Sabtu, 19 September 2015

Leher


Blouse



Kombinasi warna




Ukuran tubuh


Skirt bertingkat


Lapik leher


Pola jubah


Fesyen baju tidur



Ukuran pinggan dan labuh peplum



Cream puff

Cream Puff hanya dari rumah.
Ia adalah PERCUMA!!
=============================
Peralatan:
Piping Beg saiz L
Nozzle Bunga Pecah 7 (Besar)
Oven Pembakar
Dulang Pembakar
Spatula
Mixer
Masa Penyediaan : 30 Minit
Masa Bakar : 30 minit
Anggaran: 1-2 jam
===========================
Resepi Cream Puff :
Bahan A:
- Marjerin (Brand Pelangi harga dalam RM5.00) : 200 gm
- Air : 470gm
===>> Masak bahan di atas sehingga mendidih
Bahan B:
- Tepung Naik Sendiri (Anggaran Harga Brand Blue Keys RM3.90) - 300gm
Bahan C:
- Telur B (Anggaran Harga RM2.40) : 6 Biji
- Esen Vanilla : 1 sudu teh
1 sudu Snow Powder untuk di ayak atas cream puff selepas siap.
(Boleh dapat di kedai bahan bakeri - 100gm RM 3.00+-)
============================
Anda akan mendapat sebanyak 50-55 biji cream puff melalui resepi ini. Jika nak buat makan-makan sendiri cuma bahagikan saja adunan ini.
Tapi apa salahnya buat banyak kan, selebihnya boleh jamu jiran makan. (Manalah tau dapat order lepas tu hihihi)
============================
Cara:
1) Sediakan Tepung dan letak dalam mangkuk pemutar.
2) Masak Bahan A hingga mendidih dan terus tuang di dalam tepung. Putar adunan sehingga suam.
***PASTIKAN BAHAN A BETUL-BETUL PANAS DAN TERUS TUANG DI DALAM TEPUNG**
3) Bila adunan suam masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar hingga sebati.
4) Pipe kan adunan di atas dulang pmbakar yang telah di sapukan marjerin
5) Renjiskan permukaan cream puff dengan air
6) Bakar:
- Oven Kecil Suhu 120'c - 30 Minit sehingga permukaan keperangan. Tambahkan masa 5 minit jika belum masak.
- Oven Besar Suhu 170'c atas, 160'c bawah - 30 minit sehingga permukaan keperangan. Tambahkan masa 5 minit jika belum masak.
==============================
Resepi Custard Cream:
1) 200 gm Instant Custard (Boleh dapat di bahan bakeri = Anggaran Harga RM 8.50/500gm)
2) 350 gm Susu Full Cream (RM5.50 sekotak)
**sukatan ini bergantung pada kecairan custard jika adunan custard pekat tambah sedikit demi sedikit lagi susu sehingga ia cair dan sesuai untuk di isikan ke dalam cream puff**
==============================
Cara meletakkan adunan ke dalam piping beg dan memicit adunan:
***Sila rujuk gambar***
===============================
Cara meletakkan krim kedalam puff
1) Biarkan puff sejuk dahulu.
2) Ada dua cara:
a) Potong bahagian tengah dan pipe kan krim di bahagian tengah puff.
Atau
B) Cucuk pipe nozzle ke dalam puff dan picit saja krim sehingga krim keluar sikit dan padat.
Ayak snow powder di atas cream puff **optional**
===============
Q&A Bisnes Cream Puff:
1) Berapa banyak boleh dapat satu adunan ni?
=> Anggaran 50-55 biji untuk saiz nozzle ini. Jika nak saiz kecil tukar nozzle yang lebih kecil dan akan dapat lebih lagi. Jadi anda dah tau bajet dah macamana untuk satu adunan.
2) Harga yang oleh di jual?
Ini adalah anggaran kos bagi resepi ini.
Kos Resepi => RM 10 +- (50-55 biji)
Jika anda jual 25 Biji:
Kos Cream puff => RM 5 +-
Kos Packaging untuk 25 biji => RM 1.50
Total Kos => RM 6.50 +-
Kos adalah bergantung pada anda. Sebab lain tempat lain harga belian bahan mentah.
Harga jual sebekas 25 biji dalam => RM 17.50 - RM 20.00
Harga sebiji => RM 0.70 - RM 0.80
Ini harga asas. Saya hanya bagi anggaran saja. Ia bergantung pada harga bahan mentah yang anda beli. PENTING untuk anda buat kiraan ini supaya anda NAMPAK hasilnya. Jadi lepas ni anda dah tak susah hati sebab anda tau 1 adunan kos nya berapa dan tak lari dari kos modal.
3) Macamana nak jual kak?
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Tips Bagi Mereka Yang Baru Nak Niaga...
+++++++++++++++++++++++++++++++++
1) Betulkan niat dahulu. Bersyukur dahulu sebab Allah dah bagi jalan nak berniaga. Betulkan niat Kenapa nak jual? Niat berniaga adalah kerana Allah. Berniaga kerana nak menambah pendapatan dan membantu orang lain juga. Bukan nak KAYA!
2) Praktis dahulu buat. Test dulu untuk diri sendiri dan family sebelum nak menjual.
3) Kalau dah capai piawaian dari orang yang merasa kata "ini boleh jual ni" hahaha try test pula bagi kat jiran-jiran. Sedekah. Banyak dapat ni. 50 biji leh bagi kat 5 orang jiran sorang 10 biji hihi. Masa bagi tu promot-promot laa terus kat jiran tu.
4) Bila dah dapat order JANGAN TAMAK. Buat slow-slow kat kawasan perumahan dulu. Buat laa promo. Kalau bekerja promot kat kawan2 ofis atau kawan2 suami. Kalau duk perumahan try letak flyer kat lorong kita dulu. Bila jiran-jiran dah tau. Luaskan kuasamu eceeehhhhh hihi.
5) Berniaga ni kena banyak sabar. Jangan fikir niaga ni nak terus kaya. FOKUS. Jangan tukar-tukar. Bila tengok orang niaga "tu" untung, kita pun sama juga nak niaga "tu". Last-last bila kita niaga tak macam orang "tu" mula dah nak tukar lain padahal baru je niaga sebulan. SABAR ye. Macamana nak dapat hasil kalau tak usaha lebih.
6) Berani untuk menuntut ilmu. Jangan main langgar je. Tanya dengan orang-orang yang berpengalaman. Jangan MARAH kalau diaorang taknak share itu hak peribadi masing-masing. Ramai lagi orang yang nak share ilmu mereka. Dan ini penting...
JANGAN KEDEKUT untuk keluarkan DUIT dan belajar. Setiap ilmu tu pelaburan. Bila kita melabur dalam benda yang baik pasti Allah berikan ganjarannya.
+++++++++++++++++++++++++++++++
Tips bagi mereka yang dah BERNIAGA:
+++++++++++++++++++++++++++++++
ANDA DAH BERNIAGA??
Berapa lama??
Berapa ramai pelanggan anda??
Pernah ambik tau pasal mereka lepas mereka beli dari anda??
Kalau anda nak pertahankan perniagaan anda.
Saya nak anda teruskan baca.
TOLONG BACA INI...TOLONG SANGAT!!
Kerana jika tak baca anda RUGI minima 30% dalam jualan harian anda. Banyak tu tau!!
SAYA NAK BANTU ANDA NI..
Kalau anda taknak baca takpelah..tapi tak salah kan kalau ia bermanfaat untuk bantu tingkatkan jualan anda..
Ini penting untuk anda...
Dalam berniaga aspek paling penting adalah MEMBINA HUBUNGAN..
Anda perlu berterima kasih dengan pelanggan anda kerana merekalah yang membantu anda dalam menjalankan perniagaan. Apa yang nak saya tekankan disini ialah bukan cara anda buat iklan atau cara anda memasarkan produk servis anda tapi BAGAIMANA ANDA MEMBINA HUBUNGAN DENGGAN PROSPEK DAN PELANGGAN ANDA.
Setiap kali pelanggan berhubung dengan anda, pastikan anda KENAL mereka. Maksudnya ambik data mereka. Nama dan no telefon pun jadilah. Kenapa??
Maklumat mereka inilah yang penting untuk anda terus membina hubungan dengan mereka. Jangan rasa remeh. Remeh lagi kalau nak selalu buat promosi dan jumpa pelanggan baru.
Ini pengalaman saya. Tu sebab saya nak share. Sebab saya taknak anda macam saya "dulu".
Sesetengah dari anda masuk kesini sebab niat anda nak jual CREAM PUFF ni kan??
Atau anda memang dah berniaga tapi nak add produk CREAM PUFF ni atau nak TRY JUAL dengan guna resepi ni pulak.. KAN???
Jadi.. Apa kene mengena?
Saya nak anda tonton VIDEO PERCUMA ini selama 9 minit! (Asyik percuma je...ya percuma..)
Jangan risau..ia memang PERCUMA.
Anda sudah berniaga. Anda nak sales anda meningkat, betul??
Dalam VIDEO PERCUMA ni anda akan tau bagimana anda boleh tingkatkan jualan sebanyak MINIMA 30% hanya dengan "mengambil tahu tentang prospek dan pelanggan anda".
Ya, anda tak perlu risau nak susun ayat buat iklan baru dan akhirnya takda orang 'LIKE' pun apatah lagi nak membeli dari anda.
Saya jamin VIDEO PERCUMA ini akan dapat membantu anda yang sedang berniaga dan terkapai-kapai membuat sales.
BAGAIMANA ANDA BOLEH TINGKATKAN JUALAN DAN JIMAT KOS IKLAN.
Tonton video itu di sini.
===========================
Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!!!
Nanti dulu!!!
Boleh tak SHARE album ni. Manalah tau ada yang nak cuba buat. Sama-sama kita berkongsi rezeki ya. Semoga Allah panjangkan ukhwah kita..
Jika nak tanya apa-apa tentang resepi ni, WhatApps saja saya. InsyaAllah saya sudi membantu anda..
Mama Herda +60123765609

Aneka resepi cream cheese


RESIPI 1
500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)
- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu... Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang.. Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...
RESIPI 2 -
360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar
RESIPI 3 - Joy of Baking
227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream
RESIPI 4 - selalu guna utk kek Russian Black
500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak
- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko
RESIPI 5 -
250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon
- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.Cream


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Nasi saudi

ARROZ SAUDI (NASI SAUDI)
Bahan-bahan
500gm daging batang pinang-potong dadu atau ayam- potong 4.
4sudu besar mentega
Air secukupnya
1biji bawang besar-cincang
2ulas bawang putih-ditumbuk
2sudu besar pes tomato
500gm beras- direndam 15minit
40gm kismis
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1sudu besar serbuk buah pelaga
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
30gm kacang pine panggang
40gm badam bakar
Cara membuat
1. Goreng daging dgn separuh mentega hingga keperangan.
2. Tuang air dan kacau. Masak atas api sederhana hingga daging empuk. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam kemudian keluarkan daging.
3. Sukat air rebusan dan tambah lagi air(jika perlu) untk mendptkan 900ml air.
4. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang besar, bwang putih dan baki mentega.
5. Masukan air rebusan dan pes tomato. Bila mendidih, masukan beras, kismis, serbuk bunga cengkih, serbuk kulit kayu manis, serbuk buah pelaga, garam dan serbuk lada hitam
6. Bila mendidih, tutup periuk dan perlahankan api. Biar nasi masak dgn sempurna.
7. sajikan dgn kacang pine, badam serta daging.
Selamat mencuba...

