Ahad, 17 Januari 2016

resepi buttermilk

Apa itu buttermilk? Ala, susu mentega je atau susu + mentega. Hehehe. Itu jawapan ramai orang yang tak biasa dgn bakeri. Kalau si bakers2 sudah pasti tahu apa sebenarnya kegunaan buttermilk ini kan? Ia sebenarnya susu masam seakan2 sour cream tapi ia tak lah berkrim sangat. Tapi rasanya sedap jika dijadikan bahan tambah menggantikan susu segar terutamanya dlm menghasilkan kek, dessert dan sebagainya. Meh kita buat buttermilk dalam bentuk serbuk supaya ia mudah disimpan utk kegunaan masa sempit kita. Hehehe. Jom!

Bahan2 yang diperlukan cuma 2 benda je iaitu:

1/2 Cawan Tepung Susu Penuh Krim
1 3/4 Sudu Besar Cream Of Tar Tar

Campurkan kedua2 bahannya dgn sebati dan simpan dalam bekas kedap udara. 

Utk menggunakannya, + 1 cawan air dan kacau sebati. Biarkan ia selama 5-10 minit sebelum digunakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan