Ahad, 17 Januari 2016

sambal ayam penyet

nasi ayam penyet - sambal meletoopppp!!! 
rasa geram bila beli nasi ayam penyet, yang diberi sambal belacan biasa... sambal ini kegemaran saya untuk nasi ayam penyet....pheeewww
bahan:
semangkuk kecil ikan bilis dibersihkan
3-4 sudu belacan
15 biji cili merah dipotong kasar*
15 biji cili kecil hijau*
3 biji tomato dipotong empat*
15 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
2 sudu gula
1/2 ketul gula melaka
sedikit perahan air limau nipis
sedikit garam
cara:
1.panaskan sedikit minyak.
2.goreng ikan bilis + belacan. angkat. ketepikan.
3.goreng bahan * hingga layu. angkat ketepikan.
4.tumbuk/kisar kasar kedua dua bahan goreng tadi.
5.panaskan minyak. goreng bahan tumbuk/kisar.
6.kawal api dan sentiasa kacau.
7.masukkan gula putih + gula melaka + garam.
seimbangkan rasa.
8.masukkan perahan limau nipis.
9.goreng hingga pecah minyak dan betul betul
 
masak.
10.tutup api. ketepikan sedikit supaya minyak boleh
 
turun (cara buang minyak berlebihan).


acar buah

Acar Ikan Masin
Kepada yg nak mencuba...
Saya copy dan paste semula.

Kalau nak cuba mcm yg saya buat, macam resepi dibawah. Silakan share resepi kalau suka. 
Anggaran ya..
Ikan masin ~200gm (ikan talang/ kurau/ malong)- rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin
Lobak asin ~100gm potong kecil2
Bawang merah 8 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia dihiris memanjang
Cili padi 20 biji
Kismis (raisin)
Bhn blend:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cili kering yg sudah diblend, dalam 3 sudu besar
1 sudu besar serbuk kari daging
Cuka 1 1/2 cawan
Gula 1 cawan
Garam jika perlu
Cara2nya:
Rebuskan bawang merah, bawang putih (kedua2nya dibelah 2 atau 3) dan halia (hiris memanjang)- didalam cuka (saya tak tambah air didalam cuka)- dlm 5minit dan tutup api. Biarkan.
Sementara itu, gorengkan ikan masin yg telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit. Dan angkat.
Dengan minyak yg sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh yg telah diblendkan kesemuanya sehingga naik minyak.
Masukkan 1 sudu besar serbuk kari dahing dan tumiskan lagi sehingg naik minyak.
Setelah naik minyak, masukkan bahan2 yg telah direbus dengan cuka tadi. Masukkan cuka2 sekali dengan bahan rebusan tadi.
Imbangkan masam cuka dengan gula (saya gunakan gula merah, gula putih pun boleh)
Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau2 sebentar dan masukkan sekali ikan masin. Kacau2 dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.
Akhir sekali, perasakan garam (jika perlu), manis gula dan kemasaman cuka lauk ini.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!




Resepi Acar Buah( 5kg):
kredit : Adnilsam Apat
8-10 jenis buah berlainan jenis
100gm cili kering*
100gm rempah kari ikan
17 ulas bawang putih( sebiji2)
17 ulas bawang kecil( sebiji2)
30 biji cili api
1 botol besar sos cili
Gula 
3 cawan minyak masak
Bahan yang bertanda (*) digoreng tanpa minyak dan di mesin kering hingga halus..
CARA MEMBUATNYA:
1.Tumis Bawang putih, bawang merah, cili api dan cili kering kisar tadi sehingga mendidih...
2.Kemudian masukan rempah kari ikan dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit.. Api jgn kuat.. Jgn masuk gula dulu ye.. Masukkan sos cili..kacau lagi..
3.Masukan halia jeruk kemudian kacau sehingga sebati..
4.Masukan buah-buah jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk..

5.Akhir sekali masukan buah-buah yang lembut dan kacau sehingga sebati. Perasakan.. Kalau tak cukup manis boleh tambah gula..Tutup api.Kalau rasa minyak banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya..Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan barulah lebih sedap kalau di makan.

saiz telekung

saiz telekung knak
saiz 5T
badan 
belakang 34 " 
depan 32"
lilitan muka 11.5"

lapik dahi 
panjang 13"
lebar 3"

lapik dagu

4 kali4

IKAN BAKAR AKOB STYLE


SAMBAL IKAN BAKAR
Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
6 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
Satu tapak tangan udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
2 Daun Limau Purut*
4 Biji Buah Keras*
4 Biji Cili Merah*
Belacan yg dibakar*
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Daun Kesum
Asam Jawa
Garam, gula merah dan jus limau nipis.
Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan daum kesum, air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan air limau nipis secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
CARA MEMBAKAR IKAN
Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil
Ambil sambal ikan. Sediakan kuali leper atau pemanggang ajaib dan panaskan terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper atau pemanggang ajaib tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak. Kalau guna pemanggang dalam 5 hingga 7 minit setiap sisi ikan.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan.

Siap utk dimakan

ayam bali

Ok,disebabkan uolls xpnh rasa original nyer,sila ikut resepi ni sebiji2 ya..jgn tanya kenapa byk tu ok..ikut je..jgn degil..hihi..jgn risau..In Sha Allah jadi..sukatan utk seekor ayam..
1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar yg merah ya 6biji (byk bwg br sedap),bwg putih satu labu,halia sikittt je,hujung jari kelingking n belacan besar stgh ibu jari
2) Serai dititik-8btg
3)Daun kari 8tangkai-cuci n tos
4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)
5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)
6)garam dua camca kecil




RESEPI SOS BUTTERSCOTH LAZAT


Bahan:
- 1/2 cwn gula pasir
- 25gm butter
- 1cwn whipping cream (sy guna fresh cream pn boleh)
- 1/4sk garam halus
Cara:
- Cairkan gula pasir hingga betul2 cair semuanya, tiada ketul2... jk mau perang, boleh besarkan api sikit. tp awas: jgn sampai hangus. kacau selalu. 
- setelah gula cair, masukkan butter hingga cair.
- masukkan whipping cream dan garam.- kacau selalu hingga kelihatan buih2 kecil timbul menandakan bahan tersebut telah mesra antara satu sama lain.
- matikan api. 
- tunggu hingga betul2 sejuk.. ia akan pekat dan likat.
(Resepi ini padan dgn 5-6 bekas roti yg bekas aluminium biasa tu)

SELAMAT MENCUBA

kek coklat


bhn A:(dimasak double boiler smp smua larut,sjukkn)
1cwn gula
1cwn serbuk koko
2sb butter
1cwn susu cair
1cwn mnyak jgung/mnyak masak
bhn B:(campur smua,pkul dgn whisk)
1cwn susu pkat
1cwn tpung gndum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
3bji tlur
**campur kdua2 bhn,sebatikn dan kukus/bkar shgga masak

Topping:(double boiler hg larut,sjukkn sblom tuang atas kek yg suhu blik)
1/2cwn serbuk koko
1/2cwn susu pkat
2sb butter



KEK COKLAT KUKUS LAPIS KEJU (Resepi asal kek coklat dr Chef Hanieliza)

Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2 Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan separuh adunan selama 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
7. Keluarkan loyang, tuangkan adunan keju. Kukus 15 minit.
8. Keluarkan loyang, tuang baki adunan coklat. Kukus 20 minit atau sehingga masak.
7. Hiaskan dengan krim coklat

BAHAN LAPISAN KEJU

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.



Kek chocolate moist
BAHAN A
2 cwn tepung self-raising
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil bikarbonat
*Hendaklah diayak bersama

BAHAN B
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 cwn gula perang
1 cawn serbuk koko 
2 bj telur
esenvanilla