Isnin, 28 Mac 2016

apam polkadot

Bahan2

200g gula halus@kaster
1 sudu teh ovallete
3 biji telur saiz A (sejuk dari peti ais)
150ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
270g tepung gandum
3 sudu teh baking powder

Ikot saiz apam , saya dapt anggaran 50 biji setiap adun yee.


Putar gula, telur and ovallet sekali jalan
masukkan susu cair...gaul
masukkan tpg n baking di ayak
Masukkn dua bhan ni. Jgn mlassss! Ayak! Garang takk. Pas dah masuk ni boleh kaup balik atau putar speed minimum.

Masuklah kat kukus. Sila tutup dgn kain. Supaya tak cedera apam tu ye. Tutup kemas. Eden old skol. Pakai tali kasut tauu. Mak eden punye idea ni.. Muahhha. Lepastu jgan lupe tutup dengan tutup pengukus ye. Tutup dgn kain ni nak halang air dari terkena apam je. Kukus 15-20 minit ye. Api sederhana. Kalau api kecik kompem apam bantat. Kalau api besar. Merekah la apam tu. Jadi beware bab api2 ni

Ahad, 27 Mac 2016

samba serbuk cili pisang

samba serbuk cili pisang


Yg ni lak serbuk yg saya blen..serbuk cili cap motokar dlm stngah cwan + gula stngh cwan+garam 1 sudu kcik blen kring n halus..yg ni untuk skli blen la..lau nk buat bnyk ulng jer lgkah yg sama..

cream puff

RESEPI CREAM CUSTARD
Bahan-Bahan
30g tepung kastard
300g susu uht (memandangkan saya tak ada stok susu uht masa tu.. saya guna 100g whipping cream cair + 200g air..)
100g gula ( nak manis tambah lagi.. )
200g non dairy whipping cream

Inti krim puff
nti/ Filling : 
100g tepung gandum,
1 kuning telur, (dipukul)
500ml susu cair
1/2 sdm majerin
1/4 sdt garam

Cara :

Larutkan tepung dengan 150ml susu. Tambahkan kuning telur, kacau rata. Asingkan.
Panaskan/rebuskan baki susu dan gula hingga mendidih. 
Masukkan larutan tepung, kacau rata sehingga licin. 
Tambahkan majerin dan garam, kacau rata.
Masak hingga inti meletup-letup. Angkat lalu kacau sampai wap panasnya hilang. Belah kerangka kuih dan masukkan inti ke dalamnya. 




RESEPI CREAMPUFF
Bahan2 utk puff:
1. 1/2 cawan butter @ majerin 
2. 1 cawan air
3. 1 cawan tepung gandum
4. 3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred c
5. 1 sudu kecil esen vanilla
6. secubit garam
CARA-CARA:
1. masukkan air+majerin dlm periuk di atas dapur smpai mendidih dan larut
2. masukkan tepung & kacau laju2 sampai jadi doh. tutup api & ketepikan dalam bekas yang lain
3. masukkan telur 1 by 1 dan kacau doh.
4. masukkan esen vanilla.
5. piping & bakar suhu 200c selama 25min
FILLING:
1. 2 sudu besar tepung kastard
2. 2 sudu besar tepung jagung
3. 1 1/2 cawan fresh milk atau susu cair
4. 1 sudu kecil esen vanilla
5. 3 sudu besar brown sugar atau gula biasa
CARA-CARA:
1. masukkan semua bahan dalam periuk., kacau diatas api yang sederhana sehingga likat dan creamy.
setelah siap bolehlah piping filling kedalam creampuff. Jangan lupa baca bismillah & doa mkn sebelom makan ye. hehehe
CUBALAH!

Resipe untuk puff :

1 cup air
1/2 cup margerin/butter
1 cup tepung gandum
3 biji telur
1/2 sudu teh kecil garam( kurangkan sikit boleh juga)
1 sudu kecil essen vanilla


Creampuff:
Bahan Krim:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 cwn gula castor
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar (saya guna full cream)
30gm butter (saya guna pure butter bkn buttercups or farmcows - ni la rasia nk dptkan rs krim yg sedap)
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam
1 cawan non dairy whipping cream (ada yg panggil fresh cream) - saya suka lebihkan whipped cream dlm 1/2 cwn lg so total 1 1/2 cwn cream utk dptkn rs aiskrim lg ummpph.
Cara2:
1. Ayak tepung gandum & tepung kastard.
2. Satukan tepung2 dgn gula castor dlm satu bekas.
3. Masukkan 4 biji kuning telur & 1 cawan susu segar. Kacau sebati (ini utk mengelakkan tepung2 berketul kalau masuk sume susu terus)
4.Masuk semua baki susu, esen vanila & secubit garam.
5. Kacau rata.
6. Panaskan atas dapur dgn api sederhana & kacau hingga pekat. Sentiasa kacau, kalau tak nanti dia kan hangit kt bawah n berketul2.
7. Bila da pekat segera tutup api. Tambahkan butter ketika masih panas & kacau hngga adunan licin dan berkilat.
8. Sejukkan dan simpan dlm bekas sebelum diletakkan dlm peti ais.
9. Setelah krim kastard kte sejuk (disarankan utk simpan semalaman dlm peti sejuk) bolehlah kte putarkan whipped cream td hngga kental
10. Setelah kental masukkan krim kastard td dan putar sebati.
11. Simpan dlm peti sejuk.
Bahan Puff Pastry:
120 gm butter (guna pure butter utk dpt rs yg sedap)
3/4 cawan air
170 gm tepung gandum (ayakkan)
4 biji telur gred A
1/4 sudu teh garam
Cara2:
1. Panaskan oven 250 celcius selama 20 minit. Kena pastikan oven betul2 panas sbb klu x ckup panas nnt puff x naik gebu.
2. Satukan butter, air & garam dalam periuk.
3. Panaskan atas dapur hingga mendidih. Bila dah mendidih tutup api.
4. Dengan segera tuangkan tepung yg diayak.
5. Kacau dgn senduk kayu hingga jd doh yg lembut.
6. Panaskan semula atas api yg sederhana & terus kacau hingga dasar periuk terbentuk kepingan2 nipis.
7. Tutup api. Masukkan adunan dlm mxer bowl (kalau xde mixer pn blh pkai hand whisk tp nnt tgn jd sado..hihihi)
8. Pukul telur hingga rata (pakai garfu je) & tuangkn sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. (part ni agak tricky..kalau agak2 adunan tu mcm pekat sgt then tambahkan sket lg telur..pukul 1 biji telur tp bkn masukkan sebiji terus,,masukkan sket2..tgk adunan tu ok ke x. sbb kalau adunan lembik sgt nnt susah nk pipe).
9. Pipekan adunan tngi2 (dlm 4 /5 kali pusing - saya guna nozzle no 35)
10.Bakar suhu 225 celcius dlm 10 minit api atas bwh. Dalam 10 min terakhir turunkan suhu ke 175 celcius dan pasang kipas supaya puff kte naik gebu. Fungsi kipas nk bg puff tu naik cantik. Dalam 5 minit terakhir tgk dr luar oven tu kalau agak2 puff tu da warna coklat2 gelap sket blh turunkan suhu sbb tkut ats dia hangus..
11. Jangan terus keluarkan puff dr oven. Biarkan dlm 2 - 5 min dlm oven sbb tak nak nanti puff turun bile kte kuarkan terus lps bakar sbb perubahan suhu yg mendadak.
12. Sejukkan puff sebelum disikan krim
13. Sedap dimakan semasa krim sejuk2 mcm mkn aiskrim vanila.
* Tips penting : JANGAN buka oven semasa pembakaran..nnt puff turun saya xtau ye..buat creampuff ni kesabaran kena tggi..xkn lari puff dikejar..hihi
Agak2 malas nk buat tu order jela ngn saya..tau2 je da siap n sedia dimakan..hihi
Whatsapp 013 3328300
Instagram : Honeyza_kitchen

Bahan2 Puff Pastry:
120 gm butter
3/4 cawan air
170 gm tepung gandum (ayak)
4 biji telur (kalau adunan keras blh tmbahkan 1 bj telur lg)
1/4 sudu teh garam


ahan2 untuk krim kastard:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula castor
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen
secubit garam
30gm butter


Masukkan tepung2, gula, kuning telur & 1 cawan susu dan kacau sebati.
Masukkan baki susu td da kacau hgga tidak berketul.
Panaskan adunan td atas api sederhana & sentisa kacau...Kacau sampai jd likat & pekat mcm ni,,,Masukkan butter dan gaul sebati & rata. Lakukan semasa krim masih panas. Nanti butter tu akan cair dlm adunan krim tu.



non dairy whipping cream yg saya guna or ade yg panggil fresh cream..jgn tersilap dgn yg anchor tu ye..ni ade jenama lain mcm top pride, vivo mauri dll.
Putar krim hingga kental mcm ni
Masukkan krim kastard yg kte da sejukkan dlm peti ais semalaman.
Putar krim kastard bersama whipped cream td hingga sebati.
Ni la rupa krim yg da sebati. Masukkan dlm peti sejuk



Hari ni nak share resepi creampuff yg saya buat niaga..
Bahan puff :-
-1 cawan air
-1/2 cawan butter (saya gune majerin pelangi je)
-1 cawan tepung gandum
-4 biji telur gred B

Bahan custard
-3 cawan air
-1/2 cawan susu cair
-7 sb gula (ikut selera tekak sendiri ye)
-7 sb tepung custard (letak sampai membukit ye tepung tu)
-1 sb butter
Step nak buat ade kat gambar..

kulit popia basah

Ambik sejemput je sebelum di masakkan pada kuali leper

Resepi kulit popia

Setengah kilo tpg gandum
Sedikit garam
Sesenduk kecil minyak masak
Air secukupnya

Bancuh semua dgn tangan
Ramas2 adunan hingga menjadi adunan yg seperti dlm gambar
Perap setengah jam

Baru boleh buat kulitnya

sos popia



ssalamualaikum..
Bismillahhirahmanirahim..
Seperti yang dijanjikan saya bagi resepi popia salut sambal Exlusive resepi dari saya:
Anda boleh olahkan popia sayur atau boleh juga buat crabmeat popia atau fish finger popia.
Bahan sayur : Taugeh, kobis,sengkuang carrot, bawang besar yg lain terpulang anda boleh tambah sendiri. SEMUA BAHAN DICUCI BERSIH DAN DITOS SELAMA 2 JAM. atau boleh guna KITCHEN TISSU untuk serapan air.
Resepi SoS salutnya saya bg resepi untuk 1 kg gula yea nanti kalau nk buat sikit pecahkan nisbahnya..
Saya tak pernah buat sikit ini yg paling minimum sukatan yang saya buat. Jangan kecamm hakak!!
100g cili kering pedas
150g cili kering tak pedas
2 labu bawang putih
50g udang kering
SEMUA DI BLANDER air jgn bnyak cukup untuk gerakan mesin sahaja.
1kg gula
30g garam
3\4 cawan cuka
‪#‎SEMUA BAHAN DIREBUS BUKAN DITUMIS! 
Bila dah mengelegak masukan 50g udang baring a.k.a udang geragau.
 
Bancuhkan 2 sudu tepung ubi utk pekatkan kuah.
Selamat menyalut popia
# Popia digoreng exra garing ye tp.bukan hangit baru kekal rangupp
Bahan tabur :
Kacang tumbuk,bijan sangai,daun sup bawang goreng. (bahan tabur optional)






Sos popia

Cili kering semangkuk kecil
Rebuskan hingga lembut
Kisar cili hingga hancur
Tapiskan cili dgn penapis
Ambil patinya..yg biji2 tu buangla ok

Masakkan cili
Masukkan secawan besar sos cili apa2 jenispun tak pe
Contoh kimball dlm paket atau sos cili life
Masukkan 2 cwn gula
Perasakan garam

Masakkan hingga sos pekat
Gunakan api yg kecil
Sentiasa kacau

Bolehlah salut pada popia

Sabtu, 26 Mac 2016

Bingka


Formula masakan

1) Sagu 
1 cawan sagu+ 3 cawan air

2) nasi dagang 
 3 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut

3) sambal nasi lemak
 1 cawan blend bawang + 1 cawan cili kisar

 4) nasi himpit
1 cawan beras+3 cawan air (beras biasa)/ 4 cawan air (beras siam)

5- agar2
1 tail agar2 +6 gelas air


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel





Kurma tanpa rempah

Kurma tanpa rempah
Kisar 1/2 sudu jintan manis, 5 sudu kelapa, 8 buah gajus n 1/4 sudu lada hitam. Potong 1 bwg merah, 5 bwg putih. 1 inci halia, 1 cili hijau, 2 tomato. Kisar bersama paste kelapa.

Kepedasan ikut citarasa anda. Kisar sampai lembut. Boleh tuang sedikit air..
* kita tak guna premix serbuk kurma.
Ini style north indian. Bahan untuk tumis..
Kayu manis n bunga 
Bay leaf
Daun kari
1 bawang merah
Ini sayurnya. I guna carot cauliflower n kentang.
Kawan kawan guna ayam atau daging atau telur rebus.
Panaskan minyak.
Masukan bay leaf, kayu manis n bunga..
Then masukkan bwg merah n daun kari..
Masak sampai bawang layu.
 
Masukkan paste yang dikisar...
Masak sampai pecah minyak
 
Masukka sayur n gaul sebati.
*boleh masuk ayam or daging waktu ini

Masukka 1 sudu kecil garam masala
Gaul n biarkan utk 1 minit
(tambah lagi garam masala kalau tak cukup pedas)

Masukkan air secukupnya untuk sayur atau daging masak..
Kalau, buat kurma telur, then kawan kawan boleh masukka telur rebus sekarang.

* rebuskan telur n then goreng.. memang sedap.. i pernah buat untuk ayah saya. Dia suka....

scrub bibir

Scrub bibir
Bahan- bahan :
- 2 sudu besar Gula pasir 

- 1 sudu besar Gula perang 

- 1/2 sudu besar Minyak zaitun 

- 1 sudu besar Madu 

- 1/2 sudu kecil Minyak kelapa * optional 
( jangan letak banyak sangat, sebab bau dia kuat 😅 )

- 1-2 titik Perasa Mint 
( rasa berangin macam ubat gigi. Kalau tak suka bole ganti dengan esen vanila atau perasa lain )

- 1 sudu kecik Jus ubi bit


kek lemon

Kek lemon


Twin cow butter potong separuh agak2 la dlm 125gram
Gula setengah cawan(ni kurang manis, klu nk manis lebihkan sikit gula la)
Telor 4 biji gred A or B
1 sudu besar ovalette
1 penutup esen vanilla
6 sudu besar fresh milk full cream
1 cawan tepung self raising
Setengah cawan tepung superfine
Cara2nyer..
Pukul telor hingga kembang kemudian masukan ovalette pukul dan setelah mix well baru masukan gula halus pukul lagi lepas tu masukan butter twin cow tadi..
Kemudian masuk esen vanilla dan lemon jus dlm 3 sudu besar pukul bagi sebati dan add la susu dlm 6 sudu pukul lagi...last sekali masukan tepung self raising sikit2 sambil pukul dan akhir sekali masukan tepung superfine
Panaskan oven 170, bila dah panas dlm 3 minit turunkan suhu ke 150 kemudian masukan kek tadi bake dlm 40 minit...gd luck yer..muahhhhhhhhh

sos cili

Sos cili


Rebus cili besar 1 kilo 100 gm @ 200gm( memgikut citarasa) air 3/4 dari periuk.Rebus hingga air berkurangan sampai 1/4 dari periuk.sejukkan. Kemudian di blend hingga hancur. Sesudah blend d masak lagi tambah 6 cawan air kemudian masukkan 2 sudu besar garam,1/2 kilo gula,1/2 botol cuka makan dimasak sampai pekat,masukkan 1 sudu besar tepung ubi yg d campur sedikit air.Kalau ingin tambah manis tambah gula

sambal

Sambal
3 kg lada kering blend ngan 1500ml myk terpakai
11/2kg gula...kurangkan klu x suka manis...
250 g garam....
1 cawan aji
1 cawan air asam pekat.
1 kg bawang besar blander halus.
1 kg bawang besar dimayang nipis.

Masuk semua skali dlm kuali

Salted karamel

salted caramel for cake/brownie/ice cream topping,churros dipping etc.

*warna caramel ada efek cahaya mungkin x sama spt kt luar
250g gula pasir
60g butter salted
80g non diary whipping cream(tgk kotak sy guna brand vivo)
70g susu cair/sejat (campur dengan whipping cream dalam satu bekas)
1sudu teh garam cairkan dengan 1sudu besar air panas)
dalam non stick pan cairkan gula dengan api sederhaba kecil(nak dapat gula dlm gambar tu amik masa dalam 7-8min). time ni jangan kacau gula tu biarkan je.
bahagian bawah gula dh cair,start kacau dengan senduk kayu yg kering. 

teruskan kacau sampai gula cair sepenuhnya .dah cair sepenuhnya masukkan butter dan matikan api. dah matikan api kacau sampai butter cair sepenuhnya.

buka semula api sederhana ,masukkan susu cair dan whipping cream td.
nampak tu gula menggelegak kacau smpai sebati.
matikan api. masukkan air garam kacau sebati. tuang caramel dalm bekas dan sejukkan dalam peti ais.

tips: sekiranga anda mendapati gula anda berketul,butter xlarut atau naik minyak,whipping cream mencair jangan risau! jangan buang. anda matikan api agak suam camtu masukkan dalam blender dan blend bahan tu pastu masa nk tuang dalam bekas lain tapis dulu. insyaAllah jadi. selamat mencuba!

Roti Canai

Roti canai. Resepi dr ibu sy..dulu Hasil dr roti canai ni lah yg membesar km adikberadik. Mmang tkenal gak.. Pasal roti canai ni lembut.. Rangup.. Dah bbrapa jam masak pun.. Stil lembut lg.. X payah nak potong pakai parang.... Sapa2 yg nak resepi.. Ni sy nak bg siap2 senang.. 1kg tp gandum, 1 senduk susu pekat., (guna senduk yg ceduk nasi. Jgan guna senduk utk kawah lak) 3sb planta, 1sk garam yg d bancuh dgan 1cwn air suam cara2 nya... Semua bahan buh dlm besen.. Letak air garam sikit2.. Sambil uli. Klau x cukup boleh tambah air biasa ja.. Uli sampai x lekat d tangan.. Doh roti canai ni.. Lg lama uli.. Nanti lg rangup n lembut hasil roti canai tu.. Biar sampai kita pun bpeluh.. Hemm. Dah ok doh tu.. Bulat2 kan besar bola tenis... Ni boleh dapat dlm 20bj..Lumurkan dgan planta pulak.. Simpan dlm 2 jam... Baru tebar. Tp paling bagus.. Uli mlm.. Tebar pagi.. Lawan kuah dia suka hati.. Paling sedap... Gulai daging lah.. Klau x ada.. Sambal sardin pun ok. sekian.


Bahan
200 gram tepung terigu
30 gram margarin
2 kuning telur
1/4 sdt garam
80 ml air hangat
 


resepi roti canai ku...
============================
1 kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu besar marjerin
Stgh cwn susu
4 ulas bawang merah( kisar tapis ambil air)
Air garam secukupnya ( agak2 sdri yea )
Ajinomoto sikit jewww
Uli2 smpai doh x mlkat di tngn
Bulat2kan..
Sapu mrjerin
Susun2 dlm bkas dan tutup
Biarkan semalamn
Esok pagi tebar dan masak..
Buat frozen pun boleh yea....

Doakan saya maju jaya dlm perniagaan ye sahabat semua....

Tart Nenas

TART NENAS GULUNG
===================
Resepi:
250g butter
2 kuning telur
3 sudu besar gula castor
1st esen vanila
3 cawan tepung
3 sudu besar tepung jagung
Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)
1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Steps:
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masukkan kuning telur, pukul sebati.
Masukkan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.
Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh.
Gulung secara kemas ie tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).
Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.
Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.




TAT NENAS / ALMOND LONDON

1ketul butter suhu bilik (ape2 brand pn xpe)
1/2 cwn marjerin (mek da guna pelangi)
1cwn gula halus (blend gula pasir n sukat) *
4 cwn tepung gandum (utk almond london guna 5 cwn ye)*
1/2 cwn tepung jagung *
1 sudu besar tepung castard *
1/2 cwn susu tepung *
( yg bertanda * satukn, ayak semua sekali)
1 penutup esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Campur je semua sekali, uli manja2. Jgn main gusti lak dgan adunan tu... hehehe
Terap, susun inti nenas, gulung n hiaskn dgn kuning telur + sedikit pewarna kuning.
Bakar 150 darjah utk 10 minit. Kalau oven kecik, guna suhu 130 darjah pn ok. 
Dah ckup masam guna api atas, dlm 3 min utk garingkn kuning telur. (Pns kn dulu oven utk 15 min)

Inti / jem nenas
2 biji nanas muda ( buang kulit n matanya, mesin guna mesin kelapa. Tapis / perah air nya. Jgn trlalu kering)
4 cwn gula (tanak manis bleh kurangkn)
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara2
Satukn semua bhn dlm kuali, guna api sedang, kacau jem hingga gula hancur n kering sedikit (sentiasa kacau gaul, karang hangus bawah plak)
Bila air dh agak kering, slow kn api n kacau gaul sekali sekala hingga betul2 kering.


Resepi aiskrim santan



Bahan...
-Santan 560 ml
-gula 1 cawan
-Garam 3/4 sudu teh
-telur ayam 1 biji
-Isi kelapa muda (x da pun xpa)
Cara2...
1) Masuk santan dlm periuk bersama air 2 cawan (kalau ada air kelapa masuk air 1 cawan air kelapa 1 cawan)
2) Letak periuk santan atas api perlahan masuk gula, garam tunggu hingga santan mendidih selalu kacau ya bila dah mendidih tutup api dan sejukkan
3) Tuang dlm bekas masuk dlm peti ais (frozen)
4) Perhatikan santan dah jadi ais ka belum kalau dah jadi ais atau keras sedikit bawa keluar untuk Blend
5) Blend kali pertama...
Blend sampai ais lumat lepas Blend masuk balik dlm peti ais tunggu sehingga keras
6) Blend kali 2....
Blend kali kedua blend bersama telur putih Blend sehingga telur dan ais kembang kita akan nampak ais lebih halus kemudian masuk lagi sekali dlm peti ais tunggu sehingga keras jadi ais
7) Blend kali 3...
Blend kali ketiga Blend bersama isi kelapa bila masuk isi kelapa x payah Blend lama sangat agak2 ais sebati dengan isi kelapa atau pun Blend ais dahulu biar lama sedikit baru masuk isi kelapa sekali tekan Blend pun dah cukup lepas Blend masuk sekali lagi dlm peti ais tunggu sehingga keras
TIPS: Nk ice cream sedap kita cuma Blend banyak kali lagi banyak kali Blend... ice lebih halus lebih lembut

Selamat mencuba
Baca blog travel https://pearladytravel.blogspot.com/
# Stay safe, keep travel



Selasa, 22 Mac 2016

tart susu

Bahan2 :
Untuk kulit...
250g tepung gandum(1 1/2 cwn)
100g mentega(eda guna majerin pelangi je 1/2 cwn)
1 biji telur (A)
-gaul tepung ngan mentega hingga sebati ngan menggunakan tangan je.. kemudian masukkan telur... uli hingga menjadi doh yang x melekat kt tangan...
-masukkan doh kedalam kuali... kemudian ratakan didalam kuali hingga kelingnya sekali... seelok2nya jangan terlalu tebal ye....cucuk guna garfu pd doh tersebut
Untuk Inti...
3 biji kuning telur ( eda xpakai putih telur , kalo nak pakai boleh gak tapi kene ltk esen vanila 1 sudu kecil utk hilang bau hanyir )
125ml susu pekat manis 1/2 cwn
100ml air
1 s/b tepung custard/jagung
-mula2 kita gaulkan sebati telur bersama ngan susu pekat...
-dalam bekas yang lain kita sebatikan dul air bersama2 ngan tepung jagung... apabila dah sebati masukkan kedalam adunan telur juga susu tadi...
-gaul hingga sebati...
-eda Tapiskan dulu sebelum tuang dlm kuali
-kemudian tuangkan kedalam kuali berisi kulit tart tadi.. kemudian masak diatas dapur dengan menggunakan api yg paling kecil ye....masak selama 30 minit ye... pastikan kuali tadi ditutup rapat... jangan x tutup pulak ye.. nanti telur x masak pulak...hihihi
**SENANGKAN..SELAMAT MENCUBA....

Ahad, 20 Mac 2016

karipap

air ais campur garam 1 sudu kecil ( ni lah rahsia kerangupan kulit karipap dr my mum )+

Mak buat jual karipap kentang dan masih kekal kan RM 1.00 untuk 4 keping di airhitam johor...
Alhamdulilah memang karipap mak kulit nya ranggup dan bila goreng cantek..
‪#‎Tips‬ nak dapat hasil kulit karipap yang licin tak menggerutu kena api yang sederhana semasa goreng ..
#Tips tak nak karipap terbukak masa goreng,sapukan sedikit air di hujung doh sebelom di claim..
#tips tak nak melekat lekat masa simpan dalm peti ais untuk dijadikan prozen mesti goreng separuh masak dulu dan sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.
Bahan-bahan untuk menghasilkan kulit karipap ..
1 kg tepong Untuk 70 keping karipap (tak kisah cap ape)
1 cawan minyak @1 cawan minyak sapi @ 1 cawan majerin
1sudu besar garam bancuh dgn air anggaran 2 cawan biasa
Cara-caranya..
Panaskan 1cawan minyak @1 cawan majerin @ 1cawan minyak sapi dan tuang ke tepong 1 kg..gaul dan ramas ramas kan, selepas itu masukkan air yang telah di bancuh dengan garam tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh lembut ,jangan terus tuang semua air ke dalam tepung...kemudian biarkan perap 10 minit.. Baru canai dan cetak bulat.
Bahan bahan untuk inti kentang
Kentang 7 biji potong dadu rebus sehingga empuk angkat tos kan..
Bawang merah 5 biji dan bawang puteh 4 biji
Kari satu senduk
Garam secukup rasa
1 mangkuk kecil daging atau ayam cincang
Cara-caranya
Tumis bawang merah dan bawang puteh yg sudah di blender
Naik bau masukan satu senduk kari dan
Masukkn 1 mangkuk ayam atau daging cincang gaul rata. Kemudian
Masukkn garam secukup rasa masukkn gula kalo suke, dan masukkan kentang yg telah di rebus tadi biar kan sehingga mesra dan sedikit kering masukkn daun sop dan bawang besar yang didadu dan tutup api.
‪#‎untuk‬ berjaya buat karipap memang kena ada kesabaran..semoga berjaya

bahan a
Sekilo tepung gandum..
2 senduk minyak panas..
1sk garam.
Air sejuk dari petiais..
Air agak²..uli sehingga menjadi doh
bahan b
Satu peket tepung jagung 400g
Tambah minyak panas..
Agak² cm nk buat doh biskut..


bugkus b dalam a



Doh myk
1/4 cwn myk dipanaskan
2 ½ cwn tepung
secubit garam
air secukupnya
sebatikan,berhenti masuk air bila
doh x lekat di tgn
oleh : mas cotek

Doh margerin
1 ½ cwn tepung
2 sdm shortening
1/2 cwn margerin/atau lebih
sebatikan hingga jd doh

eperkan sedikit doh myk
masukkan doh margerin didlmnya...rehat 5 minit..canai..
selepas tu sapu air
sedikit shja..calit2 lebih kurang
jgn byk ye nanti doh lembik pulak
nak bg kelopak dia melekat bila
dah grg nanti....kemudian gulung manjang...canai memanjang...gulung..potong kecik
canai...buh inti belah bawah yg dicanai


rezeki saya..
‪#‎karipap‬ pusing
Resepinye.....
okey resepi rahsia tie utk karipap pusing berlapis nie..sukatan tepungnye..nisbahnye 2 n 4 cwn tepung ..tapi mengelakkan nmpk inti bila goreng kita tambah 1/2or3/4 cwn lagi dlm tepung yg 4 cwn....
*-4 1/2 cwn tepung sedikit garam paling halus (2 sudu paras sudu kfc) d uli ngan air ais(rahsianye)....klu nk cntik bila goreng nnti dohnye jgn lembut sangat keras sikit baru cntik..cos bila kita perap nnti ia akn kmbang doh tu...
*2cwn tepung di uli dgn planta @ planta+ shortening (sama banyak)....uli sehingga doh boleh d kepal...jgn guna air langsung.....
*bila siap d uli setiap doh d bahagi sebanyak 30 ketul...lpas itu buat cm dlm pic no 3n4.....kita akn dpt 60 biji karipap
***klu nk try dlm 30 biji karipap...kita guna nisbah tepung 1n 2 1/2 cwn tepung...memang cun karipap nie...teknik menggolek doh yg dah d bhagi plk dlm pic yg ke 12 tu jgn tekan kuat sangat ..tolak ke atas n kebawah...dr situ kita dah nmpak doh kita dah berlapis...
***sukatan tepung yg 4cwn tu kita boleh tambah 1/2 or 3/4 cwn lagi..memang hasilnye cntik....
****ais ais tu mesti laa ada ketulan ais
****boleh guna planta sahaja xde shortening pon xpe
#karipap pusing berjalur fav family terutama bonda tersyg
#karipap biasa menjadi sumber pendapatan d masa kini

Resepi puding koktail berkuah kastad


BAHAN-BAHAN A - Kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air
2 - 3 sudu besar susu pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir

Cara-Cara
1. Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
2. Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
3. Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
4. Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
5. Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
6. Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
7. Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...

BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard

1 tin susu cair IDEAL
1 tin air..
4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat..
1 biji kuning telur...( saya ikut Cik Cek tak letak telur...)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)

Cara-Cara
1. Masukkan sume bahan kedalam periuk..
2. Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....

BAHAN-BAHAN C - Hiasan

Fruit Cocktail
Nata De CoCo
Apa saje buah2an dalam tin yang disukai...

Cara-Cara
1. Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard..
2. Jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....

Selamat mencuba!



Baca perkongsian travel disini: 
#stay safe, keep travel

Khamis, 17 Mac 2016

cheesetart

cheesetart gebu & x trun n tinggi mcm klcc..hihi
😂 ðŸ˜‚ ðŸ˜‚
Resepi Cheese
250 gm cream Cheese tartura
40 gm gula icing
Sebiji telur
Tips saya
1 : kena guna cream cheese sejuk.
2 : jangan letak sebji telur.mula letak kuning dlu.letak half dlu klu still keras letak lagi sikit.
3 : bakar api atas shaja n x mo over heat.suhu 130 api ATAS sahaja.
4 : panaskan oven 10 mnit pastu bukak pintu jgn msukkan terus cistat.biar haba panas keluar dulu.
5 : lepas masak msuk dlm peti ais jap biar dia set.
6 : boleh la hntar kat cust Emotikon wink
*Pukul jangan sampai overbeat ye.klu cheese cair,tu yg buat bila bakar cheese jadi leleh.adunan kena kental.baru cheese dia jadi elok.selamat mencuba!

Resepi kek ais krim


Bahan-bahan 
2tin susu cair
3/4 tin susu pekat(ikut kemanisan masing2) sy kurangkn lg sbb x suka manis...
1 1/2sdb ovallete
Vanila flavour
Serbuk koko

Cara2..
Putar semua bahan hingga kembang n gebu kemudian bahagi 2 bahagian
Satu bahagian letak vanila n satu bahagian letak serbuk koko
Tuang dlm loyang selang seli n sejukkn dlm peti hingga keras...sblm tuang adunan lapikkn plastik kt sebelah dlm loyang..sy guna loyang yg blh keluarkn lapik dlm tu...
Dh lapik plastik br tuangkn adunan aiskrim tu..plastik kna lebih dr loyang ye supaya aiskrim.x lekat kat loyang nnt..bila dh keras tolak je lapik bwh loyang tu n keluarkn aiskrim td..
Tuang coklat cair n tabur la ape2 yg anda suka...hehe..sy tabur badam cincang


walnut+almond caramel ice cream.
1 1/2 cawan susu cair/full krim/segar
1 1/2 cawan uht whipping cream
1/2cawan gula pasir
1 1/2 cawan walnut + almond dihancurkan kasar(bole letak almond saja atau walnut saja tp sukatab mesti 1 1/2cawan
5biji telur kuning(putih telur tu jangan buang bole buat pavlova hehe)
1sudu besar tepung jagung(optional)
kalau xda pn ice cream masih jadi.
sedikit caramel dan choc chip(dua bahan ni optional jgk xnak letak pn xpa)
satukan susu dan gula masak dengan api sederhana sehingga mendidih. saya letak safron kebetulAn ada kt rumah ni. dah didih asingkan biar suam.
dalam mixer pukul telur kuning sehingga kembang. kemudian masukkan bahan didih yg telah suam td dan tepung jagung kalau ada gaul sebati.masak semula adunan td dgn api sederhana sambil kacau. kacau sehingga pekat melekat di spatula.
dalam bekas lain letak uht whipping cream dan penapis.satukan caramel dan walnut+almond gaul sebati . taraaaa dah siap! masukkan adunan ni dalam mixer pukul manja dalm 5min nampak buih sikit2 tuang dlm bekas sejukkan dalam 2jam. setelah 2jam keluarkan dr peti ais dan blend bahan td.tujuannya utk dptlan texture ice cream yg halus sebab kita x guna ice cream maker so byk kerja la sikit tradisional ehhee. dh siap blend tuang dlm tupeprware dan lapis dgn walnut kasar dan caramel dan choc chip(ni optional klo xnk letak pn xpa) .
dah sejuk semalaman keluarkan dr peti beku tgu la dlm 5min then bole scoop.
sedap kurang manis tp penuh kasih sayang heheh.


Selamat mencuba!

Baca perkongsian travel disini: 

#stay safe, keep travel

Kulit popia goreng

Popia goreng.. Popia goreng inti kentang.. Popia sira sambal n popia basah. Resepinya... 
1 kg tepung gandum.. 
4 setengah caw air
1 bj putih telur
2 sdm minyak masak 
Sedikit garam
Uli adunan ini(spt buat cengkodok).. Guna tangan je... 
Perap l/kurang 1 jam... Leser atas kuali leper senipis yg boleh... 
Slmt mencuba...

Rabu, 2 Mac 2016

Brigadeiro

Di sini resepinya ya.
Untuk 25-30 biji
1 tin susu pekat manis- condensed milk (bukan krimer ye)
1 sudu besar unsalted butter (lebih sikit utk gris pinggan)
2-3 sudu serbuk koko (ayak)
Secubit garam
Paper cup
Pilihan rasa
Coklat rice
Rainbow rice
Kacang cerdik (pistachios)
Badam cincang (panggang)
Walnut (panggang)
Serta ikut minat kawan2 nak rolled dgn apa hihi
Di atas pinggan tahan panas griskan dengan sedikit butter
Dgn menggunakan sudip kayu Campurkan butter, koko dan susu masak di dalam periuk yg tebal dengan api yg serdahana kecil Dalam lebih kurang 45-60 minit . Perlu gaul sentiasa supaya tidak hangus. (Mcm masak dodol)
Cara untuk pastikan sudah cukup masa bila adunan dah pekat dan kita belah dengan sudip adunan lambat bercantum kembali.
Setelah itu letak adunan diatas pinggan yg telah di gris tadi.
Biarkan sejuk diluar seketika hingga agak tidak panas untuk digentel.
Sapukan tangan dgn sedikit butter agar adunan tidak melekat ditangan. Dgn menggunakan sudu ambil sebesar agak2 sesuai dgn paper cup gentel bulat2 dan rolledkan dgn perasa yg disukai.
Pada saya kanak2 sukakan coklat rice tapi dewasa lebih sukakan kekacang terutamanya pistachios
Jika tercepat angkat dia akan lembik dan sukar nak digentel. Jika terlebih masak akan keras n boleh jadik toothbreaker hihi
Tapi kalau terlembik boleh juga disimpan di dalam jar dan dibuat bread spread.