempah 10gram setiap satu ( kayu manis ,lada hitam ,jintan manis, jintan putih, ketumbar ,lada hitam ,
udang kering 100 gram ,
tepung jagung 200g ,
Garam 10 g ,
Gula 20gram
bawang putih 8 ulas ,
Semua disangai dan dikisar jadi serbuk .
Simpan dlm peti sejuk


Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari.Anda ibu menyusu? Klik sini

Resepi karipap mudah



Bahan-bahan
1 kg tpg gandum baker choice (boleh guna jenama lain)
3/4 cawan minyak masak
3 sudu butter blend @ majerin
2 sudu teh garam halus
1 1/2 cawan air (tak perlu habiskan semua jika doh telah cantik)
Minyak masak untuk mengoreng
2 sudu besar shortening untuk goreng
Kaedah penyediaan :
Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan .
Panaskan minyak masak biar panas betul baru letak butter. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah di ayak. Kacau dengan senduk kayu biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan perap 1/2 jam baru di terap.
Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk menggebuskan karipap.
*utk buat frozen, saya bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 10 minit. Tunggu sejuk dulu dan simpan dalam tempat dingin beku, Bila nak goreng, keluarkan dan nyahbeku, kemudian boleh goreng dalam minyak panas seperti biasa.



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel