Khamis, 17 Mac 2016

cheesetart

cheesetart gebu & x trun n tinggi mcm klcc..hihi
😂 😂 😂
Resepi Cheese
250 gm cream Cheese tartura
40 gm gula icing
Sebiji telur
Tips saya
1 : kena guna cream cheese sejuk.
2 : jangan letak sebji telur.mula letak kuning dlu.letak half dlu klu still keras letak lagi sikit.
3 : bakar api atas shaja n x mo over heat.suhu 130 api ATAS sahaja.
4 : panaskan oven 10 mnit pastu bukak pintu jgn msukkan terus cistat.biar haba panas keluar dulu.
5 : lepas masak msuk dlm peti ais jap biar dia set.
6 : boleh la hntar kat cust Emotikon wink
*Pukul jangan sampai overbeat ye.klu cheese cair,tu yg buat bila bakar cheese jadi leleh.adunan kena kental.baru cheese dia jadi elok.selamat mencuba!

Resepi kek ais krim


Bahan-bahan 
2tin susu cair
3/4 tin susu pekat(ikut kemanisan masing2) sy kurangkn lg sbb x suka manis...
1 1/2sdb ovallete
Vanila flavour
Serbuk koko

Cara2..
Putar semua bahan hingga kembang n gebu kemudian bahagi 2 bahagian
Satu bahagian letak vanila n satu bahagian letak serbuk koko
Tuang dlm loyang selang seli n sejukkn dlm peti hingga keras...sblm tuang adunan lapikkn plastik kt sebelah dlm loyang..sy guna loyang yg blh keluarkn lapik dlm tu...
Dh lapik plastik br tuangkn adunan aiskrim tu..plastik kna lebih dr loyang ye supaya aiskrim.x lekat kat loyang nnt..bila dh keras tolak je lapik bwh loyang tu n keluarkn aiskrim td..
Tuang coklat cair n tabur la ape2 yg anda suka...hehe..sy tabur badam cincang


walnut+almond caramel ice cream.
1 1/2 cawan susu cair/full krim/segar
1 1/2 cawan uht whipping cream
1/2cawan gula pasir
1 1/2 cawan walnut + almond dihancurkan kasar(bole letak almond saja atau walnut saja tp sukatab mesti 1 1/2cawan
5biji telur kuning(putih telur tu jangan buang bole buat pavlova hehe)
1sudu besar tepung jagung(optional)
kalau xda pn ice cream masih jadi.
sedikit caramel dan choc chip(dua bahan ni optional jgk xnak letak pn xpa)
satukan susu dan gula masak dengan api sederhana sehingga mendidih. saya letak safron kebetulAn ada kt rumah ni. dah didih asingkan biar suam.
dalam mixer pukul telur kuning sehingga kembang. kemudian masukkan bahan didih yg telah suam td dan tepung jagung kalau ada gaul sebati.masak semula adunan td dgn api sederhana sambil kacau. kacau sehingga pekat melekat di spatula.
dalam bekas lain letak uht whipping cream dan penapis.satukan caramel dan walnut+almond gaul sebati . taraaaa dah siap! masukkan adunan ni dalam mixer pukul manja dalm 5min nampak buih sikit2 tuang dlm bekas sejukkan dalam 2jam. setelah 2jam keluarkan dr peti ais dan blend bahan td.tujuannya utk dptlan texture ice cream yg halus sebab kita x guna ice cream maker so byk kerja la sikit tradisional ehhee. dh siap blend tuang dlm tupeprware dan lapis dgn walnut kasar dan caramel dan choc chip(ni optional klo xnk letak pn xpa) .
dah sejuk semalaman keluarkan dr peti beku tgu la dlm 5min then bole scoop.
sedap kurang manis tp penuh kasih sayang heheh.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Kulit popia goreng

Popia goreng.. Popia goreng inti kentang.. Popia sira sambal n popia basah. Resepinya... 
1 kg tepung gandum.. 
4 setengah caw air
1 bj putih telur
2 sdm minyak masak 
Sedikit garam
Uli adunan ini(spt buat cengkodok).. Guna tangan je... 
Perap l/kurang 1 jam... Leser atas kuali leper senipis yg boleh... 
Slmt mencuba...

Rabu, 2 Mac 2016

Brigadeiro

Di sini resepinya ya.
Untuk 25-30 biji
1 tin susu pekat manis- condensed milk (bukan krimer ye)
1 sudu besar unsalted butter (lebih sikit utk gris pinggan)
2-3 sudu serbuk koko (ayak)
Secubit garam
Paper cup
Pilihan rasa
Coklat rice
Rainbow rice
Kacang cerdik (pistachios)
Badam cincang (panggang)
Walnut (panggang)
Serta ikut minat kawan2 nak rolled dgn apa hihi
Di atas pinggan tahan panas griskan dengan sedikit butter
Dgn menggunakan sudip kayu Campurkan butter, koko dan susu masak di dalam periuk yg tebal dengan api yg serdahana kecil Dalam lebih kurang 45-60 minit . Perlu gaul sentiasa supaya tidak hangus. (Mcm masak dodol)
Cara untuk pastikan sudah cukup masa bila adunan dah pekat dan kita belah dengan sudip adunan lambat bercantum kembali.
Setelah itu letak adunan diatas pinggan yg telah di gris tadi.
Biarkan sejuk diluar seketika hingga agak tidak panas untuk digentel.
Sapukan tangan dgn sedikit butter agar adunan tidak melekat ditangan. Dgn menggunakan sudu ambil sebesar agak2 sesuai dgn paper cup gentel bulat2 dan rolledkan dgn perasa yg disukai.
Pada saya kanak2 sukakan coklat rice tapi dewasa lebih sukakan kekacang terutamanya pistachios
Jika tercepat angkat dia akan lembik dan sukar nak digentel. Jika terlebih masak akan keras n boleh jadik toothbreaker hihi
Tapi kalau terlembik boleh juga disimpan di dalam jar dan dibuat bread spread.

bingka jagung

esepi
Setongkol jagung( blend dgn 1/4 cwn air)
Kalau tak de jagung beli jagung dalam tin je(sweet corn)amik separuh je
1 3/4 cwn tpg gandum
1/4 cwn tpg kastad
1 cwn gula
1 cwn santan pekat
2 cwn air
2 biji telur
2 sudu besar margerin cair( guna pelangi jew)
Secubit garam
Sedikit perasa jagung( utk warna kuning bg nampak menyerlah)
Cara2
Blend semua
Masukkan dlm loyang
Tabur bijan
Bakar 180 selama sejam atau hingga keperangan
Tukar api atas pulak 10 minit utk garengkan atasnya
Potong bila sejuk

kek coklat

KEK COKLAT TANPA TELUR YG SANGAT GEBU & SEDAP.. first time nak share resipi kat MAHN.. utk sesiapa yg belum pernah cuba mmg harus & wajib cuba. resepi saya ambil drpd fb Resipi Istana. Tq sis semoga makin bertambah pahala kita bila ilmu ni dpanjangkan.. mmg mudah dan jimat sbb x pakai telur. bahan asas yg confirm ada kat rumah.
BAHAN-BAHAN
1 cwn gandum
1/2 cwn serbuk koko
1/2 st soda bikarbonat
1 st baking powder
2sudu besar susu tepung
3/4 cwn gula perang/gula biasa pun boleh
1/2 cwn myk masak
1 1/4 cwn air sejuk dr peti ais
1 st esen vanilla
1 st cuka masak
Cara-cara :
1. Ayak gandum, koko, baking powder, soda
2. masukkan gula & susu tepung
3. gaul rata biar sebati
4. masukkan minyak + air sejuk + esen vanila
5. gaul adunan pakai whisk je bagi rata n sebati sampai takdak tepung berketul2
6. cepat2 masukkan cuka & terus tuang dlm loyang
Saya xde oven. so selalunya kukus. tapi harini cuba buat pakai rice cooker tp sayangnya kek cepat hangit sebelum masak. so NASIHAT saya kalau x de oven.. ikut cara kakak2 kita ajar td mcm dlm post saya yg sebelum ni. pakai tungku kaki 3 letak dlm priuk api plg kecik. cara bakar terpulang kat korang ek.. Emotikon smile Tapi percaya la kejadian kek ni takkan buat korang menyesal.. hekhekkk


resepi choc cake yg moist tp super senang & murah. level budak sekolah buat pn cnfirm jadi. Hehe. Resepi and cara2 kat bawah ek.. feel free to share.. 
Bahan2:
1 cawan brown sugar
1 cawan susu coklat
1 cawan minyak masak
3/4 cawab serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur 
1 1/4 cwn tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
P/s: ayak bahan bertanda*
Cara2: 
Masukkan susu coklat, susu pekat manis, brwon sugar, minyak masak & serbuk koko dlm periuk. Bukak api kecil je.. cukup utk larutkan bancuhan.. tutup api n biarkan kejap
Pukul telur dgn mixer smp kembang n gebu.. sementara tu blh siapkan pengukus n panaskan dlu..
Masukkan bancuhan koko td.. better guna penapis. Mn taw ada pulak gula yg stil xlarut.. heheh
Kacau bagi sebati guna senduk kayu je.. pastu masukkan tepung skit demi sdikit smp abes.. dah siap.. masukkan bancuhan td dlm loyang yg dilapik baking paper.. better tutup loyang tu dgn aluminium foil jgk dkt atas dia.. takut air wap jatuh atas kek nnt 😁
Kukus 1 jam @ smp masak. Nk taw masak ke tak.. cucuk dgn lidi. Kl x lekat..means da masak. Yey!! Sejukkan dulu sblum letak topping dia.
Bahan2 ganache
250g coklat masakan
100ml susu cair
Cara2: panaskan susu cair dlm periuk smp mdidih..tutup api then tuang kan dlm mangkuk berisi coklat masakan. Kacau smp larut/cair. Biarkan pekat sikit baru tuang atas kek. Hiaskan dgn coklat rice etc. Siap!





kuah rojak

kuah rojak my mum Ena Serumpun Emotikon wink
bahan2:
200 gram cili serbuk
1kg gula
1/2 kg gula merah
1 bekas kecil otak udang
100 gram belacan (digoreng tanpa myk sehingga garing kemudian ketepikan)
garam secukup rasa
kicap pekat
kacang tanah & bijan (disangai)
cara2:
1. campur cili serbuk, gula, gula merah & garam, kemudian bancuh dengan air panas yg batu didihkan sebanyak 1.5 liter. kacau sehingga hancur
*MESTI BANCUH DGN AIR PANAS YG DIDIH
2.kemudian masak di atas api dengan api yg pelahan sehingga agak pekat.
3. kemudian masukkan otak udang dan kicap pekat, belacan.
*Kicap pekat ikut secukup rasa, lagi byk lgi pekat warnanya.
4. kacau sehingga kuah rojak agak pekat.
*bijan & kacang goreng boleh ditabur selepas kuah sejuk @ semasa nak dimakan.
* kalau ingin tambah pedas boleh tambah cili padi @ serbuk cili Emotikon wink