Shawarma

SYAWARMA (KEBAB DAGING)
Bahan-bahan;
250ml dadih asli
2 sudu teh jus lemon
4ulas bawang putih-cincang
1biji bawang besar- cincang
1sudu besar sos cili
1sudu teh cuka
1/2 sudu teh serbuk cili
600gm daging-hiris nipis
Garam secukup rasa
Bahan sos;
200ml tahini
2ulas bawang putih-cincang halus
2sudu teh jus lemon
20gm daun parsli-cincang
150-200ml air
Bahan sampingan:
8 keping roti pita
Tomato, bawang besar daun salad
Cara membuat:
1. Satukan dadih, jus lemon, bawang putih, sos cili,cuka, bawang merah, serbuk cili dan garam.
2. Masukan daging dan perap selama 12jam di dalam peti sejuk.
3. Cucuk pada skewer atau atur atas pemanggang. Bakar daging pada suhu 200'c hingga masak.
4. Untuk sos: satukan tahini, bawang putih, jus lemon daun parsli. Kacau ratag tambah air jika pekat.
5. Sapukan pes tahini dalm roti dan letak bahan2 yg lain.
Nota: tahini ialah pes bijan, dijual di dalam botol. Jika tiada boleh di gantikan dengan mayonis.
Selamat mencuba...

Nasi Maqlubah

NASI MAGLUBAH(TERBALIK)
Bahan-bahan1:
1 kilo ayam - potong kecil(boleh di gantikan dengan kambing/lembu/unta
2 biji bawang besar (sederhana) - potong 4
1 cawan stok ayam
4 cawan air
1 biji tomato - didadu
1 camca teh garam/secukup rasa
1 camca teh rempah campuran (mixed spice)
1/2 camca teh serbuk kayu manis
1/4 camca teh lada hitam - ditumbuk
Secubit saffron, rendam dalam air panas atau 1/2 camca teh serbuk kunyit
Bahan 2:
2 cawan beras basmathi
2 biji terung (sederhana besar)
1 camca besar garam
2 biji tomato - potong 4
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
1/2 cawan kekacang (optional)
Minyak untuk menggoreng terung
Cara memasaknya:
1. Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk. Campurkan dengan bawang yg dipotong, tomato, garam, rempah campuran, serbuk kayu manis, stok ayam dan 4 cawan air. Saya tak guna stok ayam. Saya letak 5 cawan air dan setengah ketul kiub ayam.
2. Masak sampai ayam jadi lembut. Pastikan cecair yg tinggal dalam 3 cawan untuk memasak nasi. Asingkan ayam daripada air stok. Tapis air stok untuk memasak nasi nanti.
3. Cuci beras dan rendam selama 30 minit.Kemudian buang airnya dan ketepikan.
4. Potong terung dan goreng. Boleh juga dipanggang. saya guna magic pan yg disapukan sedikit minyak untuk masak terung. Kalau goreng macam biasa nanti nasi akan jadi terlalu berminyak.
5. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang yg dihiris sampai wangi.
6. Tutup api dan susun ayam, terung , tomato dan sayuran lain (brokoli, kobis bunga atau lobak merah) ke dalam periuk. Masukkan beras dan ratakan ayam, terung dan tomato.
7. Tuang stok ayam daripada bahan 1.Masukkan garam. Masak sampai air kering.
8. Selepas masak, biarkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan besar.
9. Taburkan dengan kacang dan hidangkan panas.
BAHAN-BAHAN Sambal:
3 biji cili padi
1 biji cili merah
2 biji tomato
5batang biji ketumbar
1biji jus lemon
Garam dan gula secukupnya

KUDBAN (DAGING PANGGANG)

KUDBAN (DAGING PANGGANG)
Bahan-bahan;
1kg daging kambing/lembu/unta- dipotong nipis
1sudu besar mix herbs
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
1biji bawang besar- cincang
10 gm daun parsli- cincang
2sudu besar daun ketumbar- dicincang
2ulas bawang putih- ditumbuk
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara membuat;
1. Cmpurkan semua bahan di dalam mangkuk.
2. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas bertutup.
3. Perap selama 3-4jam jika lebih dari 4jam, letak dlam peti sejuk.
4. Gril atau panggang pada suhu 200'c
6. Semasa memanggang, renjiskan bahan perap.
Selamat mencuba...

Rempah kabsah


Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara-cara.
1. Bkar atau salai bahan2 bertanda **
2. Kisar bahan2 tersebut kesemuanya sampai betol2 halus.
3. Cmpurkan dgn serbuk cili dan serbuk kunyit..siap rempah kabsah...

AYAM BAKAR AZERBAIJAN


Bahan-bahan;
1 ekor ayam- bersihkan
Bahan A:
1/2 teh sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu rempah KABSA
garam cukup rasa
Perasa(jika perlu)
Bahan B;
2 labu bawang besar holand- dihiris
2 biji lemon- di hiris buat.
Bahan c;
Sedikit pewarna kuning/safron
Alumunium foil
Tin biskut.
Cara menyediaan;
1. Ayam d bersihkan dan potong 4/ atau 1ekor
2. Gaul ayam bersama bahan A serta pewarna kuning. Perapkan selama 4jam( 2jam pun ok) dan Masukan hirisan bawang serta lemon d dlamnya. bungkus dgn alumunium foil. Masukan ke dlm tin biskut.
Kaedah bakar 1.
Gali permukaan tanah letak tin biskut d dlam tanah. Ungurkan api kemudian letak d atas tin yg d tutupi tanah..
Kaedah bakar 2.
Boleh juga bakar d dlam oven tapi jangan letak tin ye cukup sekadar aluminium foil..
Selamat mencuba...

UDANG HARIMAU KABSA

bahan-bahan;
1kg udang harimau besar/kecik- buang kepalanya
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu buah pelaga
1 sudu teh serbuk kunyit
5 batang daun ketumbar
2 batang daun pudina
Bahan B;
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa(jika perlu)
Bahan C;
5 sudu besar minyak
Zaitun
Cara menyediakan;
1. Bersihkan udang dan toskan. Gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit dan goreng udang selama 2 minit.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak zaitun dan tumis bunga cengkih, lada hitam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukan udang yg telah digoreng tadi dan gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biarkan selama 5minit. Boleh d hidangkan.
Selamat mencuba...

NASI MANDHI YAMAN


Bahan-bahan
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan
1/2cmt ketumbar - biji
1/2cmt jintan manis - biji
1/2cmt lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1cmt all spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketu sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk
Bahan Untuk Nasi :-
4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit
3 camca besar minyak sapi/minyak masak
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn kismis
Rempah tumis:-
1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron
Garam secukup rasa.
Bahan sampingan:-
1-2 cmb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..)
aluminium foil
Cara-cara
1. Penyediaan Ayam :- 1. Rebus ayam dengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.
2. Panaskan ghee/ minyak, tumis rempah hingga betul- betul masak, masukan air rebusan ayam dan perasakan ia.
3. masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
4. Bila mendidih, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus.
5. buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan besi /lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar.
6. Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berat supaya asap tak keluar, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
7. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu.
8. Boleh d hidang dgn tomato salsa, sambal kabsah, ayam mandy, dalcar sayur.
Selamat mencuba...

Nasi Kabsah kambing

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing/lembu/unta
3 cwn beras basmati
4 sdu bsr myk sapi
31/4 cwn air
1 inci halia dimayang
1bj bwg besar didadu
1 btg kulit kayu manis
3helai daun selasih(bayleaf)
2 kumtum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
1 bj tomatao didadu
2 sdu tomato puri
1 sdu bsr rempah kabsa*
2 bj cili merah
1 bj cili benggala merah
1/4 cwn kismas
sedikit safron/pewarana kuning
gula serta garam secukupnya
Perasa(jika perlu)
Cara:
1. Rebuskan daging kambing dgn daun selasih separuh masak
2. Panaskan myk.Tumis kulit kayu manis,buah pelaga serta bunga lawang dan juga bwg putih.halia, bwg bsr.Tumis sehingga naik bau.
2. masukan tomato yg d dadu ,tomato puri serta rempah kabsa.Goreng sebentar.Kemudian masukan kismis ,garam serta gula.Kacau rata.
3. Masukan beras.Kacau perlahan .Biar beras mesra bersama bhn tumisan kemudian masukan daging kambing bersama air rebusanya
Masak nasi sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak titis kan beberapa titisan pewarna kuning.Jangan kacau.Tutup periuk dgn penutup periuk.Bila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dgn menggunakan garpu supaya nasi tak patah.
5.boleh d hidang dengan tomato salsa, sambal kabsah, dalcar sayur,
Selamat mencuba...