Ahad, 11 November 2018

Resepi pisang goreng rangup



Bahan-bahannya :
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur
air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

Cara penyediaannya :
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.
*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

 Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel




Sabtu, 10 November 2018

Blog disclaimer dan privasi polisi

Blog disclaimer

1) Semua maklumat yang dikongsikan dalam https://ssmpearlady.blogspot.com/ adalah untuk tujuan perkongsian maklumat dan info semata-mata.

2) Semua maklumat dan info ini darihttps://ssmpearlady.blogspot.com/ tidak boleh mewakili maklumat sahih.

3) Menjadi tanggungjawab pembaca blog sendiri untuk mengesahkan setiap maklumat yang dikongsikan.

4) Maklumat dan info yang disampaikan adalah benar mengikut pengalaman penulis tetapi maklumat mungkin berubah dan info tidak relevan lagi sesuai dengan perubahan dalam mana-mana polisi kerajaan, peraturan dan sebagainya.

Blog privasi polisi


1) Pemilik blog https://ssmpearlady.blogspot.com/ tidak boleh disalahkan atas sebarang kerugian wang ringgit, kehilangan harta benda dan nyawa atau apa saja yang bermaksud melapetaka.

2) Pemilik blog https://ssmpearlady.blogspot.com/ tidak boleh dipertanggungjawabkan membayar segala kerugian dan kehilangan yang dialami.

3) Pemilik blog https://ssmpearlady.blogspot.com/ tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang  akibat kerugian dan kehilangan yang dialami.

4) Tidak dibenarkan menggunakan maklumat dari https://ssmpearlady.blogspot.com/ untuk tujuan komersial atau iklan sebelum mendapat keizinan pemilik blog terlebih dahulu.

Blog komen dan kongsi


1) Pemilik blog https://ssmpearlady.blogspot.com/ berhak memadam komen yang jelik, lucah dan provokasi.

2) Komen-komen yang ditulis dalam https://ssmpearlady.blogspot.com/ adalah atas tanggungjawab pemilik komen sendiri.

3) Pemilik blog https://ssmpearlady.blogspot.com/ tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang komen yang diutarakan dalam blog ini.

4) Perkongsian maklumat dalam blog ini ke mana-mana sumber media lain adalah atas tanggungjawab pekongsi sendiri.

4) Perkongsian maklumat yang diambil dalam blog ini atas tujuan komersial perlu mendapatkan persetujuan pemilik blog terlebih dahulu.

Persetujuan


Dengan menggunakan blog https://ssmpearlady.blogspot.com/, anda dianggap bersetuju dengan disclaimer dan segala syarat yang ditetapkan oleh pemilik blog ini.

Hubungi pemilik blog di: crpearlady@gmail.com atau melalui ruangan contact us.

Rabu, 13 September 2017

Resepi ais krim kelapa

Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa ~ pilih kelapa yang wangi macam kelapa pandan. Sya guna 2 biji kelapa pandan. Kalau tak cukup air kelapa tu boleh tambah air biasa jadikan 2 tin. Sukatan tin tu adalah sukatan tin susu pekat tadi.
Isi Kelapa Muda
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh ovellete
1 helai daun pandan ~ di simpul


Cara-cara

1) Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis dan masak atas dapur hingga didih. Bila didih aje tutup api , masukkan santan kacau dan biarkan sejuk

2) Bila dah betul-betul sejuk, keluarkan daun pandan, masukkan adunan dalam mixer, letakkan isi kelapa muda dan putar sebentar.


3) Simpan dalam peti ais ruang beku dengan mangkuk pemutar sekali dan sejukkan paling kurang 4 jam
Keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang.
Ovellete tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellet dia akan kasar macam kita buat aiskrim Malaysia teksturnya.


4) Pukul tu terpulang, kalau kita nak dia gebu dan ringan kita pukul sampai dia kembang 2 atau 3 kali ganda. Tapi kalau suka aiskrim yang berat teksturnya pukul agak dia kembang sekali ganda aje dah ok!

5) Tuang dalam bekas atau loyang aluminium.sya letak dalam loyang buat roti dan Simpan dalam peti ais ruang beku semalaman hingga ia keras.


6) Bila dah keras bolehlah di hidangkan


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Ahad, 12 Mac 2017

Resepi kek buah mudah


Bahan2:
1/2 cwn magerin/buttercup
1/2 cwn gula halus
3 bijik telur
1 sk essen vanila
1 1/2 cwn tepung gandum *
1 sk baking powder *
1/2 sk soda bicarbonat *
(ayak bahan2 bertanda '*' diatas)
2 sb pati sanquick
2 sb susu pekat manis(saya tambah xada dlm resepi)
1 cwn buah2 campuran
- Asingkan 1 sudu utk hiasan
- Lebihnya rendam dlm air suam 5minit utk buang kotoran n tapis.Campur dengan 1 senduk tepung yg telah diayak td.

Cara Buat:
Pukul butter,gula & essen vanila hingga kembang.Masukkan telur sebijik demi sebijik,susu pekat manis & pati sunquick dan pukul lagi.Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.Kaup balik buah2han campuran yang telah dicampur tepung tadi sehingga sebati.Tabur buah2han cmpuran sebagai hiasan dan bakar dalam oven selama 30 - 35 minit dengan suhu 160-170 'c.

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 


#stay safe, keep travel

Sabtu, 25 Februari 2017

Kek gula hangus @sarang semut-resepi pertama


bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
.
Seronokkan hidup ni bila dah berumah tangga. Ada suami, anak-anak penyeri kehidupan sehari-hari. Anda ibu menyusu? Klik sini

Cara-Caranya
.
• Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
.
• Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Sebatikan.
.
• Masukkan mentega biarkan cair, sejukkan .
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

• Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
.
• Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
.
• Kemudian masukkan tepung yg diayak dgn soda.. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
.
• Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
.
• Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C .Bakar selama 30 mini

Rabu, 22 Februari 2017

Resepi kek batik moist sedap


                               
Bahan-bahan
1 buku buttercup
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1 1/2 peket biskut Marie

Cara buatnya:
Cairkan butter, masuk gula..
Bila dah cair, masukkan telur yg dah dipukul dulu.. Sy pukul guna sudu je..
Masukkan serbuk koko & air, kacau sampai semuanya cair elok.. Tutup api..
Masukkan biskut yg dah dipatah2kan.. Gaul seketika bagi semua tersalut dan masukkan ke dalam loyang yg dah lapik plastik.. tujuan utk mudah diangkat... Tekan2 sikit bagi padat.. Sejukkan dlm freezer..

Topping..
Coklat ganache
2 sb butter
3/4 cawan whipping cream
100g milk coklat
100g dark coklat
Panaskan whipping cream secara double boiler..
Dah agak panas tu, masukkan coklat.. tutup api..kacau bagi cair..
Bila dah hampir cair sepenuhnya, masukkan butter.. kacau lagi..
Kemudian, curah atas kek batik tdi .. Hias dgn badam atau apa saje yg disukai.. sejukkan 4-5 jam atau smlman..

Bahan ntk topping ats:
- 1cwn susu pekat mnis
- 1sdubesar serbuk koko
- 2sudubesar mentega

* msukkn dlm periuk kecil dan pnskn ats api sederhana kcu smpi sebati
* da agak2 suam nti bru curah ats kek..bole la letak hiasan2 yg lawo2 tuh

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 


#stay safe, keep travel



Resepi Nona Manis




Bahan A
1 cwn santan
1 sb tpg gandum
Sedikit garam
*Panaskan sampai pekat
*tutup api

Bahan B
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
*Panaskan sampai pekat & berkilat
*tutup api

Bahan C
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
*campur & gaul sekata
1biji telur
-Campur bahan C+B
-Masukkan telur ke dalam C+B & kacau rata
-Masukkan Bahan A (putih) ke dalam botol sos/piping beg
-Masukkan Bahan Hijau dlm bekas acuan (masuk separuh je)
-Piping A ke dalam body yg hijau (piping di tgh2)
**Kukus selama 10-15minit
**Siap

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Selasa, 10 Januari 2017

Resepi bingka ubi kayu


                          

Bahan-Bahan:
4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan gula pasir ikut suka manis
4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan -ganti butter cair lg sedap
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 sudu makan minyak plnta pun bo untuk dileserkan pada loyang
Cara membuat:
Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
Campurkan semua bahan hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
Sejukan baru dipotong.
#jika ada yg suka gula merah bole gantikan tanpa pewarna kuning
tambah gula merah bersama gula putih ..ikut suka manis nya ..##

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Ahad, 4 Disember 2016

Resepi gulai kawah


Kari daging
=========
Bahan-bahan
40 kg daging ( rebus 1 setengah jam)
2 beg bawang (separuh hiris, separuh blend)
1/2 kg bawang putih ~ blend
1/2 kg halia ~ blend
1 setengah kilo serbuk kari
5 beg kentang
3 ketul gula kabung
7 kg santan
1 kg asam jawa
2 mangkuk garam
1 mangkuk gula
1/2 kg kerisik
Segenggam bunga lawang
Segenggam kulit kayu manis
Segenggam buah pelaga
Seikat daun kari
Setengah botol minyak masak



 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi kek batik mudah



bahan2 :
1 paket biskut meri (sy guna yg 600grm)
1 ketul butter (250grm)
4 biji telur
1 cwn milo
1 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn nestum (sy guna nestum nestle yg original flavour)
1 cwn air masak
1/2 cwn gula (resepi asal ada tp utk yg ni,sy xletak pun gula sbb xsuka manis)
cara2 :
masak butter,guna api yg sgt slow.then masukkn milo,serbuk koko n susu pekat.bila agak2 nk mendidih,masukkan telur dan lastly masukkan air.kacau hgga agak pekat (jgn pekat sgt.agak2 je).ttup api..tggu bancuhan suam,kemudian baru masukkan nestum n patah2kan biskut.kacau smp sebati..then masukkn dlm loyang/bekas yg telah dilapik dgn plastik (supaya senang utk dikeluarkn dan dipotong). mampatkn semampatnya..last,smpan dlu dlm fridge selama 30-45 minit sblm makan..
selamat mencuba 

Selamat mencuba!


Baca perkongsian travel disini: 


#stay safe, keep travel

Resepi wafer



Bahan-bahan 
2 cwan tpung gandum
½ sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
½ sdt garam
250ml freshmilk.. Klu xde guna air biasa pon boleh..sdap gebu jgk
1 bj telur
¼ cwan mnyk

Cara-cara
Blenderkan sume sampai gebu.. Cha guna whisk je.. Kcau lelaju..


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi tart telur




Bahan untuk pastri
-150 gram tepung gandum
-90 ml susu segar
-secubit garam
-125 gram butter

Bahan untuk filling
-250 ml susu segar 
-50 ml whipped cream (sepatutnya dairy tp sy guna non dairy)
-2 biji kuning telur
-1 sudu besar tepung jagung
-40 gram gula 
-sedikit esen vanila

Cara-cara
-potong butter nipis2 dan sejukkan dalam 15 minit.
-satukan tepung gandum, susu dan garam ke dalam bekas & gaul sebati hingga jadi doh. Sejukkan dalam 15 minit.
-uli doh yg disejukkan & leperkan sehingga muat untuk balut butter. Balut butter & simpan dalam peti sejuk.
-giling doh & lipatkan kepada 4 bahagian seperti buku. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
-ulang proses sebanyak 3, 4 kali.
-giling doh pastri & gulungkan lalu potong kepada 14 bahagian.
-leperkan 1 per 1 doh yang dipotong & masukkan dalam muffin tray. 
-tuang filling & bakar dalam suhu 170deg selama 30 minit/ ikut oven masing-masing.

Filling
-satukan semua bahan dalam periuk & masak dengan api kecil hingga pekat.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel


Selasa, 1 November 2016

Resepi kuah rojak buah




bahan2: 

200 gram cili serbuk 
1kg gula 
1/2 kg gula merah 
1 bekas kecil otak udang 
100 gram belacan (digoreng tanpa myk sehingga garing kemudian ketepikan) 
garam secukup rasa 
kicap pekat kacang tanah & bijan (disangai) 

cara2: 

1. campur cili serbuk, gula, gula merah & garam, kemudian bancuh dengan air panas yg batu didihkan sebanyak 1.5 liter. kacau sehingga hancur * MESTI BANCUH DGN AIR PANAS YG didih 

2.Kemudian masak di atas api dengan api yg pelahan sehingga agak pekat. 

3. kemudian masukkan otak udang dan kicap pekat, belacan. * Kicap pekat ikut secukup rasa, lagi byk lgi pekat warnanya. 

4. kacau sehingga kuah rojak agak pekat. * bijan & kacang goreng boleh ditabur selepas kuah sejuk @ semasa nak dimakan. * kalau ingin tambah pedas boleh tambah cili padi @ serbuk cili 




 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Resepi kuah rojak buah ke-2



Bahan2 untuk kuah rojak:
cili kering di blend ( ikut suka nak pedas mcm mn ) tapis untuk buang biji
sekeping belacan dibakar ( agak2 Rm1 )
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
1 cawan kicap pekat manis
sedikit asam jawa
sedikit tepung gandum ( bancuh dgn air ) sebagai pemekat
bijan ataupun kacang tanah di goreng tanpa minyak



caranya:
------------
1. Masak cili kering blend dengan belacan hingga agak kering/pekat
2. Bila dah agak pekat, masukkan gula putih/merah/kicap dan asam jawa
3. bila dah cukup pekat masukkan tepung gandum, msk lg hingga tanak.
4. bila dah tanak bolehlah bubuh kacang tanah yg ditumbuk kasar2 ataupun bijan


 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Resepi bingka jagung



RESEPI BINGKA JAGUNG MBR🌽🌽🌽
(Resepi Bingka terhot..terbesar pecahkan Rekod National..tengok memang simple..cer buat berdua nak tau terkehel @ tak nak cukupkan 1 tan 400kg dlm masa 2 hari - staff 5 org shj)
===================================
Bingka Jagung( loyang 10 inci x 10 inci x 3 inci)
Bahan - bahan :
( A)
500 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar margarine
500 ml santan pekat ( gred B) / santan kotak
1 liter air
6 biji telur gred " A"🐓🐓🐓
2 @ 1 tongkol isi jagung🌽🌽🌽- yg dah direbus pun boleh @ Setengah tin sweet corn
(B)
1 tongkol isi jagung 🌽🌽🌽segar
Sedikit pewarna kuning lemon + egg yellow
Sedikit perasa kordial jagung " Double Lion"
(klu tak buh kordial pun boleh..klu buh lagi bau wangi)
Caranya:
1. Satukan semua bahan A..Kisar sekejap. Buh pewarna & kordial jagung.
2.Sapu loyang dgn majerin, klu nak lapik dgn kertas " parthment paper" pun boleh.
3. Tuangkan kedlm loyang & buh isi jagung tongkol atas permukaan..kacau kasi sebati.
4.Bakar dlm oven suhu 160 C selama 1 jam 20 minit.( 1 jam bingka dah masak..kasi lebih sikit supaya garing)
5.Sejukkan..lepas 3 jam baru potong..emmmm sedap..sedap...cepat buat..

Kredit: Chef Asma

Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Kari ikan

Resepi kari kepala ikan untuk satu kawah ni,
1 kg bawang besar ( 1/2 dimayang , 1/2 lagi diblend)
200 gm bawang putih( 100 gm dimayang 100gm diblend)
1 kilo rempah kari ikan Baba's 
150 gm serbuk cili Baba's
1 kg tomato biji (1/2 diblend , 1/2 dipotong besar)
20 tangkai daun kari
50gm halba campor
1kg minyak untuk menumis
3 kg santan pekat 
500gm asam jawa 
10 kg ikan
Sayur2an

Caranya:
Panas kan minyak
Tumis bwg2 , halba campor dan daun kari
Bila wangi masukkan rempah kari yg dicampor air yg banyak ( 4 liter ) bawang dan tomato yg diblend
Masak hingga pecah minyak , perlahan kan api
Masuk lah santan air asam , garam , sedikit gula , dan ikan ,rasalah secukupnya 
Akhir sekali masuk lah sayur2an

Resepi satay ikan/lokcing


Bahan-Bahannya:

(*)250 gm isi ikan selayang (mentah) – dikisar lumat
(*)100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
(*)1/2 biji bawang besar – dikisar
(*)1 sudu kecil garam
(*)1/2 sudu teh serbuk perasa
(*)1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas 

(*)Cili kering secukupnya – kisar lumat
(*)4 ulas bawang putih – dikisar lumat
(*)1 ½ cawan air
(*)1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
(*)4 sudu makan gula atau secukupnya
(*)½ sudu makan garam
(*)Sedikit serbuk perasa
(*)Sedikit pewarna merah
(*)lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja
Cara Membuatnya ialah:
Buat Lockching 

(*)1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.

(*)2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat

(*)3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
(*)4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
(*)Tip: kalau adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.
Buat Sos 
(*)1. Tumiskan bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
(*)2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
(*)3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(*)4.Untuk jadikan sos pedas,tambahkan lada burung dalam masakan diatas.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel




Sabtu, 29 Oktober 2016

Resepi kek span


Bahan-bahan:
4 biji telur gred A
160 gm gula halus
160 gm tepung kek
10 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovallete
50 gm minyak jagung
70 gm air
1 sudu teh esen creamy vanilla (pekat)

CARA-CARA
1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser loyang bulat saiz 7 @ 8 inci dengan mentega.Kalau takde, shortening pun boleh.
2. Alas dasar loyang dengan kertas baking. Ketepikan.
3. Masukkan kesemua bahan KECUALI minyak dan putar high speed hingga kembang. (lebih kurang 8 minit) Pastikan adunan turun @ jatuh berbentuk RIBEN –tidak laju dan tidak terlalu perlahan jatuhnya.
4. Masukkan minyak jagung. Kaup balik menggunakan spatula sehingga rata.
5. Bakar 35-40 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluar kan dari loyang dan terbalikkan. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan sejukkan di atas redai . Kalau tiada redai, guna aje papan kek 😉

**utk gambar , saya guna krim pertama.

BAHAN UNTUK KRIM FILLING
Pilihan Pertama Filling 
* 250 gm non dairy cream (fresh cream)
* 200-250 gm isi durian (lenyek @ kisar halus)
* 1 sudu teh gelatin + 3 sudu besar air suam (kacau sehingga larut)
* 2 sudu besar gula kastor (ikut suka nak manis mana)
Cara-cara:
1. Pukul whipping cream sampai bertanduk.
2. Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek. Putar sekejap untuk sebati.
3. Gelatin yang dah larut masukkan ke dalam adunan whipping cream bersama-sama gula kastor.
4. Kacau rata dan ketepikan. 

(kalau tak nak gunakan gelatin pun boleh tapi pastikan whipping cream (non dairy) kental.

Pilihan Kedua Filling
* 150-200gm isi durian (lenyek @ kisar halus)
* 2 sudu besar tepung kastard
* 2/3 camca besar gula kastor (manis ikut suka)
* 1 1/3 cawan susu segar
* 30 gram mentega 
* 1 sudu teh esen vanilla

Untuk hiasan
*Badam flakes (panggang lebih kurang 10-15 minit , 170c
* 300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental (anggaran 6-8 minit high speed)
* Boleh masukkan krim pilihan kedua untuk coating keliling kek jika berminat.

Cara menyusun kek:
1. Kek span dipotong 3 kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
2. Sapu whipping/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut citarasa masing-masing.
3. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum dipotong. Lagi lama lagi bagus 😊
4. Seelokknya gunakan pisau yang dicelup dengan air panas untuk potongan yang cantik 👍

 Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel