Selasa, 14 Januari 2014

Sos

Mamak Haji 6 hours ago RESEPI SOS PERANG DAN SOS PUTIH UNTUK GORENG SAYUR: 1. Sos Perang/ brown sauce: 1 cawan stok ayam atau daging lembu (kalau tak ada dua kiub ayam atau lembu larutkan dalam air panas dan sejukan saja) 1 sudu besar (tbsp)kicap ikan. 2 sudu kecil (tsp) sos tiram. 1 sudu kecil kicap cair. 1 sudu kecil (tsp) gula merah. 1 sudu besar (tbsp) tepung jagung. Cara: mudah saja adunkan semua bahan-bahan itu, bentukan seperti kolam ditengah gorengan sayur, tuang saja dan kacau sayut dalam api yang agak keras. 2. SOS putih (white sauce): 1/2 sudu kecil (tsp) garam. 1/2 sudu kecil (tsp) kicap ikan. 1/2 sudu kecil (tsp) gula pasir. 1/2 sudu besar (tbsp) tepung jagung. 1/4 sudu kecil (tsp) minyak bijan. 6 sudu besar air atau stok ayam. *Cara spenyediaan: sama dengan sos perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan