Jumaat, 28 Oktober 2016

Resepi ikan bakar sedap



Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - ketepikan

Bahan perencah:
1/2 cawan pati santan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / perasa pilihan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh susu pekat

Cara:
1. Satukan kesemua bahan perencah.
2. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
3. Baik-balikkan ikan
4. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
5. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.



Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi ikan bakar portugis



Ikan Bakar Portugis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas

Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.



Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Sabtu, 27 Ogos 2016

Resepi kuih lapis


bahan-bahan
2cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
1cawan gula
3cwan santan saya guna santan segar
2 cawan air
Blender semua bhn tapis bahagi 2 yg putih ltk garam skit bg naik lemak, yg satu lg letak warna ros yg buat air sirap kukus selapis 5minit yg lapisan akhir sekali kukus 10minit...

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

resepi serbuk perasa home made

Serbuk perasa homemade

 
 
bahan-bahan
Ikan bilis 500gram ,
pelbagai jenis rempah 10gram setiap satu ( kayu manis ,lada hitam ,jintan manis, jintan putih, ketumbar ,lada hitam ,
udang kering 100 gram ,
tepung jagung 200g ,
Garam 10 g ,
Gula 20gram
bawang putih 8 ulas ,
Semua disangai dan dikisar jadi serbuk .
Simpan dlm peti sejuk


Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari.Anda ibu menyusu? Klik sini

Resepi karipap mudah



Bahan-bahan
1 kg tpg gandum baker choice (boleh guna jenama lain)
3/4 cawan minyak masak
3 sudu butter blend @ majerin
2 sudu teh garam halus
1 1/2 cawan air (tak perlu habiskan semua jika doh telah cantik)
Minyak masak untuk mengoreng
2 sudu besar shortening untuk goreng
Kaedah penyediaan :
Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan .
Panaskan minyak masak biar panas betul baru letak butter. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah di ayak. Kacau dengan senduk kayu biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan perap 1/2 jam baru di terap.
Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk menggebuskan karipap.
*utk buat frozen, saya bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 10 minit. Tunggu sejuk dulu dan simpan dalam tempat dingin beku, Bila nak goreng, keluarkan dan nyahbeku, kemudian boleh goreng dalam minyak panas seperti biasa.



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Ahad, 31 Julai 2016

kek lapis horlick

Kek Lapis Horlick
10 biji telur Gred A
450gm mentega
160gm gula kastor
240gm tepung gandum
200gm Horlicks
300gm susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
**Panaskan ketuhar pada suhu 150ÂșC sebelum memulakan proses membuat adunan kek.
Cara-cara
1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga putih.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul hingga pekat dan rata.
3. Masukkan susu pekat, kacau kemudian masukkan tepung diselangselikan dengan Horlicks.
4. Acuan 8x8 sapukan butter di dasarnya, alaskan baking paper.
5. Lapis 6 sudu makan, lapisan pertama api atas bawah suhu (175-200° ikut oven anda). Saya guna suhu 175°
7. Sehingga permukaan atas keperangan, keluarkan kek dari oven dan tekan dengan penekan kek untuk buang gelembung udara.
8. Ulang melapis sehingga habis.

9. Jika kek masih basah, gunakan api bawah 150° dalam 10-15 minit.

Resepi kuih cara


bahan-bahan
1 cwn tpg
1 cwn santan + 1 cwn air pandan (3 helai daun pandan blen dgn 1 cwn air)
1 bj telur...secubit garam
Sedikit gula pasir...
Pewarma hijau..@ikut suka


CARANYA..
Blend semua bahan..( kecuali gula)...hingga halus...
Panaskan acuan cara..sapukan sedikit minyak..guna api kecil shj..Tuang tiga suku penuh adunan...letakkan sedikit gula...dan tutup..
Adunan sedikit mengelembung bila masak...

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel